Kerabu merupakan salah satu juadah yang sihat kerana tidak menggunakan minyak untuk membuatnya. Oleh itu, kandungan lemak di dalam juadah ini sangatlah rendah. Cara pembuatan kerabu sotong juga amatlah mudah semudah ABC.

Resepi Kerabu Sotong ini juga mesra ekonomi kerana harganya murah. Oleh itu, sesiapa pun boleh menghasilkannya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Baizura Abd Aziz dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Kerabu Sotong

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • bawang putih 
  • bawang merah
  • cili
  • sos tiram
  • tomato
  • kacang panjang
  • daun ketumbar
  • asam limau nipis
  • sotong
  • suhun (kalau suka)
  • gula
  • garam

Cara penyediaan:

  • Cincang bawang putih halus – halus 3 – 4 ulas, masukkan kedalam 3 sudu sos ikan.
  • Masukkan cili sesedap rasa. Kemudian perahkan asam limau, 2 sudu sos tiram, gula dan garam secukup rasa.
  • Lepastu masukkan sotong yang telah direbus bersama suhun yang telah direbus.
  • Kacau sebati.
  • Akhir sekali masukkan sayur-sayuran.Tomato, kacang panjang, daun ketumbar.
  • Siap!

Nota: Untuk sotong, jangan terlalu lama rebus supaya sotong tidak menjadi liat.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.