Resepi Daging Goreng Kunyit (Yang Memang Gerenti Menyengat!)

Anda selalu makan daging goreng kunyit? Mungkin yang biasa biasa itu selalu dijumpai. Tapi untuk cari yang sedap pasti susah. Apa kata anda cuba sendiri resepi daging goreng kunyit ini.

Makan nasi putih panas panas dengan daging goreng kunyit pasti sedap! Tambah pula jika kuantiti kunyit dan garam itu kena dengan selera anda. Pasti marvelous makan tengah hari anda.

Selain daripada makan bersama nasi putih, ia turut dihidangkan sebagai juadah sampingan bersama dengan nasi goreng di restoran. Memang tak rugi untuk anda cuba sendiri memasak daging goreng kunyit ini!

Resepi ini dikongsikan oleh HasnieZa Nor dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit

Imej via Facebook

Bahan Bahan

  • Daging (potong ikut suka kecik ke besar)
  • 2 biji bawang besar ( memang suka letak banyak)
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang cili merah
  • 2 batang cili hijau
  • 5 batang kacang buncis
  • 1 @ 2sdb serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak

Cara cara

  1. Masukkan terus daging ke dalam kuali bersama serbuk kunyit. Tak perlu letak minyak. Kacau sebati dan masak sampai daging empuk. Kalau tak empuk lagi boleh tambah air panas. Masak sampai air dah betul betul kering
  2. Kemudian masukkan minyak. Dalam 3/4 sdb besar macam tu. Masak sekejap biar nampak garing garing sikit dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
  3. Dah garing boleh la masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah hijau. Kacang buncis saya masukkan last sekali
  4. Kacau sebati. Ok dah siap.

Resepi Daging Lain Yang Menarik

Selain resepi daging masak kunyit, kami juga mempunyai beberapa resepi daging yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!