Menabung, bukan sahaja sebuah amalan yang mampu menstabilkan kewangan, tetapi ia juga adalah amalan yang membolehkan anda berbakti kepada masyarakat. Untuk jadikan anak berjaya, peranan ibu bapa penting bagi memupuk amalan menabung sejak mereka kecil lagi.

Paling penting, anak perlu tahu apakah tujuan mereka menabung, pembakar semangat untuk terus menabung dan menerapkan sikap menabung seikhlas hati walaupun pada mulanya bermula dengan paksaan untuk belajar menabung.

peranan ibu bapa memupuk amalan menabung
Imej via [Iluminasi]

1. Menunjukkan Sikap Menabung

Dari mana mulanya, jika bukan dari ibu bapa. Ibu bapa sendiri perlu menunjukkan sikap menabung dalam kalangan anak-anak. Dengan melihat anda menabung, anak akan tertarik untuk melakukan apa yang anda lakukan.

2. Tidak Membazir Dan Membeli Barang Yang Tidak Penting

Jangan membazir dan membeli barang yang tidak penting. Anak akan perhatikan anda setiap hari. Jika anda tidak beli barang yang tidak penting dan tidak boros, mereka akan contohi anda. Ia adalah peranan ibu bapa dalam memupuk amalan menabung untuk anak. Balik dari mana-mana, terus masukkan duit syiling ke dalam tabung.

peranan ibu bapa memupuk amalan menabung
Imej via [Jogjainside]

3. Membuka Akaun Bank Anak

Bukalah akaun bank anak anda bermula dari sekarang. Ia adalah peranan ibu bapa dalam memupuk amalan menabung. Dengan adanya akaun bank, setiap kali tabung anak penuh, anak boleh membawanya untuk menyimpan di bank pula. Menyeronokkan bukan?

4. Membuka Akaun Simpanan Anak

Sama seperti akaun bank, tetapi akaun simpanan adalah duit khas yang ingin anda simpan untuk jangka masa panjang. Ia juga boleh digunakan untuk pendidikan anak-anak suatu masa nanti. Contohnya membuka akaun simpanan Tabung Haji untuk anak adalah peranan ibu bapa memupuk amalan menabung.

peranan ibu bapa memupuk amalan menabung
Imej via [utusan]

5. Hadiahkan Tabung Yang Cantik Kepada Anak

Apa kata anda hadiahkan tabung yang amat cantik kepada anak. Tabung yang cantik mungkin menjadikan anak anda lebih bersemangat untuk menabung. Ibu bapa memupuk amalan menabung terhadap anak perlu menarik perhatian anak dengan menggunakan tabung yang bercorak kartun atau apa yang anak sukai.

6. Baca Buku Kewangan Dan Simpanan

Bacalah buku kewangan dan simpanan sebagai penambah ilmu. Anda juga boleh menyimpannya agar anak anda turut membacanya apabila meningkat remaja supaya lebih memahaminya. Jika anak kecil, cari buku menabung yang bersesuaian. Amalan menabung dapat dipupuk melalui pembacaan buku kewangan juga.

peranan ibu bapa memupuk amalan menabung
Imej via [tokopedia]

7. Hadiri Program Atau Kempen Menabung

Bawalah anak anda menghadiri program atau kempen menabung. Mereka akan mendapat pendekatan yang lebih lagi, malah akan banyak belajar serta minat akan menabung. Selepas itu, anda boleh bersembang tentang apa yang anda lalui pada hari tersebut bersama anak.

8. Sikap Mencatat Belanja

Amalkan sikap mencatat belanja setiap kali mengeluarkan duit berbelanja, membayar bil dan sebagainya adalah peranan ibu bapa memupuk amalan menabung. Dengan adanya sikap mencatat belanja, perbelanjaan akan dikawal dengan baik. Anak juga akan terikut untuk mencatatkan perbelanjaan mereka.

peranan ibu bapa memupuk amalan menabung
Imej via [nuraliahmohdnor]

9. Terapkan Disiplin Menyimpan Wang

Apa kata anda terapkan disiplin dalam diri anak untuk mula menyimpan wang. Jadikan sebagai rutin harian dalam keluarga dimana semua orang mempunyai tabung masing-masing dan berusaha membuat simpanan dalam tabung.

10. Ibu Bapa Tidak Berhutang

Peranan ibu bapa memupuk amalan menabung anak juga adalah dengan menunjukkan sikap yang baik, hemah dan cermat. Salah satunya adalah ibu bapa tidak berhutang. Anak juga akan tidak suka berhutang dan akan berbelanja mengikut keperluan sahaja.

peranan ibu bapa memupuk amalan menabung
Imej via [Baituljannah]

11. Puji Dan Berikan Hadiah Kepada Anak

Tidak salah untuk anda puji dan berikan hadiah kepada anak anda kerana mereka menabung. Hargai mereka akan membuatkan mereka seronok dan suka untuk menabung. Peranan ibu bapa memupuk amalan menabung juga adalah dari segi menghargai anak.

12. Wujudkan Tabung Keluarga

Tabung keluarga boleh diwujudkan untuk memupuk amalan menabung dalam keluarga. Disamping mengumpul wang, ahli keluarga yang lain juga dapat belajar dan merasai suasana menabung. Menarik bukan?

peranan ibu bapa memupuk amalan menabung
Imej via [keluarga]

13. Bijak Dalam Berbelanja

Berbelanja dengan bijak bukan sahaja menguntungkan dan menjimatkan anda, tetapi bijak berbelanja juga mampu memupuk amalan menabung dalam kalangan keluarga anda.

Peranan ibu bapa memupuk amalan menabung tidak hanya menyuruh, tetapi penjimatan setiap kali berbelanja juga akan mendorong seseorang untuk menabung sebahagian wang yang diperuntukkan untuk berbelanja tadi. Belilah barang ketika ada tawaran promosi untuk lebih jimat!

14. Amalkan Gaya Hidup Sederhana

Dari kecil lagi, anak boleh mengajarkan anak anda untuk hidup sederhana atau hidup gaya mewah. Sebaiknya ajarlah dan amalkanlah gaya hidup yang sederhana.

peranan ibu bapa memupuk amalan menabung
Imej via [BumBumCak]

15. Terapkan Amalan Berjimat Cermat Dari Rumah

Apa sahaja aktiviti kita dirumah, jimatlah dan gunakanlah barangan di rumah secara cermat. Contohnya, jimat air, elektrik dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, sedikit sebanyak dapat mengajar anak anda menerapkan amalan berjimat sekaligus amalan menabung.

Itulah dia 15 peranan ibu bapa memupuk amalan menabung terhadap anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Jemput baca juga Peranan ibu bapa dalam kecemerlangan anak, Cara buat baik kepada ibu bapa, Cara balas jasa ibu bapa dan Adab terhadap ibu bapa.

Rujukan:

  1. noraini-ismail
  2. cuit-cuitbahasa
  3. /saharuddin-abdullah

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.