Bagaimana nak latih bayi tidur sepanjang malam? Mesti ramai ibubapa resah bila bayi tidak tidur malam kan? Bayi baru lahir juga ada yang susah tidur malam. Rutin tidur bayi 1 bulan adalah yang paling mencabar. Waktu tidur bayi masih tidak menentu dan bayi tak nak tidur malam memang normal di awal usianya.

Petua bayi tidur lena waktu malam ada banyak. Tapi anda perlu melakukannya secara berperingkat. Anda sudah boleh mula didik atau latih bayi tidur sepanjang malam sejak ia masih kecil lagi.

latih bayi tidur malam
image via : Pop Mama

Dengan latihan begini barulah masa tidur bayi menjadi satu rutin yang baik. Secara tidak langsung anda juga akan ikut berasa relaks dengan waktu tidur yang cukup di malam hari.

10 Langkah Untuk Latih Bayi Tidur Lena Sepanjang Malam Hingga Ke Pagi

Dari semua tips untuk tidurkan bayi yang ada, anda perlu susun tips tersebut sehingga menjadi satu pola tidur untuk anak. Ini penting untuk mendapatkan tempoh bayi tidur sepanjang malam seperti yang dikehendaki. Tips atau langkah untuk melatih pola tidur bayi dengan baik itu adalah;

Langkah #1 – Kenali Tanda Bila Bayi Mahu Tidur

Sewaktu awal kelahiran, memang susah untuk kita nak latih bayi tidur malam. Maka sebagai ibu, anda kena sentiasa alert bilakah masa yang bayi betul-betul mengantuk. 

Antara tanda-tanda bayi mengantuk adalah :

"
  • Bayi menjadi lebih diam
  • Tak lagi minat dan tertarik pada mainan
  • Tidak bermain untuk gelak ketika di agah
  • Menggosok-gosok matanya dengan tangan tanpa henti
  • Nampak rileks seperti sedang mengelamun
  • Pandangan mata menjadi semakin kuyu dan tidak fokus.
  • Menjadi gelisah, rimas atau menangis.
  • Tidak mahu duduk sendiri dan di dukung
  • Menguap dengan kerap
latih bayi tidur malam
image via : Asshidiq Aqiqah

Langkah #2 – Susun Jadual Waktu Tidur Untuk Bayi  

Untuk permulaan mungkin sukar untuk ibu latih waktu tidur, tetapi ia tidak mustahil untuk dilakukan secara perlahan lahan. Anda boleh susun jadual waktu tidurnya sendiri. Sebagai contoh, jangan tidurkan bayi pada waktu maghrib supaya dia tidak bangun terlalu awal nanti.

Main dengan anak sehingga dia penat dan biasakan bawa anak masuk ke bilik tidur pada pukul 9 malam. Anda juga boleh bedungkan bayi agar dia lebih selesa untuk tidur sepanjang malam, itupun jika bayi tidak berasa rimas.

Langkah #3 – Sediakan Urutan Dan Bunyi Yang Menenangkan

Sesetengah bayi perlu tidur dalam keadaan yang sunyi sesetengah pula perlukan bunyi untuk dia tidak berasa sepi seorang diri. Jadi pasangkan alunan-alunan ayat suci AlQur’an  waktu malam supaya bayi tidur dengan lebih tenang.

Urutan juga adalah cara yang baik untuk  latih bayi tidur malam. Ada beberapa jenis urutan bayi yang dapat memudahkan bayi untuk tidur. Anda boleh lakukan urutan dengan menggunakan minyak bayi atau aroma therapy untuk membantunya tidur dalam keadaan yang lebih tenang dan tenteram.

Langkah #4 – Ajarkan Bayi tentang Perbezaan Siang Dan Malam

Untuk latih bayi tidur malam dia perlu tahu bezakan waktu malam dan siang. Langkah paling mudah untuk dibuat adalah dengan memalapkan lampu pada waktu malam untuk memberikan pebezaan pada pencahayaan.

Dengan begini malam dan siang dapat difahami oleh bayi secara sedikit demi sedikit dan lama kelamaan bayi akan mula membiasakan dirinya sendiri.

Langkah #5 – Tidurkan Bayi Di Dalam Dakapan

Ada bayi yang mudah tidur dengan ditepuk tepuk sahaja dan ada bayi yang perlu didukung. Ada juga bayi yang amat susah mahu tidur hingga terpaksa di dodoi dengan buai. Apa cara sekalipun, ketahuilah yang lena dalam dakapan ibunya adalah tempat yang paling selesa untuk bayi tidur nyenyak sepanjang malam.

latih bayi tidur malam
image via : Parents

Tidak salah jika mahu gunakan buai tapi jangan terus dibiarkan bayi lena dalam buaian seorang diri tanpa pengawasan begitu. Mungkin ibu boleh cuba tidurkan bayi di dalam buai dahulu sebelum diletakkan di bawah (atas tilam).

