Ayam masak halia ini kebiasannya menggunakan daging ayam yang pejal pada bahagian dada. Memudahkan untuk dipotong secara kecil. Siapa yang tidak suka makan daging ayam yang pejal itu, boleh cuba buat resepi ini pula supaya lalu makan.

Sesuai dengan namanya ayam masak halia. Resepi masakan ini memang kena menggunakan banyak halia. Kalau tidak, tidak akan padu lah rasanya. Rasa kesedapan yang berasal daripada halia ini yang membuat masakan ini sangat disukai oleh masyarakat malaysia.

Resepi ayam masak halia ini sangatlah mudah. Hanya memerlukan bahan seadanya seperti bawang, cili kalau mahu pedas, sos tiram, tepung jagung dan halia yang banyak.

Kali ini kami kongsikan resepi ayam masak halia yang dikongsikan oleh ‎Fdlah Ila‎ di Facebook. Resepi yang mudah, simple namun rasanya sedap macam kedai melayu. Jom cuba resepinya.

Resepi Ayam Masak Halia

ayam masak halia

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam hiris kecil-kecil
  • Cili kering potong
  • Bawang merah belah 6
  • Halia hiris kena banyak sikit
  • Sos tiram
  • Tepung jagung
  • Air

Cara Menyediakan :

  1. Panaskan minyak. Goreng cili dulu, kalau sudah garing angkat letak tepi.
  2. Lepas itu goreng bawang dan halia tadi sehingga layu. Angkat.
  3. Minyak yang sama masukkan ayam, bubuh air reneh sekejap.
  4. Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam sedikit.
  5. Masukkan balik bahan yang ditumis tadi.
  6. Bancuh air tepung jagung untuk pekatkan kuah. Ikut kepekatan anda mau macam mana.
  7. Perasakan dengan garam.
  8. Sudah nak tutup api masukkan daun bawang.
  9. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam masak halia, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.