Ayuh baca resepi yang kami kongsikan kali ini. Walaupun tampak mudah, namun rupanya kalau tidak tahu cara membuat bihun goreng tomyam yang sedap maka tidak menjadilah dia.

Makan bihun goreng di kedai umpama makan minyak yang berlinang, betul? Rencahnya pula kelaut namun dijual dengan harga kadangkala tidak masuk akal, Baik tidak payah membeli di kedai bukan? Buat sendiri jauh lebih berbaloi dan untung. Rasanya pula tidak beza mana malah sedap teramat.

Jika makan bihun goreng hari ini esok mesti teringin buat lagi. Itulah tarikan resepi bihun goreng tomyam yang dikongsikan oleh Zureena Nor Hakim‎ di laman Facebook ini. Resepi pula amat mudah. Selamat mencuba.

Resepi Bihun Goreng Tomyam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 3 keping bihun,
  • 2 biji bawang merah,
  • 4 biji bawang putih,
  • 2 sudu cili giling,
  • 2 sudu pes tomyam,
  • 1 batang serai ketuk,
  • 3 helai daun limau purut,
  • Tomato dipotong dadu,
  • Sotong,
  • Udang,
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
  2. Masukkan serai.
  3. Masukkan cili giling.
  4. Masukkan pes tomyam.
  5. Masukkan daun limau purut.
  6. Masukkan tomato.
  7. Masukkan sotong, udang.
  8. Perasakan dengan garam.
  9. Masukkan bihun yang sudah direbus.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi bihun goreng tomyam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.