ujian personaliti
Imej via [health.detik]

Setiap anak-anak mempunyai ciri-ciri personaliti yang berbeza. Ciri personaliti anak-anak boleh dilihat dari segi kelakuan, pemikiran, perasaan dan cara mereka berinteraksi dengan orang lain. Personaliti anak berbeza sejak lahir lagi dan sehingga dewasa. Anda boleh ketahui personaliti anak anda melalui ujian personaliti dengan mudah.

Rata-rata laman web merujuk kepada buku keibubapaan yang paling terkenal dan terlaris iaitu buku ‘The Child Whisperer’.  Berbeza dengan personaliti diri remaja dan dewasa seperti Sanguine, Phlegmatic, Melancholy dan Choleric, personaliti anak lebih kepada ceria, sensitif, lincah dan serius. Ia berkait rapat sebenarnya cuma ciri personaliti mengikut peringkat umur dan kelakuan anak-anak.

Personaliti 1: Ceria Dan Penyayang

ujian personaliti
Imej via [syok]

Bagi anak yang personalitinya ceria dan penyayang, anda boleh kenali wajah mereka dengan mimik muka yang pelbagai. Mereka suka senyum dan berpipi pauh, mempunyai pipi bulat, dahi luas dan mata berkelipan. Selalunya mereka juga mempunyai bentuk muka yang bujur.

Personaliti anak jenis ceria ini amat riang dan rawak, banyak cakap, suka berkawan, gembira selalu, cergas dan lain-lain lagi. Tahukah anda, anak jenis personaliti ceria tidak suka dikawal ketat, tidak suka seruis dan tidak suka bersendirian terlalu lama. Anda boleh bermain dengan mereka seperti kawan dan meluangkan masa sentiasa.

Personaliti 2: Sensitif

ujian personaliti
Imej via [haibunda]

Anak yang mempunyai personaliti sensitif ini seringkali emosional. Ada yang beranggapan bahawa mereka sangat lembut, pemalu, halus, baik hati dan lain-lain, tetapi ia bakal berubah ketika mereka meningkat dewasa.

Namun begitu, mereka sering terasa diabaikan jika anda tidak meluangkan masa bersama, jarang mendengar apa yang mereka ingin sampaikan dan juga kurang beri perhatian kepada mereka.

Anda harus memberi perhatian lebih kepada mereka dan pastikan mereka dikelilingi dengan aura positif. Ciri fizikal anak jenis sensitif ini adalah mereka bersuara lembut, bertona kulit yang sekata antara rambut dan kening, mata bujur badam dan ada juga mata melengkung ke bawah.

Personaliti 3: Lincah Dan Aktif

ujian personaliti
Imej via [Medcom]

Ada anak yang terlalu aktif dan digelar hyperaktif tetapi anak yang lincah dan aktif selalunya bersikap seperti hiperaktif juga. Mereka amat bising, riuh, kuat bergerak, aktif dan sentiasa lincah.

Personaliti anak yang lincah ini tidak suka terkongkong dan sukakan kebebasan. Mereka tidak suka disekat dan suka ke sana ke sini sejak kecil lagi. Anda boleh biarkan mereka bergerak dengan lincah tetapi awasi mereka supaya tidak memudaratkan dan membahayakan mereka.

Personaliti 4: Serius

ujian personaliti
Imej via [Nakita]

Jika nak tahu, apakah personaliti anak anda? Dia memiliki personaliti yang serius sekiranya dia tidak berselindung dengan anda. Pastinya anak anda suka mengkritik, menilai seseorang dan berlagak pandai!

Penting untuk anda ketahui, mereka sukakan masa bersendirian, suka sesuatu yang teratur dan amat fokus. Adakalanya mereka sangat teliti dengan sesuatu kerja.

Ujian Personaliti Anak Yang Boleh Anda Lakukan

ujian personaliti
Imej via [gaya.tempo]

Ujian Personaliti 1: Perbuatan Dan Kelakuan

Ujian personaliti mudah dengan melihat tingkah lakunya sama ada mereka sangat aktif, lemah atau lain-lain. Sekiranya mereka tidak suka melakukan sesuatu perkara seperti bermain dan juga tidak suka bergerak, mereka bukanlah anak yang lincah.

Ujian Personaliti 2: Mental Dan Emosi

Anda boleh ketahui personaliti anak anda melalui ujian personaliti mental dan emosi. Ada anak yang cepat sensitif, serius ataupun sentiasa gembira dan ingin bercakap. Ada juga yang lebih suka buat hal sendiri dan diamkan diri.

Ujian Personaliti 3: Kecenderungan Otak

Ujian personaliti kecenderungan otak ini dilakukan atas kelakuan anak anda bertindak balas dengan arahan yang diperlukan. Setiap apa yang dilakukan oleh anak anda, ujian personaliti ini akan menilai sama ada anda menggunakan otak kiri atau otak kanan.

Antara Ujian Personaliti Kecenderungan Otak Adalah:

ujian personaliti
Imej via [Lifestyle]

Menggenggam kedua belah tangan

Sekiranya ibu jari kanan bawah anak anda serta tangan kanannya berada di bawah, dia dominan otak kanan manakala jika ibu jari kiri bawah dan tangan kiri anak di bawah, ia dominan otak kiri.

Menyilang kedua belah tangan

Anak anda boleh menyilang kedua belah tangan melalui ujian personaliti ini. Keputusannya pula adalah ibu jari kanan bawah, tangan kiri bawah
akan menunjukkan bahawa anak anda cenderung otak kanan
dan begitu juga sebaliknya.

Ujian Personaliti 4: Percakapan Dan Interaksi

Ujian personaliti anak yang jarang ibu bapa ketahui dan lakukan adalah percakapan dan interaksi. Anda boleh melakukan ujian personaliti ini dengan bercakap dengan anak dan melihat cara mereka berinteraksi dengan anda.

Sama ada interaksi mereka pantas atau tidak, cepat atau tidak, semuanya menandakan personaliti anak anda. Ujian personaliti ini membolehkan anda melayani anak anda dengan cara yang betul dan tepat supaya mereka lebih selesa dan tidak stress.

Bila Masa Yang Sesuai Untuk Anda Lakukan Ujian Personaliti?

ujian personaliti
Imej via [pixabay]

Ujian personaliti untuk anak boleh anda lakukan sejak anak anda kecil lagi. Ketika mereka berumur 2 tahun ke atas, ia adalah masa yang paling berkesan dan sesuai.

Namun, jika anda melakukan ujian personaliti anak pada waktu mereka berumur 4 sehingga 9 tahun pun tiada masalah. Sehinggalah mereka dewasa, pun anda dapat kenali personaliti anak anda.

Begitulah 4 jenis personaliti anak, 4 jenis ujian personaliti dan juga masa yang sesuai untuk anda lakukan ujian personaliti anda. Pasti anda tak sabar lagi untuk lakukan ujian personaliti anak anda kan! Jom baca juga 8 Tips Bayi Pramatang, 7 Tips Pilih Puting Bayi dan Panduan Urutan Bayi Anda Perlu Tahu.

Rujukan:

  1. Siraplimau
  2. myparentalguide
  3. thematichomeschool

Penulis: zulrina

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.