Ayuh ketahui sunah-sunah Rasulullah SAW dan kelebihannya.

Apakah maksud sunnah? Sunnah membawa erti ‘cara’ atau ‘amalan’. Dari aspek bahasa, al-sunah bererti kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji mahupun yang tercela.

Kata ‘sunah’ disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah ‘perjalanan hidup’ dan ‘perilaku’. Dengan itu,  sunah nabi bererti ‘cara nabi’, atau apa-apa yang berkaitan dengan tabiat, kelakuan atau kebiasaan Rasulullah SAW.

Mengikuti amalan sunnah Rasulullah SAW adalah salah satu bukti kebenaran cinta seorang umat kepada Rasulnya, bahkan sebagai kecintaan kepada Allah SWT.  Seperti firmanNya:

“Katakanlah (wahai Muhammad), sekiranya kamu semua cintakan Allah, maka ikutlah daku (Nabi Muhammad).”

(al-Imran:31)

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda bahawa sesiapa yang mengamalkan sunah Baginda pada zaman kerosakan ini, maka akan mendapat pahala seumpama 100 orang mati syahid.

Dari Ibnu Abbas r.a:

“Sesiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika berlakunya pelbagai kerosakan pada ummatku (akhir zaman). Maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid.”

(Hadis Riwayat Baihaqi)

Sunah-sunah Rasulullah  Tanda Kecintaan

Terdapat begitu banyak sunnah Baginda SAW yang ditinggalkan untuk diamalkan oleh sekalian umatnya. Dengan menuruti perkara sunnah ini akan menambah kerinduan dan berterusan mencintai Baginda.

Berikut adalah antara 100 sunah tersebut:

  • Banyak membaca al-Quran
  • Bertasbih
  • Menjawab seruan azan
  • Menuntut ilmu
  • Berniaga
  • Sentiasa tersenyum
  • Memakai celak
  • Menyimpan janggut
  • Memberi dan menjawab salam
  • Berdoa untuk pesakit
  • Mengaqiqahkan anak
  • Bertahnik bayi yang baru lahir
  • Selalu bersedekah
  • Menangis kerana Allah SWT
  • Menghilangkan gangguan di jalanan
  • Menjauhi marah
  • Sentiasa bersabar
  • Membantu melakukan kerja rumah
  • Bergurau dengan isteri dan anak-anak
  • Bergurau bersama-sama sahabat
  • Membina masjid
  • Berwuduk sebelum mandi
  • Tidur dalam keadaan berwuduk
  • Berbaring di atas rusuk kanan
  • Baca doa selepas wuduk
  • Berdoa pada waktu malam
  • Membaca tiga Qul sebelum tidur
  • Takbir dan tasbih ketika di tempat tidur
  • Berdoa ketika bangun daripada tidur
  • Bangun beribadah malam
  • Kerap bersugi
  • Kerap bersolat di masjid
  • Pergi awal ke masjid
  • Mendirikan solat berjemaah
  • Doa ketika masuk dan keluar masjid
  • Berjalan kaki ke masjid
  • Solat di rumah
  • Melakukan semua solat sunat
  • Jimat menggunakan air
  • Mendirikan solat jenazah
  • Ziarah kubur
  • Duduk di tempat solat selepas solat subuh hingga terbit matahari
  • Solat dengan beralas kaki
  • Mandi hari jumaat
  • Wangi-wangian pada hari jumaat
  • Hadir awal untuk solat jumaat
  • Potong kuku hari jumaat
  • Memakai pakaian terbaik pada hari jumaat
  • Bermusafir
  • Terlebih dahulu ke masjid apabila balik dari musafir
  • Pilih seorang ketua ketika bermusafir
  • Mengadakaan sempadan ketika solat
  • Puasa tiga hari setiap bulan
  • Menunaikan puasa sunat
  • Bangun sahur
  • Melewatkan sahur
  • Bersegera berbuka puasa
  • Menghidupkan Ramadan
  • Puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal
  • Pergi dan balik solat hari raya dengan jalan berbeza
  • Berdoa ketika singgah di sesuatu tempat
  • Berdoa ketika memakai baju baru
  • Mula dengan kaki kanan apabila memakai kasut
  • Minum dan berubat dengan air zam-zam
  • Duduk ketika minum
  • Minum susu
  • Berkumur selepas minum susu
  • Makan sebelum lapar, berhenti makan sebelum kenyang
  • Makan buah kurma
  • Membaca Bismillah ketika makan
  • Ucap Alhamdulillah selepas makan
  • Berkongsi makanan
  • Tidak mencela makan
  • Makan dengan tiga jari tangan
  • Menjilat jari itu apabila selesai makan
  • Mendoakan orang yang bersin
  • Berdoa ketika hendak masuk dan keluar tandas
  • Baca zikir dalam majlis
  • Berdoa ketika angin bertiup
  • Berdoa ketika hujan turun
  • Berdoa ketika mendapat musibah
  • Melawat pesakit
  • Tutup mulut apabila menguap
  • Menjaga anak yatim
  • Sentiasa bersangka baik
  • Memberi nafkah keluarga
  • Sentiasa bertaubat dan beristigfar
  • Merendah diri
  • Menyantuni orang tua
  • Mengasihi kanak-kanak
  • Berbuat baik walau kepada bukan Islam
  • Sentiasa memohon maaf
  • Bersukan dan beriadah
  • Memberi pujian
  • Memakai pakaian baru
  • Berbuat baik kepada jiran
  • Menyatakan kecintaan kepada yang disayangi
  • Berhijrah
  • Memelihara kambing
  • Menyampaikan khutbah

