Salman Al Farisi, nama pemuda ini sebenarnya sudah tidak asing dikalangan para umat Islam di atas muka bumi ini.

Manakan tidak, Salman Al Farisi ini adalah salah seorang sahabat yang sangat akrab dengan Nabi Muhammad SAW hinggakan Baginda sendiri pernah bersabda; “Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi.”

sumber : Bidadari.my

Sebagai seorang sahabat akrab, Salman merupakan salah seorang tokoh yang sangat menonjol hingga sangat disayangi oleh Rasulullah SAW. Baginda amat menyayangi sahabatnya yang bernama Salman itu disebabkan oleh keberanian, keikhlasan serta sifat zuhudnya terhadap kesenangan dunia.

Ya! Salman Al Farisi bukannya calang-calang manusia. Salman ini sangat diketahui oleh ramai orang di zamannya sebagai seorang hamba Allah yang kuat beribadat, bersifat rendah diri dan tidak tertarik pada kemewahan dan kesenangan dunia.

Asal Usul Salman Al Farisi Sehingga Berjaya Menemui Islam

Nama sebenar Salman Al Farisi adalah Mabah bin Budzkhasyan bin Mousilan bin Bahbudzan bin Fairuz bin Sahrk Al-Isfahani. Nama panggilannya adalah Abu Abdillah dan digelari dengan Salman Al-Khair. Salman berasal dari desa Ji di Isfahan, Persia dengan bentuk sosok tubuh yang kuat, dan pandai dalam ilmu-ilmu syariat.

Salman Al-Farisi pada asalnya merupakan seorang lelaki yang menganut agama Majusi. Beliau pernah menjadi penjaga api di kuil tempat pemujaan orang-orang Persia. Setelah menganut agama Majusi, Salman akhirnya menganut agama Nasrani pula. Salman memeluk agama Nasrani kerana tertarik dengan model sembahyang mereka.

Namun walau sudah menganut dua agama namun cahaya kebenaran yang di cari Salman selama ini masih juga belum ditemui. Suatu hari, atas saranan seorang pendeta yang ditemuinya di Mosul, Salman pergi menemui Rasul yang saat itu sudah berhijrah ke Madinah.

Sang pendeta mengkhabarkan bahawa saat itu telah ada satu agama dengan utusan seorang Nabi yang akan diutus pada zaman tersebut. Ia berpesan agar Salman mengikuti Nabi tersebut dan Nabi itu akan hijrah ke sebuah daerah yang banyak ditumbuhi pohon kurma dan daerahnya diapit dua bidang tanah yang berbatu hitam.

Setibanya di Madinah, pada malam harinya, Salman segera pergi menemui Rasulullah SAW sambil membawa makanan lalu berkata, ”Makanan ini adalah sedekah.” lalu Nabi tidak menjamah makanan tersebut sebaliknya mempersilakan para sahabat untuk menikmatinya.

Kemudian Salman datang lagi dan membawa makanan sambil mengatakan, ”Makanan ini adalah hadiah.” Kali ini Nabi makan sebahagian daripada makanan tersebut dan sebahagian lagi Baginda berikan pada para sahabat.

sumber : sohabih blog

Salman Masuk Islam Dengan Hati Yang Tulus Suci Kerana Allah SWT

Semakin Salman mengenali Nabi Muhammad SAW, semakin beliau dapat melihat melihat ciri kenabian yang ada pada Nabi. Tatkala berjaya melihat tanda-tanda kenabian pada diri Baginda maka Salman terus mengikrarkan diri masuk Islam dan menceritakan liku-liku perjalanannya kepada Baginda.

Ketika mula mula masuk Islam, Salman hanyalah bergelar sebagai seorang hamba. Tidak lama selepas itu Rasulullah SAW telah menganjurkan sahabat agar membebaskan Salman daripada terus menjadi hamba.

Setelah itu, sifat takwa dan zuhud Salman semakin kelihatan. Beliau pernah hidup serumah dengan Abu Darda’ yang terkenal sebagai seorang ahli sufi. Salman sendiri senantiasa mendampingi Rasulullah SAW dan beliau sendiri adalah salah seorang seorang sahabat yang banyak bergaul dengan baginda.

Maka tidak hairanlah mengapa Salman boleh menjadi salah seorang tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith dari Rasulullah SAW. Salman telah hidup di zaman Rasulullah SAW sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Saidina Uthman bin Affan.

Nama Salman Terkenal Berkat Peranan Penting Dalam Perang Khandaq

Nama Salman tercipta dalam sejarah Islam apabila beliau telah memainkan peranan yang penting ketika berlakunya Perang Khandaq. Ketika itu beliau telah mencadangkan supaya kaum Muslimin menggali parit di sekeliling kota Madinah yang sedang diancam oleh tentera Musyrikin Makkah serta kaum Yahudi yang khianat.

Salman mengusulkan cadangan untuk menggali parit berdasarkan pengalamannya dalam peperangan di Persia.

Atas cadangan Salman itu, para tentera Islam berserta penduduk Islam yang lain telah berjaya bertahan dari dalam kota Madinah dan Abu Sufyan Al-Harb yang menjadi ketua pihak Musyrikin ketika itu telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri selepas penat mengepung Madinah dari luar selama 27 hari kemudian.

Pihak musuh terpaksa berundur akibat kehabisan bekalan makanan selain daripada angin taufan dan pergolakan dalaman para tentera Musyrikin.

Salman Si Anak Soleh Yang Sanggup Mengendong Ibunya

Salman juga punya sikap yang sangat memuliakan ibunya. Suatu ketika Salman pernah mengendong ibunya yang sedang sakit hingga sukar untuk berjalan sendiri. Salman mengendong ibunya ketika dalam perjalanan dari kota Madinah menuju kota Mekah dalam rangka melaksanakan ibadah Haji .

Dengan cuaca panas terik pada waktu siang dan sejuk dingin pada waktu malam, Salman terus mengendong ibunya sehingga tiba di tempat tujuan. Salman sanggup lakukan semua itu demi untuk membahagiakan ibunya yang sedang sakit. Di Kota Mekah, Salman dan ibunya bertemu dengan Rasulullah SAW dan terjadilah sesi percakapan yang lebih kurang seperti ini.

sumber : Abusigli blog

Sang anak bertanya kepada Rasul, “Ya Rasul..apakah saya sudah berbakti kepada orang tua saya? Saya menggendong ibu saya di pundak saya berjalan dari Madinah sampai Kota Mekah untuk melaksanakan ibadah haji”.
Mendengar akan soalan tersebut Baginda mula menangis, Kemudian Baginda menjawab dengan diiringi tangisnya yang tersedu sedan,

Wahai Saudaraku, engkau sungguh anak yang luar biasa, engkau benar benar anak sholeh, tapi maaf…..(sambil tetap menangis) apapun yang kamu lakukan di dunia ini untuk membahagiakan orang tuamu…. apapun usaha kerasmu untuk menyenangkan orang tuamu …. tidak akan pernah bisa membalas jasa orang tuamu yang telah membesarkanmu”

Pernah Menjadi Gabenor Kufah Dengan Penuh Rasa Rendah Diri

Ketika zaman pemerintahan khalifah Umar bin Khattab, Salman telah diangkat untuk menjadi Gabenor Kufah. Ketika baru dilantik, para penduduk Kufah segera berdiri di sepanjang jalan untuk menyambut Gabenor baru mereka.

Disangka mereka Gabenor akan datang dengan iringan rombongan yang besar namun apa yang tiba hanyalah Salman Al Farisi seorang saja yang datang ke kota itu dengan hanya menunggang seekor keledai. Salman duduk di atas keldainya sambil memegang tulang berdaging yang digigitnya sedikit demi sedikit.

Ketika bergelar Gabenor, sikap zuhud Salman tidak ada tolak banding. Buktinya, Salman pernah bertemu dengan seorang saudagar yang baru pulang berniaga dari Syam membawa kurma dan buah tin. Saudagar itu menyuruh Salman untuk mengangkut barang dagangannya kerana dia menyangka yang Salman ini adalah kuli pengangkat barang.

Sumber : Islampos

Salman yang tidak berkecil hati terus mengangkat barangan tersebut tanpa banyak cakap. Apabila si saudagar mengetahui siapakah gerangan Salman yang sebenar, beliau trus meminta maaf. Akan tetapi, Salman tetap juga membawa segala barang dagangan tersebut sehingga sampai ke tempat yang ingin di tuju.

Begitulah kisahnya serba sedikit mengenai perihal seorang sahabat Nabi yang bernama Salman Al Farisi. Harta bukan menjadi kepentingan sebaliknya iman, taqwa dan amanah demi agama adalah perkara utama di dalam hidupnya.

Sumber :

  1. Wikipedia
  2. Islam Pos

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Penulis bebas yang berkerjaya dari rumah. Fokus menulis dgn skill SEO dalam gaya santai untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.