Langkah #6 – Ibu Perlu Kurangkan Pengambilan Kafein

Jika ibu menyusu badan tolong kurangkan pengambilan kafein. Ini kerana ia boleh sampai pada bayi saatnya menyusu. Kafein ini bukan saja tidak elok semasa hamil malah sepanjang tempoh penyusuan susu ibu juga.

Bayi akan turut terkesan dengan kafein dan lebih teruk bayi perlukan jangka masa yang sangat lama untuk hilangkan kesan kafein itu pada badannya. Jadi tak peliklah kalau mata bayi anda sentiasa bulat dan tidak mahu tidur jika anda memberinya susu badan sebaik saja anda selesai minum kopi.

Langkah #7 – Tidurkan Bayi Dalam Keadaan Perutnya Kenyang

Sebelum bayi tidur pastikan beri susu hingga dia betul-betul kenyang untuk elakkan bayi terjaga dengan cepat kerana lapar. Anda juga perlu tahu bilakah agaknya bayi akan terjaga kerana ingin susu di waktu tengah malamar.

Walaubagaimanapun, semasa bayi masih kecil memang sudah menjadi kebiasaannya untuk bangun menyusu dengan agak kerap. Nak cepat besarlah katakan.

Langkah #8 – Elakkan Ganggu Bayi Ketika Dia Sedang Tidur

Cara latih bayi tidur malam seterusnya pastikan anda tukar lampin bayi sebelum dia tidur. Anda perlu juga pakaikan bayi dengan pakaian yang agak selesa. Jangan beri pakaian yang terlalu tebal takut dia panas dan jangan juga terlalu nipis takut dia sejuk. Pakaikan pakaian tidur yang sepatutnya sesuai dengan suhu pada waktu tersebut.

Jangan juga tukar lampin bayi semasa beliau nyenyak tidur dengan kasar. Jika lampin bayi sudah terlampau berat atau bocor, biasakan diri dengan menukarnya secara perlahan. Bayi mudah terkejut dan jika bayi terjaga semasa proses menukar lampin alamatnya memang sukar untuk dia tidur semula.

Langkah #9 – Ibu Baring Dan Tidurkan Bayi Sambil Menyusu Badan

Menyusu badan pekara paling istimewa antara bayi dan ibu. Kebiasaannya bayi memang mudah tertidur semasa manyusu badan. Jadi jika bayi tejaga kerana lapar lebih mudah untuk bayi tidur semula semasa menyusu kerana susu sudah sentiasa sedia untuk di hisap dengan tepukan dan dakapan. Tapi ibu juga harus berhati hati dan tetap juga perhatikan bayi untuk mengelakkan kejadian tercekik susu atau lemas akibat tertindih badan ibu.

Langkah #10 – Ibu Perlu Ikut Tidur Bersama Bayi Hingga Ke Pagi

Walau pelbagai cara anda buat untuk latih bayi tidur malam, langkah paling afdal adalah pada diri si ibu itu sendiri. Anda nekad untuk tetapkan waktu tidur bayi, maka anda juga perlu ikut tidur bersamanya.

Jika waktu siang mungkin tidak mengapa kerana waktu siang bayi memang harus tidur sekejap saja. Tapi untuk waktu malam biasakan diri untuk tidur bersama bayi. Jangan lupa yang ibu juga perlukan rehat yang cukup sewaktu menjaga bayi. Barulah rasa happy dan tidak stress.

Doa Untuk Bayi Susah Tidur

Doa untuk bayi tidur lena juga bagus untuk diamalkan. Doa untuk bayi tidur lena atau untuk bayi susah tidur malam menurut Islam juga elok untuk dipraktik. Anda boleh surah untuk bayi bagi membantunya tidur lena.

doa bayi tidur lena
Imej via Bidadari.my

Bayi Susah Tidur Malam? Jom Latih Anak Tidur Sepanjang Malam Mulai Sekarang!

Bila ada bayi, tidur kita juga mula terganggu kerana si kecil. Jangan risau, anda hanya perlu tahu sebab bayi susah tidur dan kenapa terjaga semasa tidur malam. Kemudian anda boleh mula latih anak untuk tidur secara berperingkat.

Itulah dia antara langkah-langkah untuk membentuk atau melatih bayi tidur lena sepanjang malam. Semoga tips ini dapat membantu ibubapa di luar sana dalam menjaga bayi kesayangan masing-masing. Jemput baca juga perkembangan berat badan bayi 0-12 bulan dan tips untuk bantu anak jalan sendiri.

Sumber :

Dr Zubaidi

The Asian Parent

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.