Kenapa ya diberi nama kek belacan?

Jangan risau, tiada belacan yang digunakan dalam membuat kek ini. Namun, warna kek yang kehitaman dan teksturnya yang padat membuat ia tampak seperti belacan sehingga dipanggil kek belacan.

Rasanya sama macam kek biasa. Ia diperbuat daripada susu, gula dan koko. Kek ini tidak berongga dan gebu macam kek tepung biasa. Malah kek belacan lebih padat dengan tekstur yang lembut.

Walaupun bahan yang digunakan boleh tahan banyaknya, tapi prosedur membuatnya mudah sahaja. Kami tuliskan resepi kek belacan mudah yang dikongsikan oleh  di Facebook di bawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Kek Belacan

kek belacan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 ketul butter Anchor,
  • 10 biji telur,
  • 3 sudu besar ovalatte,
  • 2 cawan tepung hongkong,
  • 1 ½ tin kecil susu,
  • 1 ½ tin kecil seri kaya,
  • 1 tin kecil nestle cream,
  • ¾ cawan horlick,
  • 2 sudu besar serbuk koko,
  • ½ cawan browning sugar,
  • 1 sudu teh esen vanilla.

Browning sugar/gula karamel :

  • 1 ¼ cawan gula pasir,
  • 2/3 cawan air panas,
  • Panaskan gula hingga cair dan keperangan.
  • Masukkan air. Kacau sebati.

Cara-cara :

  1. Pukul mentega, ovalatte dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji-sebiji.
  3. Masukkan susu, kaya, Horlicks, serbuk koko, esen vanilla, nestle cream dan browning sugar. Sebatikan.
  4. Masukkan tepung dan sebatikan lagi.

    kek belacan

    Imej via Facebook

  5. Kukus adunan selama 4 jam.

    kek belacan

    Imej via Facebook

Nota : Lebih sedap guna browning sugar yang khas untuk kek sarawak.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek belacan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.