Gelabah dan panik sungguh bila anggota badan kita seperti lengan, jari, kaki, perut dan sebagainya terkena air panas. Itu kalau kita yang dewasa terkena air panas, bagaimana pula dengan bayi dan anak-anak kecil kita? Pasti lagi panik dibuatnya.

Sama ada bayi atau anda sendiri yang terkena air panas, hanya ada beberapa cara yang selamat boleh anda ikuti. Semestinya ia tidak bertentangan dengan konsep perubatan berbanding mengikut petua-petua asing yang disarankan.

terkena air panas
Imej via [keluarga]

Tindak Balas Terkena Air Panas

Apabila terkena air panas, lengan pasti bertindak balas segera dengan kejutan yang dialaminya. Ada tahap sehingga lengan terus melecur dan merah, anda pula sehingga terbakar dan menampakkan isi-isi lengan.

Bagi tahap rendah, sederhana dan paling teruk terjadi pada lengan anda terkena air panas, jangan menggunakan tepung, ubat gigi dan lain-lain bahan untuk merawat dan melegakannya. Sebenarnya, terdapat kesan negatif sekiranya anda mengikut petua-petua sebegitu.

Walau bagaimanapun tahap lengan anda, amat penting untuk anda segera bertindak mengikut langkah-langkah yang perlu anda buat. Jom lihat perkara yang perlu anda lakukan setelah mana-mana anggota badan anda terkena air panas.

1. Buka Atau Alihkan Bahagian Pakaian Tersebut

Dengan pantas, anda perlu mengalihkan atau membuka pakaian di bahagian tubuh yang terkena air panas. Sekiranya terkena di lengan, pastikan gelang atau pakaian di bahagian lengan itu disingkap sehingga tidak mendekati kawasan yang terkena air panas.

Dalam keadaan sebegitu, pastikan tidak ada haba atau kesan pakaian di lengan anda yang akan menyebabkan lengan anda panas dan berhaba. Takut-takut luka akibat melecur di lengan anda yang terkena air panas tadi menjadi lebih ‘masak‘.

Tips: Jangan pakai baju yang tebal, sarung tangan atau apa-apa kain yang tebal di bahagian anggota badan yang terkena air panas. Pakai pakaian yang nipis. Tak perlu dibalut lagi anggota tersebut.

2. Alirkan Air Sejuk Pada Kesan Lecur

Terus berlari ke sinki atau bilik air, alirkan air sejuk terus ke lengan atau anggota badan yang terkena air panas tadi. Bila air sejuk terus mengalir ke lengan anda dalam tempoh masa yang panjang untuk melegakan kesakitan dan kepanasan tersebut.

Selalunya, lebih elok untuk anda alirkan air selama 20 minit. Namun, setelah lengan sejuk dan tidak sakit dengan teruk, anda boleh berhenti mengalirkan air tersebut.

Tips: Biar dikatakan membazir bil elektrik, tetapi ia penting untuk anda alirkan air sejuk di lengan anda. Awas, jangan tekap ais pada lengan anda, ia amat bahaya kerana mengakibat aliran darah terhalang.

terkena air panas
Imej via [de.aliexpress]

3. Tuaman Tuala Sejuk

Setelah mengalirkan air di lengan anda, tuamkan pula lengan anda dengan tuala sejuk. Biarkan bahagian yang terkena air panas itu lega sendiri. Namun, ia mengambil sedikit masa yang agak lama.

Tips: Lengan anda menjadi sedikit lega dengan adanya tuaman tuala sejuk pada bahagian yang terkena air panas. Anda boleh tuam dalam tempoh masa yang panjang tiada masalah.

4. Tak Perlu Balut, Biarkan Sahaja

Biarkan lengan atau bahagian anggota yang terkena air panas itu sendiri tanpa perlu dibalut. Pastikan ia sejuk dan jangan biarkan lengan anda terkena barang yang panas atau berhaba. Tunggu beberapa hari dahulu.

Tips: Hanya untuk sementara waktu sahaja. Tetapi, jika luka atau kesan lecur terlalu teruk dan berapa di tahap yang tinggi, anda harus terus balut atau pergi berjumpa doktor.

5. Sapukan Antiseptik Dan Balut

Setelah beberapa hari, kesan terkena air panas tersebut akan menjadi gelembung atau akan kemerah-merahan. Jika gelembung, jangan picit kerana ia akan menyebabkan jangkitan menjadi makin parah. Terus sapukan antiseptik dan balut pada bahagian yang terkena air panas tersebut dengan non-stick bandage secara longgar.

Tips: Dapatkan antiseptik di farmasi (khas untuk disapu pada luka). Tanya kepada ahli farmasi untuk lebih mudah, tepat disamping dalam menjimatkan masa anda.

6. Jangan Sapu Losyen, Bedak Dan Lain-Lain

Ingat, jangan sapu bedak, losyen atau apa sahaja yang anda rasa ia selamat di sapu. Biarkan antiseptik menjalankan tugasnya dahulu untuk menghalang kesan terkena air panas tersebut daripada terkena kotoran. Ia juga berfungsi untuk menyembuhkan kesan lecur pada lengan anda.

Tips: Banyak mitos dan petua-petua yang mengatakan anda harus menyapu bahagian terkena air panas dengan bahan-bahan lain seperti tepung, putih telur, ais dan macam-macam lagi. Tolong jangan ikut tips sebegitu jika anda ingin pulih dengan baik dan cepat.

terkena air panas
Imej via [ppim]

7. Berjumpa Doktor (Jika Perlu)

Sekiranya luka atau bekas terkena air panas pada anggota badan atau lengan anda menunjukkan kesan yang lebih teruk, segeralah anda berjumpa doktor. Dikhuatiri ia disebabkan oleh jangkitan yang tidak terkawal.

Seandainya terkena air panas sehingga ternampak isi-isi merah atau terkeluar kulit, terus sahaja jumpa doktor. Mereka akan berikan rawatan terbaik berbanding anda merawatnya sendiri di rumah.

Tips: Dari awal lagi anda terkena air panas, cuba rawat sendiri di rumah, tetapi jika kesannya amat teruk, terus pergi ke doktor sahaja. Kalau boleh, bertindaklah pantas supaya jangkitan tidak merebak dan menjadi lebih teruk.

Itulah dia perkara yang harus anda lakukan jika terkena air panas di lengan atau mana-mana anggota badan. Jangan lambat bertindak! Cepat-cepat kenal pasti apa yang harus anda lakukan. Jika terlalu sakit, minta tolong pada sesiapa yang berdekatan.

Jom baca juga jenis cili, diy perangkap nyamuk dan cara sejukkan badan. Semoga bermanfaat.

Rujukan:

  1. hijabnheels
  2. siraplimau
  3. majalahpama

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.