Kelebihan Amalan Sunnah

Selain itu, terdapat banyak kelebihan sekiranya mengamalkan sunnah Rasulullah SAW, antaranya;

  • Menambah keimanan dan ketaatan kepada Allah SWT
  • Mendapat ganjaran pahala
  • Menambah kecintaan kepada Rasulullah SAW
  • Mendapat ketenangan hati
  • Berasakan hidup lebih bermatlamat
  • Dipermudahkan urusan rezeki
  • Dapat menjauhkan diri daipada perbuatan dosa
  • Menjadi contoh kepada umat Islam yang lain
  • Disegani oleh masyarakat
  • Eratkan silaturahim sesama masyarakat

Penutup: Beristiqamah dan berterusanlah dalam menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.

Sebenarnya terdapat begitu banyak sunnah Rasulullah SAW yang boleh dijadikan amalan, tetapi jika dapat dilakukan 100 amalan ini pun sudah sangat memadai, dan sekiranya boleh dilakukan lebih banyak lagi, sangat baik dan digalakkan agar mendapat lebih banyak ganjaran pahala.

Namun, yang penting lakukanlah secara beristiqamah dan berterusan, bukan seperti ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja.

Daripada Amru bin Auf r.a Rasulullah SAW bersabda,

“Sesiapa menghidupkan sunnahku, kemudian (sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala seumpama pahala orang yang mengamalkannya tanpa berkurangan sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Sesiapa yang berbuat bidaah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurang sedikitpun dari dosa-dosa mereka.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

 

jika anda menyukai perkongsian kami ini, ayuhlah turut membaca artikel-artikel kami yang lebih menarik seperti; Doa Sembuh Penyakit: Sunnah & Amalan Yang Boleh Dilakukan Sebagai Ikhtiar Kesembuhan serta 5 Sunnah Menyambut Kelahiran Bayi (Cara Azan Bayi ) Bakal Ibu Bapa Wajib Tahu

 

Rujukan

  1. Shafiqolbu.wordpress.com
  2. www.azhan.co

 

 

 

 

 

Penulis: Rabiatul Adaweeyah Othman

Rabiatul Adaweeyah Othman

Sangat mecintai buku dan meminati penulisan, lalu gemar berkongsi tentang apa-apa yang dibaca dan ditulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.