Anak adalah anugerah terindah bagi setiap ibu bapa. Pasangan suami isteri yang sudah berkahwin semestinya mengidamkan anak. Kehadiran anak di dalam keluarga dapat memberikan kebahagian dan rezeki yang luas untuk keluarga.

Anak yang baru lahir ke dunia ibarat kain putih yang bersih. Kita sebagai ibu bapa yang perlu mencorakkan kehidupan anak kita agar menjadi seseorang yang soleh dan solehah.

Namun, ibu bapa yang terlalu sayangkan anak juga boleh menjadi masalah. Memang betul, ibu bapa perlu memberi kasih sayang dan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak tetapi perlu berpada-pada. Kenapa memberi kasih sayang yang banyak boleh mendatangkan masalah?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

Imej via Bidadari

5 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

1. Ibu bapa tak sampai hati nak sekat kebebasan anak dan bagi je anak tu nak buat apa sesuka hati mereka padahal perkara macam ni adalah sejenis Permissive Parenting. Ianya akan merosakkan anak tu suatu hari nanti.

2. Ibu bapa dah tak berani nak tegur kesalahan anak sebab nak jaga hati anak padahal anak kita sangat perlukan Guidelines daripada mak ayahnya baik daripada segi pengurusan diri hinggalah kepada pengurusan emosi

3. Ibu bapa terlalu takut untuk membuat peraturan di dalam rumah padahal mak ayah adalah Person In Charge di dalam rumah, bukannya anak anak

4. Ibu bapa tunaikan semua permintaan anak tanpa batas kerana terlalu sayangkan anaknya padahal anak yang tak belajar berhadapan dengan Rejection akan mudah berputus asa

5. Ibu bapa terlalu sayangkan anak sehingga merelakan dirinya dipijak kepala padahal anak kita sebenarnya perlukan seorang Leader untuk dijadikan idola dalam hidupnya, bukannya seorang pekerja apatah lagi hamba.

*Sebagai ibu bapa, kita perlu mendidik anak-anak kita dengan cara yang betul. Tidak salah jika kita menegur dengan cara yang baik kesilapan anak kita kerana mereka perlu tahu bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah satu kesilapan. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Jadi, kesilapan yang terjadi seharusnya kita belajar dan jangan ulangi kesilapan yang sama lagi.

Insyaallah, anak-anak kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .