Selain program imunisasi untuk anak-anak, pendaftaran tahun 1 merupakan satu lagi perkara yang biasanya menjadi keutamaan ibu bapa yang sayangkan anak mereka. Jika ini adalah kali pertama anda melakukan pendaftaran darjah 1 untuk anak, pastinya anda tertanya-tanya apakah prosesnya? Apa dokumen yang diperlukan? Bila pendaftaran boleh dilakukan?

pendaftaran tahun satu
Sumber: Mingguanwanita

1. Siapakah yang layak untuk mendaftar sebagai pelajar darjah satu secara online?

Sebelum anda melakukan pendaftaran anak tahun satu, pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  • Pendaftaran tahun satu secara online adalah terbuka untuk para pelajar dari Semenanjung Malaysia sahaja. Bagi yang tinggal di arawak, Sabah, dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan online boleh dibuat namun anda juga masih boleh mendaftar secara walk ini di sekolah yang ingin dimohon.
  • Permohonan pendaftaran tahun satu secara online hanya boleh dibuat untuk sekolah rendah yang berada dibawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.
  • Pelajar yang ingin didaftarkan perlu berwarganegara Malaysia memandangkan maklumat asas pelajar akan diambil secara terus daripada sistem Jabatan Pendaftaran Negara.

2. Bilakah pendaftaran darjah satu boleh dilakukan?

Kebiasaannya setiap tahun, pendaftaran akan dibuka dari bulan Mac sehingga April setiap tahun. Ibu bapa perlu beringat akan tarikh ini supaya tidak terlepas dan bagi memastikan anak anda mendapat tempat di sekolah yang menjadi pilihan.

Bagi ibu bapa yang gagal untuk melakukan pendaftaran pada tempoh yang sepatutnya, pendaftaran lewat boleh dibuat bermula dari bulan Mei sehingga Disember. Untuk pendaftaran lewat, tiada sistem online yang disediakan. Ibu bapa perlu pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah dan mengisi borang ASBS

3. Di manakah pendaftaran boleh dibuat?

Pendaftaran darjah satu boleh dibuat secara online dengan cara:

  • Bagi penduduk di semenanjung Malaysia, pendaftaran boleh dibuat dengan cara mengisi borang permohonan di website Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM).
  • Bagi penduduk yang tinggal di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan, kini anda juga boleh mendaftar secara online namun ada juga yang masih menerima pendaftaran darjah satu dengan cara manual datang sendiri ke sekolah.
pendaftaran tahun satu
Sumber: Tulispena

4. Bagaimanakah cara untuk membuat pendaftaran darjah satu secara online?

Untuk melakukan pendaftaran darjah satu, anda boleh lakukan langkah-langkah yang berikut:

  • Buka website SPATKPM
  • Sekiranya ini adalah kali pertama anda menggunakan sistem tersebut, anda perlu mendaftar sebagai pengguna sebelum dibenarkan untuk menggunakan sistem tersebut. Pendaftaran sebagai pengguna boleh dilakukan di daftar pengguna.
  • Anda boleh membaca manual pengguna bagi mendapatkan info tentang website bagi memudahkan urusan semasa melayari website tersebut.
  • Anda juga boleh membaca tentang soalan yang sering ditanya oleh pengguna ni ruangan Q&A ini.
  • Sekiranya sebelum ini anda pernah menggunakan sistem tersebut untuk mendaftarkan anak darjah satu yang sebelumnya, anda tidak perlu mendaftar baru. Anda boleh terus log in dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
  • Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh klik pada lupa kata laluan. Kemudian anda akan ditunjukkan cara untuk mendapatkan kata laluan yang baru.
  • Selepas berjaya log in, anda klik pada darjah satu dan kemudian klik pada permohonan baru.

5. Adakah Kementerian Pendidikan Malaysia menjamin bahawa anda anda akan dapat masuk ke sekolah yang dimohon?

Untuk makluman anda, tiada jaminan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa anak anda akan mendapat tempat di sekolah yang dipohon.

Penempatan di sekolah adalah bergantung kepada kekosongan yang anda dengan konsep siapa yang medaftar dahulu akan mendapat tempat berbanding yang lewat. Sekiranya anak anda tidak mendapat tempat di sekolah yang dipohon, anak anda akan ditempatkan di sekolah yang berhampiran.

6. Apakah maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran darjah satu?

Untuk mendaftarkan anak darjah satu, anda perlu mengisi borang yang disediakan dan memasukkan maklumat yang dikehendaki. Di antara maklumat yang diperlukan ialah:

  • Tadika atau pra sekolah
  • Rekod jadual imunisasi
  • Rekod kesihatan
pendaftaran tahun satu
Sumber: Siraplimau

7. Bagaimana pula proses pendaftaran darjah satu bagi anak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri?

Bagi anak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, pendaftaran tidak boleh dilakukan secara online. Sebaliknya pendaftaran darjah satu boleh dibuat dengan cara pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk mengisi borang MWTD. Namun borang tersebut hanya boleh diisi bermula bulan Disember.

8. Selepas selesai pendaftaran darjah satu secara online, apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa?

Selepas selesai proses pendaftaran darjah satu secara online, ibu bapa pelu mencetak borang permohonan tersebut dan dibawa ke sekolah yang dipohon bagi tujuan perakuan permohonan dan mengahantar dokumen yang diperlukan. Ibu bapa boleh mula pergi ke sekolah bagi tujuan perakuan permohonan serta menghantar dokumen pada bulan Mac sehingga April.

9. Apakah dokumen yang perlu dibawa bersama semasa perakuan permohonan pendaftaran darjah satu?

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu anda bawa bersama semasa pergi ke sekolah yang dipohon untuk perakuan permohonan:

  • Kad pengenalan ibu bapa atau penjaga ( asal dan 1 salinan )
  • Surat nikah atau surat cerai jika berkaitan ( asal dan 1 salinan )
  • Bukti alamat tempat tinggal. Anda boleh bawa bil elektrik, air, Astro yang terkini sebagai bukti anda tinggal di alamat yang dinyatakan di dalam borang permohonan.
  • Sijil lahir anak ( asal dan 1 salinan )
  • Kad OKU atau Surat doktor jika berkenaan

10. Bagaimana untuk mengetahui keputusan permohonan?

Anda boleh mengetahui sekolah anda anda ditempatkan dengan memeriksa website semakan permohonan ini.

Itulah dia perkongsian kami pada hari ini berkenaan proses pendaftaran tahun satu secara online. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga bermanfaat. Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang cara mendidik anak perempuan dan cara mendidik anak lelaki.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.