Keletihan merupakan sesuatu perkara yang normal bagi kita semua terutamanya bagi kanak-kanak yang masih kecil lagi. Kebiasaanya, ibu bapa akan berasa agar risau apabila anak-anak mereka sering berasa letih sedangkan anak-anak mereka tidak membuat apa-apa aktiviti yang lasak pada hari tersebut.

Ibu bapa perlu mengambil berat akan hal ini kerana ianya boleh menyebabkan pelbagai kesan kepada anak-anak apabila dewasa nanti. Jadi, ibu bapa hendaklah prihatin terhadap masalah ini.

Mari kita lihat antara tanda bahawa anak kita tidak cukup daripada Dr Taufiq Razif. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu bapa.

Imej via google

5 tanda tersebut ialah:

1. Keletihan sepanjang hari.

  • Tidak cukup tidur ini bukan sahaja boleh menyebabkan ‘Physical Fatigue’ tetapi boleh juga sampai menyebabkan ‘Mental Fatigue’.
  • Jika anak-anak selalu mengadu ‘penat la Mama’ atau susah hendak fokus membuat sesuatu kerja, cuba periksa anak kita itu cukup tidak jam tidurnya.

2. Sangat susah bangun pagi.

  • Yang ini paling menyebabkan drama pagi antara mak ayah dan anak. Mak ayah hendak kejar ‘punch card’ tetapi mata anak pula macam kena gam. Kadangkala tengah mandi pun dia boleh tidur kan?
  • Kalau jam tidurnya cukup, percayalah cakap saya anak kita akan bangun sendiri dengan penuh senyuman. Cuba periksa apa anak kita buat sebelum tidur. Entah-entah dia termenung tidak boleh tidur disebabkan ‘blue-light effect’ daripada TV dan gajet.

3. Selalu menguap di siang hari.

  • Itu maknanya sama ada anak kita keletihan ataupun anak kita punya tidur malam tu tak berkualiti ( poor quality sleep ).
  • Tapi kalau melebih lebih sangat menguapnya boleh sahaja pergi periksa ke doktor. Ada banyak sahaja penyakit ( medical conditions ) yang menyebabkan anak kita menguap melampau ini.

4. Selalu meragam tanpa sebab

  • Seperti yang saya pernah beritahu sebelum ni, tidur ini adalah keperluan fisiologi paling asas dan terpenting bagi anak. Setara dengan keperluan makan dan minum.
  • Jadi, gunalah teknik penenang apa pun, kalau anak tidak cukup tidur ini memang akan meragam. Badan dah mintak rehat, tak boleh buat apa dah.

5. Anak selalu jatuh sakit.

  • Tidur yang tak berkualiti dan juga kurangnya tidur pada anak boleh membuatkan fungsi sistem imun anak kita tidak bekerja dengan baik.
  • Jadi, kalau ada anak yang selalu jatuh sakit cuba lihat juga kualiti tidur anak kita. Jangan-jangan anak kita sedang berjaga sepanjang malam semasa kita tengah lena tidur atau waktu tidur anak tu tidak tetap sampai jam biologi anak kita menjadi pening dan terganggu.

*Diharapkan dengan perkongsian ini, ibu bapa akan lebih memahami anak-anak mereka dan memberikan perhatian yang sewajarnya agar anak-anak mendapat tidur yang mencukupi bagi mengelakkan sebarang penyakit.

Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Nik Fatin Fuadi

Nik Fatin Fuadi

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.