Kentut faraj dikalangan wanita adalah suatu kejadian yang sukar untuk dielakkan. Rata-rata kaum hawa sama sekali tidak mahu kentut faraj ini berlaku tetapi apakan daya, kentut faraj ini dengan sendirinya akan terjadi tanpa dapat dikawal. Persoalannya sekarang, adakah kentut faraj ini normal ataupun berbahaya?

Faktor Berlakunya Kentut Faraj Pada Kaum Hawa

kentut faraj
Imej via Bidadari.My

Untuk pengetahuan anda, kentut faraj ini boleh berlaku disebabkan oleh kandungan udara yang terperangkap di dalam faraj. Gas di dalam faraj ini kemudiannya akan dilepaskan secara semulajadi tanpa bunyi yang jelas. Kentut faraj ini juga tidak mengeluarkan sebarang bau sebagaimana kentut biasa yang keluar dari punggung.

Selalunya kentut faraj ini hanya disedari oleh tuan empunya diri seorang saja di saat ianya sedang berlaku. Kentut faraj ini boleh terjadi pada bila-bila masa terutama ketika seseorang wanita itu sedang melakukan hubungan seks, saat bersenam, melakukan regangan atau dalam keadaan apa sekalipun yang melibatkan pergerakan tubuh.

Keadaan umum dan faktor yang berkaitan dengan kentut faraj termasuk:

  • Tidak dapat mengawal kencing
  • Prolaps organ pelvis
  • Ketidakpekaan fecal
  • Otot pelvis lemah akibat melahirkan anak, berat badan berlebihan, umur atau ketegangan usus

Kentut Faraj Normal Atau Berbahaya?

Kentut faraj ini tidak membahayakan. Ianya adalah normal dan boleh berlaku pada mana-mana wanita terutama yang telah melepasi umur pertengahan. Kentut faraj boleh berlaku dengan lebih kerap bagi wanita yang kurang peka terhadap penjagaan rahim semasa di dalam tempoh berpantang selepas bersalin.

Apakah Kentut Faraj Ini Boleh Membatalkan Wudhu?

Menurut artikel yang diterbitkan oleh pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bagi mazhab Syafie dan Hanbali tatkala keluarnya angin dari qubul (kemaluan wanita/lelaki) ternyata ianya akan membatalkan wudhu.

Hukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui faraj (qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut,

عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”. – Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari

Berdasarkan hadis di atas, secara jelas Rasulullah memberitahu bahawa keluar angin boleh membatalkan solat. Oleh sebab itu, wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut;

  1. Berdehem selepas membuang air kecil.
  2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.
  3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.
  4. Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

Namun begitu, seandainya seseorang itu sedang menghadapi penyakit seperti sentiasa keluar angin, kencing dan tinja, maka di sini terdapat rukhsah keringanan untuk solat walaupun keluar sesuatu daripada dua jalan kerana dianggap seperti darah istihadah.

Antara Langkah Bijak Untuk Mengatasi Masalah Kentut Faraj

Masalah kentut vagina ini boleh diatasi sepenuhnya dengan cara mengamalkan petua yang telah dicuba oleh ramai orang. Antara petua tersebut adalah:

  • Tidak memakai seluar dalam yang longgar bagi mengelakkan angin luar masuk ke dalam rongga faraj
  • Membasuh bahagian kemaluan dengan lembut tanpa menyembur air paip ke bahagian rongga faraj
  • Elakkan makanan yang sejuk dan berais. Elakkan juga dari makan tembikai.
  • Amalkan senaman kegel (kemut) untuk menguatkan semula otot di sekitar bahagian sulit seperti asal.

Jangan Berasa Rendah Diri Walau Ada Masalah Kentut Faraj

Ramai dikalangan wanita yang mengalami masalah kentut faraj ini berasa risau sekiranya suami akan mencari pasangan yang baru. Tanggapan itu adalah salah. Tidak semua suami akan menduakan si isteri hanya kerana nafsu.

Sebagai wanita yang mengalami masalah kentut faraj ini anda tidak boleh berasa rendah diri. Terus sayangi diri anda dan berusaha dengan tenang untuk perbaiki masalah kentut faraj ini dari masa ke semasa.

Rujukan Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Avatar

Isteri dan ibu kepada 6 cahayamata. Berpendidikan di dalam bidang bisnes dengan kerjaya tetap sebagai penulis bebas. Gemar berkongsi mengenai sirah Islam, isu rumahtangga dan keibubapaan berdasarkan pembacaan dan pengalaman sendiri.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.