Ramadan Tiba..

Ramadan Tiba..

Ramadan Tiba..

Marhaban Ya Ramadan..

Ramadan sudah menjelma. Tentu seluruh umat Islam menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran.

Bersahur, berbuka dan berterawih di masjid sudah pasti menjadi amalan sekeluarga sempena bulan yang mulia ini.

Bukan kita sahaja yang bersemangat, anak-anak juga tidak kurangnya. Meriah masjid dengan kehadiran mereka yang tidak ketinggalan bersama ibu bapa masing-masing belajar tentang ibadah yang dilakukan di bulan penuh keberkatan ini.

Namun, pembelajaran tentang rukun Islam ke-3 ini tidak terhad hanya berpuasa dan berterawih sahaja di masjid. Pelbagai aktiviti menarik juga turut boleh kita jalankan di rumah.

Jom lihat 11 aktiviti menarik yang boleh dilakukan sempena Ramadan ini bersama anak-anak.

1. Dekorasi Sudut Ramadan

Bagi menyemarakkan bulan Ramadan, hiasi sudut bermain anak-anak dengan bertemakan bulan yang mulia ini.

Mereka pasti teruja untuk menggunting, menampal dan menggantung pelbagai hiasan yang berwarni-warni seperti anak bulan dan replika masjid.

Imej via facebook

2. Bulan-Bulan Islam

Ambil peluang untuk mengajar anak-anak tentang bulan-bulan dalam yang terdapat dalam kalendar Islam. Jadikan aktiviti ini menarik dengan idea kraf yang kreatif.

Imej via facebook

3. Tema Kurma

Kurma memang sinonim dengan bulan Ramadan kerana ia makanan sunnah. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dengan hanya bertemakan kurma.

Lihat aktiviti adik Amsyar kita ini, beliau bersama ibunya belajar cara bagaimana untuk menghasilkan susu kurma. Selain belajar tentang minuman yang berkhasiat, anak-anak juga akan mempelajari pelbagai skil seperti cara menggupas kurma, menyukat susu dan menggunakan mesin pengisar.

Wah! Menarik bukan?. Sangat mudah dan ringkas. Jom buat bersama anak-anak di rumah.

Imej via facebook

4. Rukun Islam

Ibadah puasa adalah salah satu rukun yang terdapat dalam Rukun Islam.

  • Mengucapkan dua kalimah syahadah.
  • Menunaikan solat lima waktu.
  • Berpuasa di bulan Ramadan.
  • Mengeluarkan zakat.
  • Mengerjakan haji dan umrah bagi yang mampu.

Sambil beraktiviti, secara tidak langsung anak-anak akan terdedah dengan asas Rukun Islam yang menjadi pegangan setiap umat Islam sejak kecil lagi.

Imej via facebook

5. Tabung Sedekah

Hangatkan projek ramadan anak dengan mendekorasi tabung sedekah. Ini adalah kesempatan yang baik untuk mendidik anak tentang amalan mulia bersedekah bagi membantu golongan yang lebih memerlukan.

Tabung sedekah ini bukan sahaja hanya diletakkan di rumah, pihak sekolah juga boleh mengambil inisiatif untuk mewujudkan tabung sedekah di sekolah masing-masing.

Imej via facebook

6. Menu Iftar

Waktu iftar adalah saat yang ditunggu oleh semua umat Islam. Kemeriahan ini bukan sahaja dirasai oleh orang dewasa, malah kanak-kanak juga pasti tidak sabar menunggu waktu berbuka puasa.

Ajak anak untuk bersama-sama merancang menu iftar buat keluarga. Pelbagai resepi ringkas dan mudah boleh dilakukan bersama anak seperti menu sandwich, agar-agar dan aneka kek yang berwarni-warni.

Imej via www.parenting.com

7. DIY Tasbih

Mari kita berkraftiviti bersama anak-anak dengan menghasilkan tasbih yang pelbagai corak dan warna.

Anak-anak memang sukakan aktiviti seperti ini dimana mereka diberi peluang untuk menghasilkan sesuatu benda dengan hasil tangan mereka sendiri.

Beli sahaja bahan-bahan untuk membuat tasbih ini di Kedai DIY kerana harganya sangat murah dan mempunyai pelbagai pilihan.

Imej via www.snmofficial.com

8. I Love Quran

Bulan Ramadan adalah peluang untuk kita tanamkan kecintaan anak-anak terhadap Al Quran. Rancang aktiviti bertadarus atau hafazan mengikut tahap kemampuan dan target yang bersesuaian dengan mereka.

Bukan sahaja hafalan, malah ibu bapa juga boleh berdiskusi bersama mereka tentang pelbagai kisah dan asbabul nuzul setiap surah dalam al quran itu.

Aktiviti ini akan lebih menarik andai ibu bapa menyelitkan unsur seni dan kraf di dalamnya supaya dapat membantu dalam proses penghayatan dan kefahaman anak-anak.

Imej via www.almukhlisin.my

9. Carta Ramadan

Carta ini ibarat penghargaan positif anak-anak apabila mereka telah mencapai sesuatu target dalam proses pembentukkan tingkahlaku yang positif.

Sebagai contoh, solat di awal waktu, puasa penuh, menghafal surah dan berjemaah di masjid. Lekatkan sticker pada carta ramadan apabila mereka berjaya mencapai target yang ditetapkan.

Imej via google image

10. Replika Masjid/Kaabah

Hanya menggunakan bahan-bahan terpakai, hasilkan satu replika masjid atau kaabah bersama anak-anak.

Aktiviti yang sangat menjimatkan kos!. Mereka juga boleh menghasilkan pelbagai idea yang kreatif bagaimana untuk mendekorasi dan mencipta sebuah replika tersebut.

Imej via facebook

11. Superhero Islam

Kenalkan anak-anak dengan pahlawan-pahlawan Islam yang hebat pada masa dahulu. Tanamkan semangat berjuang dan membela Islam dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.

Gantikan watak-watak superhero di luar sana dengan pahlawan Islam seperti Saidina Ali bin Abi Thalib, Saad bin Abi Waqas dan Khalid bin Walid.

Semarakkan bulan Ramadan ini dengan pelbagai aktiviti menarik bersama anak-anak di rumah. Ini adalah masa terbaik untuk mendidik anak akan ibadah puasa yang terkandung dalam rukun Islam ke-3 ini. Selamat berpuasa semua!

 

 

Sumber: Perkongsian Puan Nurul Syuhada Hashim di laman facebook milik beliau.

 

Penulis: Faz

Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.