Sementara tunggu petang mari kita buat kuih kapit. Kuih kapit senang dan cepat dengan menggunakan alat egg roll toaster.

Kuih kapit ramai dicari pada hari Raya. Berbalang-balang dihidangkan di atas meja, tetamu amat menyukainya.

Kuih kapit merupakan kuih tradisi sejak dulu. Namun begitu kemenarikkannya tidak pernah punah. Ramai mak-mak yang sentiasa mengkekalkan tradisi kuih kapit pada hari Raya.

Lieniey Merlin‎ berkongsikan resepi kuih kapit di laman Facebook. Tambahan pula ia juga menggunakan alat elektrik. Semua resepi disediakan dalam langkah mudah di bawah ini.

Resepi Kuih Kapit Tradisi

kuih kapit

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 mangkuk tepung,
  • 1 mangkuk gula pasir,
  • 1 mangkuk santan sederhana cair,
  • 1-2 biji telur,
  • Sedikit serbuk kayu manis.

Cara-cara :

  1. Mula-mula mesin kesemua bahan di atas.
  2. Kemudian tapis bahan.
  3. Kalau adunan pekat tambahkan santan cair sehingga adunan tidak pekat sangat dan tidak cair.
  4. Panaskan acuan dan tuang adunan.
    kuih kapit

    Imej via facebook

  5. Setelah masak boleh gulung atau lipat masa panas-panas. Jika ingin isi coklat atau kacang pun boleh.
  6. Siap.
    kuih kapit

    Imej via Facebook

Note : Alat elektrik yang digunakan.

kuih kapit

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kuih kapit, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.