Selalunya orang membuat spaghetti carbonara menggunakan cheese. Namun tidak semua orang suka cheese. Lagi kanak-kanak yang tidak suka cheese sebab rasa muak. Oleh itu kami bawakan kepada anda resepi spaghetti carbonara tanpa cheese yang rasanya amat lazat seperti pakai cheese.

Spaghetti carbonara menjadi kegemaran ramai. Hidangan itali ini berasaskan keju, lada hitam dan susu full cream. Rasanya yang penuh krim memang favorit sehingganya kalau buat jamuan/majlis menu ini akan habis lebih dulu.

Lain halnya dengan resepi spaghetti carbonara yang dikongsikan oleh Zila Rahim‎ di Facebook. Meskipun resepi ini tanpa cheese, namun rasanya tetap kental dan creamy kerana dipengaruhi oleh susu dan sos carbonara yang asalnya memang penuh krim.

Makan satu pinggan mesti takkan cukup. Lagi kalau diberi sosej, daging dan meatball. Pergh, memikat sungguh! Sila cuba resepi perkongsian di bawah ini.

Resepi Spaghetti Carbonara Tanpa Cheese

spaghetti carbonara

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

carbonara tanpa cheese

Imej via Facebook

  • Spaghetti

  • Sos Prego carbonara
  • Bawang putih (tumbuk)
  • Bawang Holland (potong dadu)
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit garam
  • Susu full cream. Sukatan susu full cream dalam cawan (satu cawan untuk 3 tin prego).
  • Meatball
  • Sosej

Cara Menyediakan :

  1. Tumis bawang putih dan bawang holland bersama sedikit minyak.
  2. Masukkan lada hitam (ditumbuk halus).
  3. Masukkan Prego carbonara.
  4. Masukkan susu full cream.
  5. Tambahkan sedikit garam dan air.
  6. Akhir sekali masukkan meatball dan sosej.
  7. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi spaghetti carbonara tanpa cheese, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.