Anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Sedikit perhatian daripada ibu bapa boleh membawa kebahagiaan pada anak-anak. Lebih-lebih lagi, mereka pada usia yang muda di mana memerlukan bimbingan ibu bapa.

Ibu bapa mungkin tidak menyedarinya kerana sibuk bekerja mencari rezeki untuk menyara anak-anak. Tetapi tidak salah jika luangkan sedikit masa untuk berbual dengan anak-anak dan memberi kata-kata positif kepada mereka. Satu ayat yang ringkas tapi mempunyai maksud yang mendalam boleh membuatkan mereka gembira.

Apakah ayat yang boleh memberikan kebahagiaan pada anak-anak?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 ucapan ajaib yang boleh menggembirakan anak-anak. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

5 ucapan ajaib untuk anak
Imej via Facebook

5 Ucapan ajaib untuk anak-anak

1️⃣️ “Mama/papa sayangkan kamu”

Jangan biarkan satu hari pun berlalu tanpa memberitahu anak-anak bahawa kita menyayangi mereka. Anak-anak akan berasa selamat apabila diingatkan bahawa kita sentiasa mencintai mereka.

Dalam hari-hari yang sukar, anak-anak mungkin akan buat ‘perangai’ atau tidak berkelakuan baik seperti apa yang kita harapkan. Sungguhpun begitu, penting untuk anda jelaskan kepada mereka bahawa semua perkara ini tidak akan sesekali melunturkan kasih sayang anda terhadap mereka.

"

2️⃣️ “Mama/papa seronok bermain dengan kamu”

Tak kiralah apa jua aktiviti yang anda lakukan hari ini, cuba beritahu anak bahawa anda sangat gembira berada di samping mereka.

 Tidak dapat dinafikan, seorang anak sememangnya sumber keceriaan dan kegembiraan dalam sebuah keluarga. Malah, anak juga adalah sumber rezeki dan anugerah yang tidak ternilai dari Allah. Jadi, jangan malu-malu meluahkan kepada anak betapa berharganya mereka buat anda.

3️⃣️ “Kamu sangat istimewa”

Tak perlu tunggu anak-anak naik pentas, terima anugerah di sekolah, atau menang pertandingan untuk mengucapkan ayat ini kepada mereka.

 Sebaliknya, fahamilah bahawa setiap individu mempunyai keunikan tersendiri yang diciptakan oleh Allah. Oleh itu, beri perhatian kepada perkara-perkara ‘simple’ yang dilakukan oleh anak setiap hari dan ekspresikan penghargaan anda kepada mereka.

4️⃣️ “Mama/papa suka kamu bila…”

Setiap orang tentunya berasa gembira apabila mengetahui mereka dapat membuat seseorang gembira – terutamanya anak anda.

Jadi, ambil kesempatan ini untuk mengingatkan mereka tentang perbuatan mereka, karakter, kelakuan baik, idea bernas, atau apa-apa saja yang positif.

5️⃣️ “Mama/papa percayakan kamu”

Salah satu perkara mustahak yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak adalah apabila mereka tahu ibu bapa sentiasa menyokong mereka. Dengan kata-kata ini, anak akan berasa lebih konfiden, berani mencuba, dan tidak mudah berputus asa untuk menghadapi cabaran.

Selain itu, ia juga membuka lebih banyak peluang kepada anak untuk meneroka serta meningkatkan usaha dalam melakukan apa saja yang mereka minati.

*Setiap perkataan dan ayat yang keluar dari mulut ibu bapa akan memberi kesan terhadap anak-anak. Ayat yang positif boleh memberi kesan positif kepada anak, manakala ayat yang negatif memberi kesan negatif kepada anak. Jadi, berhati-hati ketika bercakap dengan anak-anak.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .