Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adakah desakan itu penting? Ya, desakan itu sangat penting dalam menglahirkan anak yang hebat dan cemerlang. Tanpa desakan atau dorongan kepada anak, mugkin sebenarnya kita membuat dirinya mati.  Anak-anak sangat memerlukannya.

Pernah atau kita mengalami semasa kecil, kita didesak melakukan sesuatu? Contohnya emak telah mendesak kita untuk memasuki kursus tae kwon do. Atupun emak menyuruh kita melakukan sesuatu kerja sehingga habis walaupun kita tidak beberapa sukakannya? Saya pasti ramai pernah. Saya pun pernah. Suatu jenis desakan motivasi diri.

tips-kejayaan

Begitu juga dengan saya. Saya masih lagi teringat semasa saya di tahun 3 sekolah rendah. Saya masih tidak memahami topik bahagi. Saya tidak nampak logikalnya. Memang stress. Hasilnya saya terpaksa melakukan beberapa soalan latihan yang sangat banyak oleh emak. Haha. Mak memantau disamping saya sehinggalah saya memahaminya.  Semasa proses tersebut, pasti ianya bukan sesuatu yang digemari.  Tetapi setelah selesai dan berjaya memahami, ianya satu kegembiraan yang tidak ternilai. Berjaya memahami satu tajuk yang asalnya tidak difahami langsung.Desakan itu adalah motivasi diri yang kuat bagi saya.

Jujurnya, apabila kita melihat kembali, kita akan perhatikan betapa besarnya desakan itu dalam pengaruh hidup kita. Tanpa kita sedar, ianya antara faktor utama kejayaan yang membentuk kita pada hari ini.

Berdasarkan sebuah buku yag berceritakan tentang bakat, salah satu resipinya adalah ibu bapa yang mendesak. Anak mungkin berbakat atau tidak tetapi antara faktor kejayaaan utama adalah ibu bapa yang mendesak kepada aktiviti bakat tersebut.

Untuk mahir dalam sesuatu instrumen alat muzik seperti violin adalah memerlukan pengorbanan selama 10, 000 jam. Satu jangka masa yang lama. Dan kebiasaannya , ia perlu bermula awal. Semakin awal latihan dibuat, semakin mahir dan mencukupi ruang latihan 10,000jam  tersebut. Kebiasaannya, waktu yang sesuai bermula adalah 3-4 tahun. Jadi, masakan logiknya seorang budak untuk duduk selama 4-5 jam pada usia 3 -4 tahun untuk berlatih bermain violin. Ianya pasti desakan atau dorangan ibubapanya.

Begitu juga dengan siri kejayaan lain pada hari ini.

Jika kita pernah terbaca kisah anak-anak Sidek, kita pasti tahu tentang berapa garangnya beliau terhadap anak-anaknya. Desakan yang diberikan untuk mereka menumpu dalam bidang badminton ternyata berbaloi. Cuba bayangkan jika beliau tidak melakukan demikian. Pasti tidak ada Misbun, Jalani, Razif, Rashid yang mengharumkan nama negara dalam arena ini.

Perkara yang sama juga berlaku pada Andy Murray, iaitu antara pemain terkenal tenis pada hari ini. Menurut emaknya, remaja Britain agak pemalas sedikit. Justeru itu mereka perlu didesak. Desakan yang dikenakan terhadap anaknya menyebabkan beliau telah dikecam sebagai ibu yang agresif oleh media Britain. Tetapi jika beliau tidak melakukan demikian, pasti tiada pemain tenis terkenal yang datang daripada Britain. Hanya beliau seorang yang berjaya dilahirkan dalam beberapa tahun ini.

Sebenarnya banyak lagi contoh jika kita melihat dan membaca kejayaan orang yang telah berjaya. Banyak di antaranya adalah disebabkan ibu bapa yang memainkan peranan penting di belakangnya.Ianya adalah motivasi diri yang utama.

Renungan untuk hari ini,

“Choose the parents, not the kids”

 

 

Ikhlas,

DrInspirasi.com

 

 

PS : Ada pendapat  atau komen? Ataupun tips motivasi diri atau idea ingin saya tulis? Komen di bawah. Jika bermanfaat artikel ini, mohon share dan like.

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.