Setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah pastinya ibu bapa tercari-cari apakah aktiviti menarik untuk dilakukan bersama anak-anak. Asyik berjalan ke pusat membeli-belah, bosan juga kan.

Apa kata untuk cuti kali ini anda lakukan sedikit kelainan dengan memilih aktiviti rekreasi untuk dilakukan bersama secara santai. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan senarai aktiviti rekreasi menarik sekitar Kuala Lumpur untuk anak-anak yang anda wajib lakukan.

KL Tower Mini Zoo

senarai aktiviti rekreasi

Sumber: Saimatkong

Kebetulan kami berkesempatan untuk membawa anak-anak beriadah di sini beberapa minggu yang lalu. Komen kami, tempat ini sangat menarik dan berbaloi. Tak rugi harga tiket yang dibayar. Harganya? Kami ambil pakej keluarga untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak, pada harga RM99 .00 sahaja.

Jika anda ke sini pada hujung minggu atau pada cuti umum, kawasan letak keretanya mungkin agak susah dan sukar untuk mendapat petak parking. Tips dari kami, anda gunakan khidmat valet parking. Harganya Cuma RM15 untuk satu hari. Serahkan kunci kereta dan tinggal, tak perlu bazirkan masa menunggu parking.

Apa yang menariknya di KL Tower Mini  Zoo? Di antara haiwan ekzotik yang menjadi tumpuan di sini ialah:

  1. Baby walabi
  2. Alpaca
  3. Meerkat
  4. Prairie dog
  5. Capibara

Apa yang lebih menarik, terdapat satu seksyen di mana anda boleh bermesra dengan tikus belanda, arnab dan kura-kura gergasi. Anda boleh memegang, mendukung, dan bermain dengan haiwan jinak di sini. Malah anda boleh member makanan yang disediakan.

"

Pastinya anak-anak akan berasa sangat teruja. Selain KL Tower Mini Zoo, terdapat pelbagai tarikan menarik  yang lain di sekitar KL Tower seperti akuarium, Upside Down House, dan Canopy Walk di KL Forest Eco Park.

KL Forest Eco Park

Dah puas jalan-jalan sambil meluangkan masa bersama binatang di KL Tower Mini Zoo, anda boleh pergi ke KL Forest Eco Park untuk bersantai-santai sambil melihat keindahan alam semulajadi. Taman eko semulajadi ini terletak di Bukit Nanas, betul-betul bersebelahan dengan Menara Kuala Lumpur atau KL Tower.

Menariknya masuk ke sini adalah percuma malah ruangan parking juga adalah percuma. Pastinya anda takkan percaya bahawa terdapat hutan hujan semulajadi di tengah-tengah hutan konkrit Kuala Lumpur. Di sini anda berkesempatan untuk berjalan-jalan di atas jambatan gantung yang tinggi di mana anda berada di atas pokok-pokok yang menghijau.

Di sini anda bukan sahaja akan disajikan dengan kehijauan seluas mata memandang, malah anda dan anak-anak pastinya akan terpesona dengan kicauan burung dan hidupan hutan yang lain. Jambatan gantung di sini agak panjang, dan ada beberapa buah menara yang boleh anda panjat dan jadikan tempat untuk berehat sambil melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur.

Dah puas berjalan di atas jambatan gantung, anda boleh berjalan di bawah sambil melihat pokok-pokok yang merimbun. Selain dijadikan sebagai kawasan pilihan untuk berekriasi bersama anak-anak di hujung minggu, KL Forest Eso Park juga boleh anda pilih untuk bersenam bila kelapangan.

Taman Pendidikan Bukit Gasing

Taman Pendidikan Bukit Gasing yang terletak di Petaling Jaya juga boleh menjadi destrinasi menarik untuk anda berekreasi bersama anak-anak pada hujung minggu. Di sini terdapat trek semulajadi yang sangat sesuai untuk melakukan aktiviti rekreasi bersama keluarga.

Seperti namanya, Taman Pendidikan Bukit Gasing menawarkan kehijauan hutan rimba yang terjaga dengan rapi. Anak-anak anda berpeluang untuk melihat keindahan alam sambil belajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Di sini bukan sahaja terdapat pokok yang menghijau malah kaya dengan pelbagai flora dan fauna yang menarik. Anak-anak  anda dapat melihat  haiwan yang menghuni hutan seperti burung-burung, monyet, tupai, dan pelbagai jenis serangga.

Untuk pengetahuan anda, terdapat tiga laluan masuk untuk mendaki Bukit Gasing yang boleh anda pilih iaitu sama ada melalui pintu utama  dimana terdapat pintu gerbang Bukit Gasing, laluan kedua melalui Kondominium Panorama atau laluan ketiga melalui Pantai Hill Park.

Terdapat beberapa trek dengan pelbagai tahap kesukaran untuk anda pilih. Jika anda datang dengan anak-anak, kami cadangkan anda pilih laluan yang paling mudah. Jangan lupa untuk  ambil masa untuk menikmati keindahan alam semulajadi sambil meluangkan masa berhagra bersama anak-anak.

Taman Botani Perdana Kuala Lumpur

Tahukah anda bahawa Tasik Perdana telah bertukar kepada nama baru iaitu Taman Botani Perdana Kuala Lumpur. Bukan sahaja namanya telah bertukar malah tamannya juga kini berwajah baru. Apa benda menarik yang ada di sana?

Pertama sekali, anak-anak  anda pasti akan teruja dengan dua taman permainan untuk kanak-kanak yang besar dan mempunyai pelbagai alatan permainan. Selain itu terdapat juga:

  • Ruang laluan trek jogging yang panjang.
  • Struktur binaan diruang tengah berbumbung lebar dibina untuk aktiviti skateboard, skating, dan basikal.
  • Taman yang luas di mana anda boleh berkelah sambil melakukan aktiviti seperti bermain badminton.
  • Taman rusa dengan bayaran masuk percuma.
  • Trem di mana dengan bayaran Rm10 seorang, anda akan dibawa berjalan-jalan di sekeliling taman tasik.

Taman Metropolitan Kepong atau Taman Layang-layang

senarai aktiviti rekreasi

Sumber: Harianmetro

Taman Metropolitan atau Taman Layang-layang yang terletak di Kepong merupakan tempat rekreasi yang sangat popular di Kuala Lumpur. Di sini terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama anak-anak seperti:

  • Bermain laying-layang
  • Bermain bubble
  • Berbasikal
  • Taman permainan
  • Berjalan-jalan di sekeliling taman sambil melihat ikan

Itulah dia info tentang senarai aktiviti rekreasi menarik sekitar Kuala Lumpur untuk anak. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan perkongsian kami ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami berkenaan tempat menarik di Putrajaya, percutian tanah tinggi di Malaysia, dan tempat menarik di Pahang.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.