Apabila pergi ke pasar malam, mesti ramai yang cari ayam madu bakar. Makanan ini ialah khas dijual di tapak pasar malam sahaja. Walaupun ada beberapa dijual ditempat lain namun ramai orang lebih tertarik dengan yang dijual dipasar malam.

Perburuan mencari ayam madu bakar ini makin ramai sejak kebelakangan ini. Ayam bakar madu pasar malam biasanya menjual bahagain kepak dan tongkeng ayam sahaja. Kepak ayam bersaiz kecil, dibakar masak madu. Membuat hidung menari mencium sedapnya bau ayam.

Ramai sangat yang cari resepi ini. Oleh itu, pada perkongsian ini kami hadirkan resepi ayam madu bakar khas pasar malam untuk anda cubakan di rumah. Resepi mudah daripada Yaya VictoryYaya di laman Facebook.

Resepi ini tidak menggunakan pewarna, hanya sos dan serbuk cili sahaja. Dengan bahan campak-campak dan modal RM 30, boleh buat untuk 2 ekor ayam dan rasanya sangat sedap. Jom cubakan!

Resepi Ayam Madu Bakar Pasar Malam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam dipotong dengan size bersesuaian,
  • 2 sudu besar perencah nasi goreng cina cap seri aji,
  • 2 sudu besar serbuk cili,
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam,
  • 3 sudu besar sos tiram,
  • 4 sudu besar kicap,
  • 2 sudu besar sos thai,
  • 5 sudu besar sos cili,
  • 1 sudu besar serbuk bawang putih,
  • 1 biji air limau nipis,
  • 1 cawan madu.

Cara-cara :

  1. Kacau rata kesemua bahan untuk diperap bersama ayam selama 2-3 jam.
  2. Jika sudah siap perap selama 2-3 jam, boleh terus dibakar.
  3. Siap.

    resepi ayam madu bakar

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam madu bakar pasar malam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.