Tugas seorang isteri tidak boleh dipandang rendah. Tugas mereka lebih mencabar dan bukan semua orang boleh membuatnya. Menyiapkan pakaian anak, masak makanan untuk seisi keluarga, mengemas rumah, mendidik anak semua itu, bukan semua orang boleh buat.

Zaman sekarang banyak kisah si isteri stress kerana menguruskan hal keluarga seorang diri di rumah. Jika bukan si suami yang membantu isteri, siapa lagi yang boleh membantu. Itu jika si isteri menjadi suri rumah sepenuh masa, bagaimana pula jika isteri yang bekerja.

Semestinya mereka akan lebih penat berbanding suri rumah sepenuh masa. Mereka perlu menguruskan hal keluarga dan kerja pada masa yang sama. Begitu hebat sekali isteri zaman sekarang.

Jadi sebagai suami, kita perlu membuat sesuatu untuk meringankan beban si isteri.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips untuk suami hilangkan penat si isteri. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

tips hilangkan penat si isteri
Imej via Baitulljannah

5 Tips untuk hilangkan penat isteri

1. Minta si dia berterus terang

Kebanyakan isteri yang penat ni dia takkan bagitahu pun dia penat. Paling teruk pun dia akan menangis sendirian di dalam bilik je. Paling bahaya kalau ianya bertukar stres yang terpendam!

"

Tugas suami lah untuk korek dan minta isteri berterus terang. Dengan cara itulah suami boleh tahu apa yang sedang dihadapi oleh si isteri. Isteri pun akan lebih rasa diperhati dan dihargai

2. Cari tahu sumber kepenatan isteri

Lain orang lain sumber utama kepenatannya. Ada yang sumber utama kepenatannya datang daripada pinggan mangkuk, ada yang datang daripada kain yang tak berlipat, ada yang datang daripada kain yang tak sempat disterika dan bermacam macam lagi.

Suami lah yang kena kreatif untuk bagi solusi pada setiap kepenatan tersebut. Tak salah pun kita invest sedikit wang untuk beli gajet dapur ke, upah tukang kemas rumah ke atau beli perkakas yang boleh mudahkan urusan harian isteri asalkan isteri kita tu tak tenggelam dalam kepenatan yang boleh membunuh jiwanya.

3. Ringankan mulut dengan pujian

Serius! Dengan sedikit pujian dah boleh mengurangkan kepenatan isteri kita kerana pujian juga adalah sejenis Social Reward pada otak si isteri. Mengikut kajian, social reward ni kesannya pada otak kita sama dengan kita menerima sedebuk duit cash!

4. Hulurkan telinga & lengan

Telinga lelaki ni bukan dicipta untuk diri mereka sendiri sahaja sebenarnya. Ianya juga adalah alat untuk terapi jiwa seorang isteri.

Biarkan mereka membebel dan meluahkan segalanya di atas lengan kita. Tadahkan telinga kita untuk mereka! Belajar untuk ketap bibir daripada memberikan sebarang solusi. Biarkan mereka meluahkan dulu apa yang terbuku di hati. Itulah baru dinamakan Listening Therapy bagi seorang isteri.

5. Ajak si dia dating & bercuti

Banyak kepenatan isteri ni datang daripada pekerjaan yang sama dan berulang ulang setiap hari. Ini semua membawa kepada Mental Exhaustion.

Caranya adalah dengan membawa isteri kita tu keluar sekejap daripada kitaran harian mereka dengan bercuti dan berdating berdua. Kita break her daily routine! InsyaAllah bila mereka kembali ke rumah nanti, mereka akan kembali dengan lebih bersemangat dan bertenaga kembali!

*Tips ini boleh dicuba oleh para suami jika ingin menghilangkan penat si isteri. Tips ini tidak memerlukan tenaga dan masa yang banyak dan lama, hanya puji si isteri dan tunjukkan bahawa kita hargai hasil kerja mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.