Terdapat pelbagai sandwich yang ada dan boleh kita cuba. Contohnya, sandwich telur, sardine, ayam, daging, sayur dan lain-lain. Anda suka yang mana? Haa biasanya ramai yang buat sandwich telur dan sardine sebab mudah dan tak leceh untuk menyiapkannya. Untuk membuat sandwich berlauk seperti ayam, daging dan seafood biasanya mengambil sedikit masa untuk menyiapkannya bukan?

Sebelum ini, kami telah kongsikan satu post resepi sandwich telur di sini. Jemput lihat jika anda sukakan roti sandwich telur. Sandwich telur dan sandwich sardin keduanya mempunyai rasa yang sedap. Ada sesetangah yang suka keduanya, boleh gabung terus. Untuk lapisan pertama, letak isi sardin dan untuk lapisan kedua letak isi telur pulak. Haa kalau nk tambah lagi lapisan, boleh2 silakan. Jadi big mac terus ya dak. Tapi xpe, big mac yang sihat kami tak risau!

Jadi, hari ini kami nak kongsi resepi sandwich sardin special buat anda. Anda wajib cuba tau resepi sandwich sardin ni sebab resepi ini agak unik dan lain dari resepi-resepi lain. Biasanya cheese dan mayonis diletak sebagai dressing je kan, namun untuk resepi ini, cheese dan mayonis diletak sekali ke dalam masakan. Pastu, dicampur lagi dengan sebiji telur. Boleh bayangkan tak?

Jangan risau, jom kita lihat resepinya. Resepi sandwich sardin ini telah dimuatnaik oleh saudara Wan Luqman atau dikenali dengan Uncle Luq SohoSandwich di Facebook. Kalau anda mahu order roti sandwich best in da town, boleh order dengan beliau ok. Selamat mencuba!

Resepi Sandwich Sardin

sandwich sardin

Image via Facebook

Bahan-bahan:

Cili kisar
Bawang merah
Bawang putih
Satu tin sardin kecil
Serbuk pati ayam
Sekeping cheddar cheese
Sebiji telur
Gula dan garam
Lada hitam
Sedikit kicap
Mayonis

Cara Penyediaan:

1) Tumis cili kisar bersama dengan bawang merah dan bawang putih.
2) Bila dah garing, masukkan sardin dalam tin. Selepas itu masukkan sesudu kecil serbuk pati ayam, gula, garam, lada hitam dan sedikit kicap
3) Campurkan sekeping cheddar cheese
4) Masukkan sebiji telur untuk menambah kekenyangan perut. Jangan kacau hingga terlalu hancur.
5) Campurkan mayonis untuk rasa berlemak sikit
6) Dah siap, sejukkan dahulu sebelum disapu pada roti.
7) Boleh hiaskan roti sandwich bersama dengan salad, timun dan tomato.

Best kan resepi sandwich ni! Bukan resepi ini sahaja yang special tau, kami ada banyak lagi resepi-resepi best yang lain di blog ini. Jemput LIKE dan SHARE semua ya!

 

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.