Hari jadi anak lelaki anda semakin hampir? Pastinya anda dah mula memikirkan tentang majlis sambutan hari jadi putera kesayangan anda. Merancang majlis sambutan hari jadi anak sememangnya satu proses yang menyeronokkan dan menerujakan. Salah satu aspek penting yang perlu anda fikirkan ialah apakah tema yang ingin anda pilih? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan idea hiasan hari jadi anak lelaki yang boleh anda jadikan sebagai panduan.

idea hiasan hari jadi anak lelaki
Sumber: Partypieces

Avengers

Anak lelaki mana yang tak sukakan Avengers? Pastinya hero anda membayangkan dirinya sebagai superhero apabila menonton filem ini. Terdapat banyak hero hebat didalam filem ini dan salah seorang daripadanay mungkin menjadi kegemaran anak lelaki anda. Anda boleh merancang majlis hari jadi bertemakan filem Avengers dengan menghimpunkan semua watak yang ada didalam filem tersebut, atau anda boleh memilih satu watak yang menjadi kegemaran anak lelaki anda. Di antara watak yang boleh anda pilih ialah:

  • Iron Man
  • Thor
  • Hulk
  • Captain America
  • Ronin
  • Black Widow
  • Black Panther
  • Ant Man
  • Wasp

Anda boleh menghias lokasi majlis hari jadi anak lelaki anda dengan hiasan bertemakan Avengers. Malah perkara lain seperti kek dan buah tangan juga boleh bertemakan Avengers. Nak lagi hebat? Pakaikan anak lelaki anda dengan pakaian hero Avengers kegemarannya. Kalau anda dan suami jenis yang sporting, anda berdua juga boleh memakai kostum hero dan heroin Avengers.

Pastinya majlis hari jadi anak lelaki anda akan menjadi sebutan ramai untuk masa yang lama. Apa yang paling penting, anak lelaki anda akan berasa sangat dihargai dan disayangi.

Boboiboy

Boboiboy adalah salah satu kartun tempatan yang mendapat hati di kalangan kanak-kanak di Malaysia, terutamanya anak lelaki. Maka tak hairanlah kalau filem Boboiboy meletup-letup di pawagam dengan kutipan yang sangat memberangsangkan. Jika anak lelaki anda sukakan Boboiboy, apa lagi yang anda fikirkan? Jadikan Boboiboy sebagai tema majlis sambutan hari jadi anak lelaki anda untuk tahun ini.

Ejen Ali

Selain Boboiboy, Ejen Ali adalah satu lagi kartun animasi yang menjadi kegemaran anak lelaki di Malaysia. Anak lelaki mana yang tidak teringin untuk menjadi seorang yang hebat seperti Ejen Ali? Anda boleh pakaikan anak anda dengan pakaian seakan-akan Ejen Ali pada majlis tersebut. Anda juga boleh merancang aktiviti ala-ala spy untuk disertai oleh semua kanak-kanak yang menjadi tetamu pada hari tersebut. Pastinya majlis sambutan hari jadi anak lelaki anda akan menjadi sangat meriah.

idea hiasan hari jadi anak lelaki
Sumber: Youtube

Thomas and Friends

Idea hiasan jari jadi anak lelaki seterusnya yang ingin kami cadangkan untuk anda ialah bertemakan Thomas and Friends. Kartun keretapi ini telah lama menghiasi kaca televisyen dan sehingga ke hari ini ia masih tidak gagal untuk mencuri hati anak lelaki di seluruh dunia. Pastinya majlis hari jadi anak lelaki anda akan menjadi sangat meriah dengan hiasan, kek, goodies bag, dan aktiviti yang berkisar tentang Thomas and Friends.

Super Wings

Jika anak lelaki anda masih kecil, berumur dari satu tahun sehingga 4 tahun, majlis hari jadi bertemakan siri animasi Super Wings adalah satu tema yang hebat. Lebih-lebih lagi kalau anak lelaki anda terpegun di hadapan televisyen setiap kali siri animasi ini ditayangkan. Terdapat banyak watak menarik di dalam siri ini. Di antaranya ialah:

  • Mira
  • Astra
  • Sky
  • Jett
  • Chase
  • Dizzy
  • Paul
  • Jerome

Setiap watak ini mempunyai karakter dan ciri istimewa tersendiri. Ada pelbagai idea hiasan yang boleh anda lakukan jika anda memilih tema Super Wings.

Didi and Friends

Percayalah cakap kami. Kalau anda memilih Didi and Friends sebagai tema majlis sambutan hari jadi anak lelaki anda, bukan sahaja tetamu kanak-kanak yang hadir ke majlis anda akan berasa teruja, malah ibu bapa yang turut hadir juga akan tumpang berseronok. Tiada seorang ibu bapa di Malaysia yang tidak kenal kartun Didi and Friends yang telah mencetuskan fenomena di Malaysia. Anda boleh menghias majlis hadi jadi anak anda dengan tema Didi and Friends.

Apa yang menarik, anda boleh lakukan pelbagai aktiviti dengan berlatar belakangkan lagu-lagu yang ada di dalam siri animasi ini. Salah satu aktiviti menarik yang boleh anda rancang ialah aktiviti menyanyikan lagu Didi and Friend sambil mengikut gaya watak yang ditayangkan di televisyen.

idea hiasan hari jadi anak lelaki
Sumber: Instagweb

Ultraman

Jika anda mempunyai anak lelaki, maka rumah anda tidak akan sunyi daripada siri Ultraman. Malah mungkin juga anda sudah mengenali dan menghafal semua watak Ultraman yang ada akibat terlalu kerap menemani anak lelaki anda menonton kartun tersebut. Jika anak lelaki anda pencinta Ultraman, maka ia adalah tema yang terbaik untuk majlis hari jadi anak lelaki anda.

Upin dan Ipin

Upin dan Ipin adalah kartun yang boleh dikatakan sebagai paling ikonik di Malaysia. Tiada kanak-kanak di Malaysia yang tidak sukakan kartun dua beraik kembar yang lincah ini. Tema Upin dan Ipin adalah idea hiasan hari jadi anak lelaki yang tidak kurang hebatnya. Bila anda pasang lagu tema Upin dan Ipin, pastinya anak-anak yang menjadi tetamu majlis anda akan mula melompat kegirangan.

Itulah dia info tentang idea hiasan hari jadi anak lelaki yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin menyukai perkongsian kami tentang skill komunikasi dengan anak, perkara yang perlu dielakkan jika tak mahu anak jadi biadap, dan kenapa anak suka bertanya sebagai panduan untuk anda.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.