Lauk masak kurma biasanya dibuat dengan daging ayam atau kambing yang ditumis dengan rampaian rempah kisar dan santan kelapa atau kelapa parut. Campuran rempah untuk kurma boleh dijumpai dalam bentuk pracampuran dan dipasarkan secara komersial sebagai “serbuk kurma”.

Sekarang pula kami akan mengongsikan kepada anda resepi ayam masak kurma yang berbeza daripada biasanya yang dikongsikan oleh Fadhilah Alattas Syed Mahusin di Facebook. Dimana biasanya bahan untuk memasak ayam masak kurma selalunya menggunakan santan, namun dalam resepi ini ia TIDAK menggunakan santan.

Walaupun tanpa santan namun rasa ayam masak kurma ini sangat sedap dan tampilannya pun menarik. Selain tidak leceh menyediakan santan, juga masakan anda akan sihat kerana kandungan lemaknya sedikit. Sila dicuba resepi ini.

Resepi Ayam Masak Kurma Spesial dan Sedap

Reseoi ayam masak kurma

Imej via Google

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • 3 ulas bawang merah, hiris.
  • 7 ulas bawang putih, mayang hancur.
  • Cili padi, boleh letak atau tidak.
  • Lada hitam tumbuk.
  • Halia tumbuk, letak lebih sebab boleh pekatkan kuah.
  • Daun kari.
  • Kulit kayu manis.
  • Bunga lawang.
  • Buah pelaga.
  • Rempah kurma babas satu senduk.

Cara Membuat Ayam Masak Kurma

1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit, goreng. Alihkan.

2. Tumis daun kari, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.

3. Masukkan bawang merah dan bawang putih, gaul.

4. Masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi.

5. Gaulkan dengan ayam. Masa ini boleh letak kentang.

6. Masukkan rempah kurma babas satu senduk gaul rata dengan ayam.

7. Selepas itu masukkan halia, gaul lagi.

Resepi ayam masak kurma

Imej via Facebook

8. Akhir sekali masukkan air, kiub ayam dan perasa. Biar hingga kuah jadi pekat.

Resepi ayam masak kurma

Imej via Facebook

9. Kuah sudah siap dan pekat.

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Ayam Masak Kurma, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Gemar menyampaikan apa yang ia fikirkan dalam bentuk tulisan. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.