Resepi Kuih Apam, salah sebuah juadah yang amat mudah untuk dihidangkan kerana mempunya bahan yang mudah untuk didapati. Ianya sering menjadi menu untuk minum petang oleh kerana rasanya yang lemak manis. Cara pembuatannya juga sangat mudah, iaitu hanya dikukus. Ini menjadikan apam beras salah satu juadah yang sihat dalam hidangan minum petang kita.

Selain daripada hidangan minum petang, apam beras juga dihidangkan dan menjadi pilihan dalam kenduri kendara. Resepi ini telah dikongsikan oleh Yati Yati dan telah mendapat banyak perkongsian serta komen positif di laman Facebook milik beliau.

Resepi Kuih Apam

kuih apam
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan 1:

  • 2 sudu tepung beras
  • 3/4 cawan air

Nota: Bahan ini haruslah dibancuh dan dimasak menggunakan api perlahan sehingga pekat. Diingatkan supaya jangan berketul ya!

Bahan 2:

  • 2 cawan tepung beras
  • Setengah paket yis
  • Secawan gula
  • Secawan air
  • Eno paket biru

Cara – cara memasak:

  1. Campurkan Bahan 2 dan tuangkan air sedikit demi sedikit.
  2. Kacau dan diingatkan supaya jangan berketul.
  3. Campurkan Bahan 1 (pastikan sejuk ya).
  4. Sekiranya terlalu cair, tambahkan tepung beras.
  5. Peram sehingga 4 ke 5 jam.
  6. Apabila nak kukus, masukkan Eno.
  7. Eno tersebut haruslah dimasukkan sedikit demi sedikit dan kacau sehingga habis.
  8. Kukus selama 10 minit dengan api yang kuat.

Nota: Kegebuan apam beras menandakan anda berjaya membuatnya dengan cemerlang. Oleh itu, ia perlu dikukus dengan api yang besar supaya ianya dapat menghasilkan apam yang pecah dibahagian atas. Selamat mencuba.

kuih apam
image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi kuih apam ini, terdapat beberapa lagi resepi yang menarik yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda. Jangan lupa juga untuk mencuba hidangan ini ya! Sehingga berjumpa lagi.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .