Mencari hidangan ikan yang disukai anak-anak? Ikan tongkol masak kicap kari jawabnya.

Sesuai namanya, ikan tongkol masak kicap kari dibuat menggunakan rempah masak kicap seperti bawang, halia, tomato, kicap, sedikit serbuk kari ikan dan lain-lain.

Rasanya hidangan ini lemak manis dan terasa aroma kari. Sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas. Lazat merangsang selera.

Tanpa tunggu lagi, jom buat ikan tongkol masak kicap sekarang dengan resepi yang didatangkan daripada Salina Ismail di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Kari

ikan tongkol kari

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang besar 2 biji,
  • Bawang putih 4 ulas,
  • Halia,
  • Tomato sebiji,
    (Dikisar halus)
  • Serbuk kari ikan,
  • Buah pelaga,
  • Kulit kayu manis,
  • Kicap manis,
  • Air asam jawa semangkuk,
  • Cili padi,
  • Ikan tongkol, ikan digoreng dulu,
  • Garam,
  • Gula.

Cara – cara :

  1. Tumis buah pelaga dan kulit kayu manis.
  2. Masukkan bahan kisar.
  3. Masukkan serbuk kari, tunggu sampai naik bau/pecah minyak.
  4. Masukkan ikan, cili, air asam jawa, kicap manis, garam dan gula.
  5. Masak sampai kuah pekat.
  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan tongkol masak kicap kari, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.