Pada kali ini kita akan berkongsi resepi ayam masak asam bersama anda semua. Resepi ini amat mudah untuk disediakan dan tidak memerlukan masa yang lama. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah untuk didapati di pasar raya berdekatan.

Bagi anda yang meminati makanan yang masam dan pedas, sudah tentu resepi ini akan menjadi kegemaran anda. Jika dihidangkan bersama nasi putih saja pun sudah memadai. Hidangan ini sangat mudah untuk disediakan dan dijamin anda akan lebih berselera apabila sudah siap dihidangkan nanti. Mari kita lihat cara menyediakan resepi ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Mariana Zainal di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian dan like.

Resepi Ayam Masak Asam

ayam masak asam
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 5 ulas bawang putih (hiris)
  • Sedikit halia (hiris)
  • 1 biji cili merah
  • 8-10 biji cili padi potong tengah jgn sampai putus
  • 1 sdb jintan manis (rendam sebentar kemudian toskan dan tumbuk guna lesung batu)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 sdt serbuk kunyit
  • 1/2 sdt gula
  • 1 cawan air
  • 1 1/2 senduk minyak
  • Sedikit garam

Cara – cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, jintan manis dan cili besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan air asam jawa dan serbuk kunyit.
  3. Tumiskan sehingga naik minyak.
  4. Masukkan kicap dan kacau sebentar.
  5. Masukkan ayam dan cili padi.
  6. Kacau sebati dan masukkan air.
  7. Bila sudah pekat sesuaikan rasa.
  8. Sudah boleh dihidangkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Jika anda berminat untuk melihat resepi-resepi lain yang telah dikongsikan oleh kami sila lihat di pautan di bawah. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan terdekat anda.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .