Selamat petang semua. Pernahkah anda memakan kek Milo?
Jadi, selain dibuat susu, rupanya Milo juga boleh dijadikan kek. Rasa kek Milo ini pun sangat sedap dan lazat tidak kalah dengan resipi kek coklat umumnya.

Resepi kek Milo ini mudah sahaja. Tidak memakan masa dan tidak leceh. Sangat simple dan sesuai untuk anda para wanita yang ingin membuat kek dengan pantas namun sedap sangat! Confirm anak-anak anda dan keluarga anda akan sangat menyukai kek Milo.

Bahan-bahan untuk membuat kek Milo juga sangat simple dan senang didapat. Tidak perlu pakai sodium bikarbonat, marjerin dan bahan lain-lain yang leceh. Namun meskipun cara membuatnya sangat simple tapi rasanya sedap sangat! Membuat ingin makan dan makan lagi.

Baiklah, sekarang masanya kami mengongsikan resepi kek Milo yang viral ini. Resepi yang dikongsikan oleh Sara Vee di Facebook ini telah mendapat perkongsian ramai daripada netizen. Sekarang masanya anda pula membuat kek viral ini. Jemput baca resepi di bawah ini.

Resepi Kek Milo (Viral dan Sedap Sangat)

resepi kek milo

Imej via Facebook

Bahan-Bahan

  • 4 biji telur.
  • 2 cawan milo.
  • 2 sb susu pekat.
  • Pukul (mixer) 3 minit semuanya.

Cara Membuat Kek Milo

  1. Masukkan ke dalam loyang.
  2. Bakar selama 45 minit pada suhu 180’C.
resepi kek milo

Imej via Facebook

Maka jadilah seperti gambar. Selepas itu tidak payah guna tepung memang wow lah!
Chewwy gowwy brownies milo. Sedap!

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Kek Milo viral dan sedap, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.