Sekiranya anda memilih untuk berdiet, semestinya anda menginginkan sesuatu yang lazat dan berkhasiat. Jangan gusar, anda semestinya boleh menyediakan sesuatu yang lazat, sihat dan berkhasiat.

Selalunya, makanan berkhasiat amat susah untuk didapati di luar. Kalau ada sekalipun, ianya pasti akan menjadi mahal. Oleh itu, hari ini kami akan kongsikan kepada anda satu hidangan yang amat mudah untuk disediakan disamping rasanya yang lazat ala ala seperti di Kenny Rogers.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Pooja di laman Facebooknya dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom!

Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers

ayam bakar kenny rogers
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 ekor ayam (cuci bersih)
  • 2 labu bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sb pati Oren sunquick (yang dalam botol)
  • 1 senduk sos blackpepperr aka sos lada hitam
  • 3 sudu besar marjerin (cairkan atas api)
  • 1 biji ubi kentang (rebus empuk)
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 sk garam
  • 2 sb gula pasir
  • Kentang, brokoli, tomato cherry (optional)

Cara – cara memasak:

  1. Kesemua bahan ini dikisar dengan sedikit air (suku cawan air sahaja).
  2. Perapkan bahan ini dengan ayam selama dua jam. Lagi lama perap, lagi sedap.
  3. Kemusian, bakar suhu 200 darjah selama 45 minit atau sehingga masak. Pastikan api atas bawah.
  4. Siap!

Nota: Sekiranya air perapan ayam banjir didalam dulang pembakar, buangkan air itu bagi melancarkan proses pembakaran ayam tersebut. Barulah ayam itu garing sekata atas bawah.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Terdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi – resepi ini bersama yang tersayang. Moga anda sentiasa ceria di samping makanan yang sihat dan mudah untuk disediakan. Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.