Resepi Kuih Badak Berendam (Sedap, Lemak Manis)

Kuih badak berendam, merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Dari segi rupa dan bentuknya, ada yang menganggap kuih badak berendam sama dengan kuih sopang di Negeri Sembilan tapi sebenarnya ia berbeza sama sekali dari segi proses dan juga rasa.

Kuih badak berendam terdiri daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur nisan (gula melaka). Bahagian tepung ini dibuat tawar kerana ia mempunyai inti yang manis. Kuih ini dimakan bersama santan kelapa bagi memberikan rasa lemak.

Pada perkongsian kali ini, kami akan mengongsikan resepi kuih badak berendam yang sedap dan manis yang dibahagikan oleh ‎Irhana Canella‎ di Facebook. Sila mencuba resepi ini.

Resepi Kuih Badak Berendam (Sedap, Lemak Manis)

Resepi kuih badak berendam

Imej via Facebook‎

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • Tepung pulut.
  • Air kapur.
  • Pewarna hijau.
  • Gula melaka potong kecil-kecil.
  • Santan pekat.
  • Garam sedikit.
  • Tepung beras sedikit.

Cara Membuat Kuih Badak Berendam

1. Uli tepung pulut, air kapur dan pewarna sampai jadi doh.

2. Bulat-bulatkan dan bubuh inti gula melaka.

3. Jadikan bebola kemudian susun dalam bekas.

Resepi badak berendam

Imej via Facebook

4. Santan di bancuh dengan tepung beras sedikit dan bubuh garam sedikit untuk naik lemak. Bancuh jangan pekat jangan cair, sedang-sedang saja.
5. Setelah itu, masukkan sekali ke dalam bekas yang ada buah melaka tadi.
6. Akhir sekali kukus sampai masak dalam 15 minit. Siap.

Kuih badak berendam

Imej via Google

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Kuih Badak Berendam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Gemar menyampaikan apa yang ia fikirkan dalam bentuk tulisan. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!