Anda bakal menyambut ulangtahun perkahwinan dalam masa terdekat? Tahniah diucapkan dan jangan lupa untuk buat ucapan ulang tahun perkahwinan terhadap suami anda.

Jika anda masih belum punya idea bagaimana untuk memberi ucapan ulang tahun perkahwinan, di sini akan disenaraikan beberapa contoh yang boleh anda guna pakai untuk meraikan detik istimewa tersebut.

10 Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Untuk Suami Yang Paling Sweet

ulang tahun
Imej via Bidadari.My

Ucapan #1
Saya amat bersyukur dikurniakan Tuhan seorang lelaki seperti awak! Jika ditakdirkan masa dapat diundurkan semula, saya tetap akan berdoa supaya Allah SWT hantarkan awak sekali lagi untuk menjadi lelaki paling gah di dalam hidup saya buat selamanya.

Ucapan #2
Terima kasih abang atas semuanya. Abang tahukan sayang amat cintakan abang. Tiada dua, tiada tiga tetapi hanya satu saja! Ya! Hanya abang seorang di dalam hati sayang sampai bila-bila.

Ucapan #3
Dulu daku sangkakan kau yang telah membuatkanku jatuh cinta padamu. Tetapi ternyata ianya silap.

Bukan kau yang membuatkanku jatuh cinta padamu sebaliknya daku sendiri yang telah sukarela memberikan hati ini padamu. Mengapa? Kerana kau adalah lelaki yang paling terbaik di atas muka bumi ini.

Ucapan #4
Sayang, kelak kita akan sama-sama tua. Tetapi ketahuilah yang cinta kita akan tetap muda dan indah.

Biar tubuh kita di mamah usia tetapi kasih dan sayang kita akan tetap kekal utuh tanpa sebarang cacat cela hingga ke akhir hayat. Aku sangat sayang padamu dan sayangku adalah dengan izinNya. 

Ucapan #5
Selamat ulang tahun suamiku. Semoga hubungan kita akan terus kekal. 
Ku harap kau akan dapat menguncikan hatimu hanya untukku. Sesungguhnya ku tak sanggup untuk berkongsi kasih dengan yang lain kerana dirimu terlalu mahal dan istimewa untuk ku kongsikan dengan yang lain.

Ucapan #6
Biar ada yang berkata aku ini tamak! Biar juga andai ada yang berkata aku ini penting diri! Namun untuk ku berkongsi dirimu dengan yang lain memang tidak akan ku benarkan. 

Ini aku terlalu amat mengasihimu hinggakan ku tak mampu untuk menahan api cemburu andainya ada insan lain dihatimu selainku. 

Ucapan #7
Selamat ulang tahun sayang. Maafkan segala salah dan silapku. Halalkan juasemua makan dan minumku. 

Mengapa kadangkala aku bersikap kebudakan? Jawapannya adalah kerana aku ingin dibelai manja seperti bayi di atas pangkuanmu. Mengapa kadangkala aku bersikap seakan pengecut yang keterlaluan? Kerana saat itu aku mahu dipeluk erat tanpa lepas dari dakapan

Ucapan #8
Saya tidak tahu nak berpuitis. Apa yang saya tahu, saya hanya punya satu hati dan satu hati ini telah saya serahkan sepenuhnya pada awak. Saya juga punya satu jasad dan jasad ini telahpun saya serahkan segalanya juga pada awak. 

Adakah saya menyesal? Tidak! Saya tidak pernah sesal apa pun asalkan semua itu untuk awak.

Ucapan #9
Dulu cinta kita pernah terhalang. Tetapi kita tetap juga nekad untuk bersamaKini cinta kita sudah bebas dengan ikatan halal. Maka saya mohon agar kita tetap akan nekad bersama untuk pertahankannya sehingga ke hujung nyawa

Ucapan #10
Saya tidak perlukan harta. Saya juga tak perlukan emas pertama. Apa yang saya perlu hanyalah kehidupan penuh sederhana bersama satu-satunya suami yang saya cinta.

Cinta abang pada saya jauh lebih hebat dan bernilai dari harta, emas dan pertama kerana cinta abang itu boleh buat saya rasa penuh bahagia sampai bila-bila.

Doa Supaya Perkahwinan Terus Kekal Bahagia Penuh Kasih Sayang

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ

“Allahumma inni as-aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala alladzi yubalighuni ilaa hubbika. 

(Hadis Hasan, Riwayat Tirmidzi)

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu. ”

Tahu Hargai Pasangan Boleh Eratkan Lagi Hubungan

Hubungan suami isteri tidak boleh dipandang ringan. Jangan kerana telah lama berkahwin membuatkan anda rasa suami sudah tidak perlu dilayan sebagaimana ketika di awal usia perkahwinan dulu. Sebernarnya, cara terbaik supaya perkahwinan kekal utuh adalah dengan cara menghargai pasangan dari dulu hingga kini.

Layanilah suami dengan penuh kelembutan dan rapatkanlah diri dengan suami dengan penuh kasih sayang walaupun keduanya sudah semakin di mamah usia.

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.