Selalu teringin untuk makan ayam masak butter? Tapi malas untuk keluar rumah? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya.

Ayam butter atau pun popular di kalangan rakyat Malaysia sebagai Butter Chicken telah mendapat tempat di hati masyarakat sejak akhir akhir ini. Selain menggunakan ayam, resepi ini juga turut boleh diaplikasikan untuk isi ikan dory, ikan cod atau pun udang. Menarik bukan? Satu resepi untuk bermacam macam masakan.

Butter Chicken ini amat sesuai untuk dihidangkan untuk makan tengah hari dan makan malam. Lebih menarik lagi, anda boleh juga turut cuba untuk menghidangkan semasa majlis yang bersesuaian. Pasti anda tidak akan malu kerana ayam butter ini memang confirm menjadi!

Sebanyak 2.1 ribu orang telah pun share resepi ini dan rata ratanya memuji keenakkan dan rasa lemak di dalam masakan ini.

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Lisa Dahlan dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Ayam Butter

Resepi Ayam Butter

Imej via Facebook

Bahan Bahan

Resepi Ayam Butter

Imej via Facebook

Bahan-bahan A

Isi ayam (boneless chicken)
– gaulkan dengan serbuk kari and sikit garam
1 biji telur
– celup ayam tadi dalam telur 
Tepung gandum
– then gaulkan kat tepung gandum

Bahan-bahan B


Butter 2-4 sudu besar
Cheese ( 1 slice atau boleh guna kraft cheddar)
Susu cair (suku atau setengah tin) agaklah
Susu pekat manis (1 -2 sudu bsr)
Daun Kari
Bawang putih 3-4 ulas (cincang halus)
Cili padi dihiris atau belah dua)

Cara Cara Memasak

1. Panaskan minyak

Goreng ayam yang dah di celup telur and salut tepung tadi ( deep fried sampai garing)

Resepi Ayam Butter

Imej via Facebook

2. Bila dah garing boleh di angkat and toskan minyak

Resepi Ayam Butter

Imej via Facebook

3. Dalam kuali berasingan, panaskan 2-4 sudu butter ( ikut suka).

Kemudian tumis Bawang Putih dalam butter tu. Campurkan sekali Cili padi potong or cili merah. Masukkan susu cair ( agak agak). Tambahkan 1- 2 sudu besar susu pekat manis (ikut nak manis sikit atau lebih).

Tambah air sikit. Kemudian masukkan cheese yang dah di potong kecik. Biarkan cheese tu melted

Resepi Ayam Butter

Imej via Facebook

4. Last sekali masukkan daun kari & juga ayam yang dah digoreng tadi. Kacau kacau and rasa. Jika dah cukup masin tak perlu tambah garam

Resepi Ayam Butter

Imej via Facebook

Selamat Mencuba

Resepi Ayam Lain Yang Menarik

Selain resepi ayam butter, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Penulis: Nabilah Ruza

Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .