Orang beranak kecil dan masalah kurang tidur adalah sangat sinonim. Kebiasannya ibu bapa yang beranak kecil akan banyak berjaga malam sama ada untuk menjaga anak yang tidak mahu tidur, menyusukan, menukar lampin, atau menjaga anak yang sakit.

Lagi parah kalau bayi anda tidak mahu tidur malam dan menangis tanpa sebab. Bukan sahaja anda berasa penat fizikal akibat kurang tidur dan kurang rehat, malah mental anda juga akan didera akibat susah hati melihat anak menangis berlarutan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan petua bayi susah tidur malam yang boleh anda amalkan.

Pastikan bayi tidak tidur terlalu banyak pada waktu siang

Salah satu punca bayi susah tidur malam adalah kerana dia sudah puas tidur pada waktu siang. Macam kita jugalah, kalau dah terlebih tidur pada belah siangnya, malam nanti susah nak lelapkan mata. Oleh itu, jika bayi anda tiba-tiba susah untuk tidur malam, pastikan waktu tidur siang bayi anda dikurangkan. Anda boleh aloh perhatian bayi supaya tidak tertidur dengan cara:

  1. Bermain bersama
  2. Bawa keluar berjalan-jalan
  3. Menonton kartun bersama
  4. Makan

Jika bayi anda dijaga oleh pengasuh, pesan kepada pengasuh untuk mengurangkan waktu tidur bayi anda dan terangkan kenapa. Insya Allah pengasuh akan memberikan kerjasama kepada anda.

Bayi tertukar di antara siang dan malam, kembalikan kepada normal

Dengar macam pelik. Lucu pun ada. Tapi percayalah bahawa ada bayi yang susah untuk tidur malam kerana sudah tertukar di antara waktu siang dan malam. Siang yang sepatutnya digunakan untuk bermain, bayi anda tidu. Waktu malam pula bayi anda sibuk bermain dan tidak rasa mengantuk kerana menyangka ia adalah waktu siang. Pertukaran ini boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor.

Di antaranya ialah kebiasaan semasa berpantang atau pun selepas berjalan jauh. Oleh itu anda perlu kembalikan semula siang dan malam bayi anda kepada keadaan normal.

"

Macam mana nak buat? Begini caranya. Pada waktu siang jangan benarkan bayi anda tidur terlalu lama dengan nyenyak. Tidurkan bayi anda sekejap, kejutkan. Mungkin bayi anda akan menangis dan meragam akibat tak cukup tidur namun ini saja caranya untuk membetulkan semula jam biologi bayi anda.

Bila anda tidak benarkan bayi tidur sepuasnya pada waktu siang, secara automatic bayi anda akan tidur lena pada malam harinya. Insya Allah teruskan sahaja kitaran ini. Bayi anda akan mendapat pola tidur yang normal semula.

bayi susah tidur
Sumber: Popmama

Pastikan bayi anda berada dalam keadaan yang selesa

Jika bayi anda susah untuk tidur malam, cuba periksa keadaan bayi anda. Adakah dia berada dalam keadaan yang selesa atau tidak. Untuk menyediakan bayi anda agar selesa untuk tidur:

  1. Mandikan bayi anda dengan air suam.
  2. Pakaikan bedak dan minyak bayi yang mempunyai bau aromaterapi. Sesetengah bauan aromaterapi boleh membuatkan bayi berasa mengantuk.
  3. Pakaikan bayi dengan pakaian yang selesa. Tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.
  4. Susukan bayi anda sehingga kenyang.
  5. Kalau bayi anda sudah boleh makan, pastikan bayi anda kenyang sebelum ditidurkan.
  6. Bermain dengan bayi anda, luangkan masa bersama senelum ditidurkan. Apabila anda meluangkan masa bersama bayi anda akan berasa gembira dan bahagia. Mood yang baik akan membuatkan bayi anda tidur dengan mudah.
  7. Teman bayi anda sehingga dia tertidur. Jangan biarkan bayi anda tidur sendiri. Bayi lebih mudah untuk tidur sekiranya ditemani oleh ibu atau bapanya.

Pastikan bilik tidur berada dalam keadaan yang selesa

Selain memastikan bayi anda berada dalam keadaan yang selesa, satu lagi petua untuk bayi susah tidur ialah dengan memastikan bilik tidur bayi anda berada dalam keadaan yang selesa.

Persekitaran yang selesa akan memudahkan bayi untuk tidur malah membantu agar bayi tidur dengan nyenyak untuk tempoh yang lama. Di antara perkara yang perlu anda perhatikan ialah:

  1. Suhu bilik. Pastikan ia berada pada keadaan yang selesa. Bilik yang panas atau terlalu sejuk boleh menjadi punca bayi susah tidur malam.
  2. Cahaya dalam bilik. Bilik yang terlalu terang boleh menyebabkan bayi susah untuk tidur. Bilik yang terlalu gelap juga boleh menyebabkan bayi  anda tidak selesa. Oleh itu pastikan bilik tidur bayi anda diterangi oleh lampu tidur yang malap. Cukup-cukup untuk bayi anda melihat sekeliling namun tidak menyebabkan dia berasa silau.
  3. Bantal dan tilam yang selesa. Cuba periksa bantal dan tilam bayi anda. Adakah ianya selesa? Pastikan ia tidak terlalu keras, tidak terlalu tinggi, dan tidak terlalu lembut buat bayi anda.
  4. Pengudaraan. Ada kalanya bilik yang tidak mempunyai system pengudaraan yang baik juga boleh menyebabkan bayi anda susah tidur malam. Ingat bahawa bayi adalah sangat sensitive pada persekitarannya. Oleh itu pastikan bilik tidur bayi anda mempunyai system pengudaraan yang baik.
  5. Bauan aromaterapi juga boleh membantu bayi anda tidur dengan mudah pada waktu malam. Anda boleh pasang diffuser dengan bauan aromaterapi yang menyegarkan dan menenangkan. Namun pastikan anda pilih minyak aromaterapi semulajadi tanpa sebarang bahan kimia merbahaya dan elakkan daripada memasang lilin aromaterapi kerana ia boleh menyebabkan kebakaran jika tidak dipantau.

Itulah dia perkongsian kami tentang petua bayi susah tidur malam. Bolehlah anda amalkan. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai perkongsian kami pada hari ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang sukatan susu bayi, tips beli lampin bayi, dan bayi jarang bab

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.