Mungkin anda masih belum cuba kuih lompang yang banyak dijual di pasar malam dan warung. Apa kata anda cuba resepi kuih lompang yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ini.

Memang tak rugi untuk mencuba kerana resepi ini memang diyakini sedap dan kuihnya juga lembut. Sangat jarang untuk kita dapat kuih lompang yang sedap sebegitu.

Kini anda boleh dapatkan nya sendiri di dapur anda dengan menggunakan 6 bahan sahaja.

Untuk pengetahuan anda, resepi kuih lompang ini telah mendapat perkongsian sebanyak 1.1 ribu netizen.

Wah. pasti kuih ini benar benar sedap bukan! Apa anda tunggu lagi. Ayuhlah ke dapur untuk mencuba resepi ini.

Resepi ini dikongsikan oleh Puspa Jiman‎ dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Kuih Lompang

Resepi Kuih Lompang

Imej via Facebook

Bahan Bahan

  • 250g tepung beras
  • 200g gula pasir
  • 10 helai daun pandan
  • Sedikit Air kapur
  • Kelapa parut
  • 3 cawan air.

Cara cara Memasak

  1. Sediakan kukusan. Bancuh tepung bersama 2 cawan air daun pandan.
  2. Masak 1 cawan air bersama gula hingga mendidih, curahkan ke dalam bancuhan tadi, masukan sedikit air kapur.
  3. Tapis bancuhan ini.
  4. Kukus selama 15 minit.
Resepi Kuih Lompang

Imej via Facebook

Nota 1 : Air gula panas2 ye, tuang dalam bancuhan
Nota 2 : Pastikan acuan lompang disapu minyak. Elak melekat.
Nota 3 : Untuk lompang gula merah – 100g gula merah + 100g Gula pasir

Resepi Kuih Lain Yang Menarik

Selain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Penulis: Nabilah Ruza

Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.