Badan kita memerlukan tenaga yang minima bagi menjadikan setiap organ berfungsi dengan baik. Jika kita tidak sekat atau makan makanan yang rendah kalori dan hanya makan sayur dan buah dalam jangka masa yang lama, tubuh badan kita akan berasa lemah dan tidak bermaya.

Kalori yang diambil bergantung kepada tinggi, berat, umur dan jantina seseorang. Sebagai contoh, lelaki memerlukan lebih banyak tenaga berbanding wanita kerana lelaki melakukan kerja-kerja yang berat. Manakala, wanita pula memerlukan tenaga yang minima dan lebih rendah berbanding lelaki kerana wanita tidak melakukan kerja-kerja yang berat.

kesan negatif vlcd
Image via ‘Facebook

Tetapi sayang sekali, ramai yang ingin menurukan berat badan dengan cepat tanpa berfikir kesan negatif yang akan mereka terima nanti. Kaedah yang digunakan untuk menurunkan berat badan secara ‘extreme’ adalah pemakanan kebulur atau disebut sebagai VLCD (Very Low Calories Diet).

Dr. Suhazeli Abdullah berkongsikan tentang info sebenar mengenai kesan negatif mengamalkan pemakanan kebulur atau VLCD.

Kesan kaedah pemakanan kebulur (VLCD) ini kepada kesihatan tubuh badan adalah:

1- Metabolisma dan keseimbangan badan akan tergangu

Kajian menyatakan 23% otot-otot akan menyusut. Akhirnya tubuh tak bermaya, tenaga untuk melakukan aktiviti terbantut. Tidak semua pesakit boleh bertahan dengan keadaan pemakanan kebulur seperti ini. Kajian dari National Institute of Health US mendapati pesakit yang pada awal mencuba kaedah pemakanan kebulur, 80% dari mereka akan kembali gemuk dan penyakit tidak dapat dirawat kerana tidak tahan dengan nafsu pemakanan sedemikian.

2- Letih lesu dan zat makanan yang berkurangan

Pengambilan pemakana kebulur ini akan menyebabkan banyak zat-zat pemakanan tidak diambil dengan seimbang. Zat besi, folate, vitamin B12 untuk pembinaan sel darah dan sel otot akan terbantut. Menyebabkan pesakit akan mengalami episod letih lesu sepanjang hari. Zat-zat ini boleh diperolehi dari pemakanan seimbang termasuk karbohidrat dan protein. Jika sayur-sayuran semata-mata, tidak mencukupi jizi zat nutrien sehari-hari.

Kekurangan pengambilan protin juga akan menyebabkan sel otot akan menyusut, rambut menjadi nipis dan kuku menjadi lembik. Pembinaan otot, rambut dan kuku bergantung besar kepada pengambilan protin dalam makanan kita.

Begitu juga dengan kalsium, magnesium, vitamin A dan vitamin-vitamin lain lagi, terdapat dalam pemakanan lengkap yang terdiri dari karbohidrat, protein, dan sayur-sayuran. Pembinaan dan kesimbangan hormon-hormon badan pula amat memerlukan lemak yang secukupnya.

3- Kesuburan dan sistem imuniti berkurang

Hormon kesuburan memerlukan lemak asas seperti kolesterol. Walaupun 80% kolesterol dibina sendiri oleh hati, tetapi kelesterol dari makanan juga diperlukan dalam kadar tertentu.

4- Senang berlaku kerapuhan tulang

Mineral asas seperti kalsium, natrium, potassium dan lain-lain lagi diperlukan untuk keseimbangan struktur tulang-temulang. Justeru, pengambilan kalori ekstrim akan merencat pengukuhan tulang.

*Jika anda ingin diet, amalkan pemakanan yang sihat dan lebih banyakkan aktiviti bersukan. Kaedah ini lebih sihat dan dijamin tidak memberi kesan negatif kepada tubuh badan.

Kalau anda ada masalah menurunkan berat badan, berjumpa dengan doktor dan minta nasihat bagaimana mahu menurunkan berat badan dengan baik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .