Hai semua! Akhir minggu banyak masa untuk berkreativiti di dapur. Hidangkan kek butter kukus untuk memulai hari.

Kek butter ini ialah mudah kerana hanya gunakan 4 bahan sahaja. Saking mudahnya bahkan kek butter paling banyak jadi menu pilihan untuk pemula. Mana tidaknya, hanya menggunakan tepung, buttercup, telur dan gula boleh menghasilkan kek butter konfirm gebu.

Dengan resepi penyediaan cara kukus ini, membuat kek butter jadi lebih mudah untuk anda yang tidak punya [email protected] Selain kek butter sedap untuk minum petang dengan keluarga, ianya juga boleh dijadikan menu untuk kenduri kendara. Dengan kreativiti anda boleh deko dan ciptakan kek butter yang cantik dan menarik.

Ain Niey ke laman Facebook telah berkongsikan resepi kek butter kukus yang mudah dengan 4 bahan sahaja. Rugi jika anda lewati resepi ini. Sila cubakan sekarang.

Resepi Kek Butter Kukus 4 Bahan

kek butter kukus

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Tepung 1 cawan,
  • Buttercup 1/5 (cairkan),
  • Telur 2 biji,
  • Gula 1 Cawan (boleh kurangkan).

Cara-cara :

  1. Blenderkan telur dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan buttercup cair tadi dan blend lagi.
  3. Selesai blend buttercup tadi masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Kemudian letak aduan tadi di dalam bekas yang ingin dikukus.
  5. Kukus selama 30 Minit.
  6. Sudah siap kukus, biarkan sejuk seketika sebelum dinikmati.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi gulai kek butter kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.