Sejak kebelakangan ini, penggunaan cheese di dalam makanan di Malaysia semakin terkenal dan ramai juga yang meminatinya. Daripada pisang goreng cheese sehinggalah ke popia cheese. Kesemuanya mendapat sambutan yang baik daripada semua segenap lapisan masyarakat tidak mengira umur dan bangsa.

Kombinasi cheese dan kek juga tidak terlepas dan sudah pun menjadi terkenal. Kek cheese leleh ini sudah semestinya akan membuatkan anda ketagih dengan cheese. Rasanya yang manis manis dan diselangi dengan rasa cheese yang enak membuatkan kek cheese leleh menjadi kegemaran ramai orang.

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara penyediaannya. Resepi kek cheese leleh ini telah dikongsikan oleh Aaliaanis Kitchen di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian.

Resepi Kek Cheese Leleh

kek cheese leleh
image via Facebook

Bahan – bahannya:

Kek Cheese Leleh:

  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan susu full cream
  • 1 sudu besar ovalate
  • 3 biji telur gred B
  • 2 cawan tepung self raising

Topping:

  • 500 g cream cheese
  • 1 cawan non dairy whipping
  • 1 cawan dairy whipping
  • 1 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan susu full cream

Cara – cara penyediaannya:

Kek Cheese Leleh:

  1. Putar susu, gula dan ovalate hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga kembang dan berkilat.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
  4. Panaskan kukusan, kemudian kukus dengan api sederhana.

Topping:

  1. Putar cream cheese dgn susu pekat sehingga sebati. Pastikan tiada ketul-ketul.
  2. Masukkan kedua-dua jenis whipping dan putar hingga pekat.
  3. Masukkan susu full cream mengikut kepekatan yang dikehendaki .

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dan hidangkan kepada yang tersayang. Oh, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.