Dalam keadaan ekonomi negara sekarang, ramai yang memilih untuk melakukan kerja sambilan untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Malah ibu-ibu suri rumah dan pelajar juga sudah mula mendapat kesedaran bahawa kita boleh menambah pendapatan dari rumah dengan mudah tanpa perlu keluar dari rumah. Nak tak kalau kami kongsikan cara menambah pendapatan dari rumah yang sangat mudah, semua orang boleh lakukan.

Berniaga online

Hari ini semuanya di hujung jadi termasuklah membeli-belah. Orang tak perlu bersiap untuk keluar rumah dan menghabiskan masa menghadap kesesakan lalu lintas untuk sampai ke pusat membeli-belah. Cuma klik klik sahaja, pilih yang mana berkenan di hati, buat bayaran secara online, siap. Tunggu barabf sampai di depan pintu. Anda boleh mengambil kesempatan di atas fenomena baru ini untuk menambak pendapatan dengan cara berniaga online.

Terdapat beberapa platform berniaga online yang sedang hangat pada hari  ini seperti:

  1. Shopee
  2. Lazada
  3. Facebook Marketplace
  4. Instagram

Apa yang anda nak jual? Berapa banyak modal nak ke keluar sebelum dapat untung? Kami cadangkan anda bermula sebagai drosphip di mana anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli stok. Sebagai dropship anda Cuma perlu buat promosi. Bila ada order anda hantar order ke ibu pejabat dan ibu pejabat akan poskan bagi pihak anda. Mudah kan? Sudahlah tak perlu keluarkan modal untuk menyimpan stok, malah anda tak perlu keluar untuk mengepos barang. Nanti bila perniagaan anda mula berkembang, anda boleh naik taraf kepada ejen dan stokis.

Berkenaan apa yang hendak dijual, terpulang kepada anda untuk memilih produk yang anda minati sama ada pakaian, kosmetik, penjagaan kulit muka, barang hiasan rumah, dan sebagainya.

Home tutor

pendapatan dari rumah

Sumber: Tutorkami

Anda suka mengajar? Jika anda berminat untuk mengajar, anda boleh menambah pendapatan dengan memberikan khidmat home tutor kepada anak-anak yang tinggal di kawasan rumah anda. Pada hari ini ibu bapa lebih cenderung untuk memilit home tutor berbanding menghantar anak ke pusat tusyen memandangkan dengan home tutor, anak akan diberikan focus yang lebih berbanding pusat tusyen yang mana kelas dijalankan untuk jumlah murid yang ramai.

"

Anda boleh memilih beberapa subjek yang anda minati dan selesa. Malah anda juga boleh memilih sama ada mahu menyasarkan peringkat umur kanak-kanak tadika, sekolah rendah, atau sekolah menengah. Jika anda tidak selesa pelajar datang ke rumah, anda boleh pergi ke rumah pelajar mengikut keselesaan kedua-dua belah pihak.

Pengasuh

Anda sukakan anak kecil? Kalau anda jenis yang penyayang dan sukakan budak-budak, menjadi pengasuh adalah pilihan yang tepat untuk anda menambah pendapatan bulanan. Nasihat iami jadilah pengasuh yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana kebiasaannya ibu bapa akan lebih yakin untuk menghantar anak kepada pengasuh terlatih dan berdaftar dibawah JKM. Malah apabila bergelar pengasuh berdaftar, anda boleh meletakkan kadar bayaran yang lebih tinggi berbanding pengasuh yang tiada kelayakan. Untuk mendapatkan kelayakan ini, apa yang anda perlukan ialah:

  1. Sijil Asas Asuhan Kanak-kanak yang boleh anda dapati dengan menghadiri kursus asas asuhan kanak-kanak yang dianjurkan oleh JKM. Anda boleh pilih untuk menghadiri kursus sepenuh masa atau separuh masa.
  2. Mendaftar di Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah.

Guru mengaji

Cara menambah pendapatan yang seterusnya ialah dengan menjadi guru mengaji. Anda boleh pilih sama ada untuk pergi ke rumah pelanggan atau menunggu pelanggan datang ke rumah anda. Dewasa ini guru mengaji yang boleh datang ke rumah menjadi pilihan ramai memandangkan masing-masing sibuk dan mempunyai kekangan masa untuk ke masjid dan surau untuk meghadiri kelas mengaji.

Anda boleh pilih untuk mengajar kanak-kanak, orang dewasa, atau pakej sekeluarga. Bayaran pula adalah bergantung kepada kawasan. Jika di Kuala Lumpur, bayaran adalah dalam anggaran Rm50-100 untuk satu sesi. Atau anda boleh juga kenakan bayaran bulanan.

pendapatan dari rumah

Sumber: Homebakers

Home baker

Tahukah anda bahawa hari ini ada ramai home baker yang beroperasi tanpa perlu mengeluarkan duit untuk menyewa kedai. Jika anda suka membuat kek, pastry, roti, krimpuff dan sebagainya, ini adalah pilihan yang sangat tepat untuk anda. Malah trend sekarang ialah pembeli lebih suka membeli dari home baker kerana harga yang lebih murah berbanding makanan yang dibeli dari bakeri. Jika anda tidak mempunyai kemahiran, anda boleh menyertai kelas PJJ atau jarak jauh yang ditawarkan oleh sifu-sifu baking di Malaysia.

Dengan bayaran yuran semurah Rm10 untuk satu kelas, ianya bukanlah satu jumlah yang mahal. Berbaloi sangat jika dibandingkan dengan keuntungan yang akan anda dapat di kemudian hari. Di antara makanan yang menjadi trend sekarang ialah:

  1. Kek
  2. Krim puff
  3. Pencuci mulut seperti kuih talam
  4. Roti
  5. Pastri
  6. Brownies
  7. Congo bar

Itulah dia info tentang cara menambah pendapatan dari rumah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Pilihlah mana satu yang sesuai dengan anda. Mulakan dengan satu pilihan yang paling anda minati dan lihat macam mana perkembangannya.

Kalau tak sesuai anda boleh bertukar kepada pilihan yang lain. Apa yang penting anda berusaha sebaiknya. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang keberkatan rezeki.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.