bayi cirit birit
Imej via [babycenter]

Najis bayi yang dilihat cair itu adalah sangat normal. Tetapi, bayi itu mungkin sedang mengalami cirit-birit jika dia sering kali berak cair dan tiada najis ketulan. Oleh itu, penting untuk ibu bapa ketahui tanda-tanda bayi cirit birit.

Walaubagaimanapun, ramai ibu bapa yang masih keliru dengan najis bayi sehingga menganggap bayi cirit birit, sedangkan najis bayi itu mungkin normal untuk usianya. Bayi akan kerap membuang air besar dan itu bergantung sepenuhnya sama ada dia mengambil susu badan atau susu formula.

1. Dehidrasi

bayi cirit birit
Imej via [furbymoms]

Cirit-birit ini boleh menjadi bahaya jika ia tidak berhenti selepas beberapa jam. Namun, ada sebahagian orang yang mengatakan cirit-birit ini selalunya berhenti dengan sendirinya. Walaubagaimanapun, anda harus berjumpa doktor jika bayi cirit-birit selepas masuk hari ke-2.

Punca bayi cirit-birit berpanjangan adalah dehidrasi. Jangan tangguh untuk berjumpa doktor jika anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti kulit atau bibir menjadi kering, bayi lemah lesu, menangis tanpa air mata, ubun-ubun kepala yang makin mengecut, tangan dan kaki bertukar pucat dan banyak lagi tanda.

2. Alergi makanan

Imej via [cloudfront]

Punca bayi cirit birit juga adalah disebabkan oleh alergi makanan. Alergi makanan berlaku disebabkan pengaktifan tubuh badan bertindak balas terhadap makanan yang digunakan. Alergi makanan tidak boleh dibiarkan kerana berisiko takut menimbulkan gangguan yang berat pada sistem pencernaan bayi anda.

Alahan makanan ini biasanya berlaku sejak bayi dan kanak-kanak lagi. Makanan yang paling biasa menyebabkan alahan makanan adalah susu, telur, kacang tanah, dan kekacang lain seperti kacang hazel, walnut dan badam. Ibu menyusu sendiri perlu menjaga pemakanan untuk elakkan alergi dan bayi cirit birit.

3. Keracunan Makanan

Keracunan makanan berlaku apabila anak anda mengambil sebarang makanan atau minuman yang dicemari oleh bakteria atau virus. Bayi terkena keracunan jika si ibu mengambil makanan ringan tanpa pantang.

Mikroorganisma racun masuk ke dalam tubuh bayi akan mengakibatkan bayi cirit birit. Tanda-tanda dan simptom keracunan makanan bergantung kepada jenis mikroorganisma yang menjangkiti bayi anda.


3. Kekurangan Enzim

Imej via [honestdocs]

Enzim sangat diperlukan untuk proses metabolisme. Metabolisme adalah proses kimia yang terjadi dalam tubuh untuk menghasilkan tenaga. Contohnya pemecahan lemak, karbohidrat dan protein. Ketika produksi enzim terganggu, proses metabolisme di dalam tubuh pun akan ikut terganggu.

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi yang baru lahir perlulah selalu diperhatikan untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis yang berlebihan.

Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah. Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan ubat-ubatan agar tidak termasuk di dalam susu ibu. Makanan ibu perlu dijaga memandangkan kekurangan enzim adalah salah satu punca bayi cirit birit.

4. Antibiotik

Imej via [hearstapps]

Antibiotik adalah salah satu senjata masyarakat yang paling penting terhadap jangkitan bakteria. Antibiotik membunuh bakteria dan menghalang mereka dari merebak. Ini dapat membantu system imun semula jadi badan melawan jangkitan.

Kesan sampingan kecil jika mengambil antibiotik adalah loya, pening, muntah dan cirit birit. Manakala kesan jangka panjang pula boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, usus dan hati malah pengambil boleh menjadi pekak dan sawan. Oleh itu, janganlah anda dan bayi anda mengambil antibiotik.

5. Susu Basi

Imej via [asianparent]

Menurut Dr. Jati Satriyo, susu badan yang sudah basi boleh mengalami pertumbuhan bakteria, virus dan parasit yang membuatkan bayi keracunan. Bahkan, susu basi ini bukan hanya nutrisi rosak, tetapi ia boleh membahayakan kesihatan bayi anda dan menjadi punca bayi cirit birit.

Para ibu harus lebih beringat-ingat dengan ciri-ciri susu basi seperti berbau tidak sedap, tidak larut ketika digoncang, disimpan dalam peti sejuk bawah lebih dari tiga hari dan tidak ditutup dengan rapat. Sebaiknya, buang sahaja susu itu dan pam semula susu yang baru supaya kesihatan si manja anda tetap terjamin dan dalam keadaan baik saja.

6. Perut Kembung

Imej via [siraplimau]

Tangisan bayi yang berpanjangan pasti meresahkan ibu bapa. Bayi mungkin menangis kerana kembung perut. Kembung perut juga adalah punca bayi cirit birit berpanjangan yang harus anda beri perhatian.

Masalah kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi terutama berumur kurang dari enam bulan. Abdomen bayi kelihatan kembung walaupun sebenarnya normal kerana ruang dalam abdomen masih kecil berbanding saiz organ lain dalam abdomen.

Pencernaan tidak sempurna mengganggu keselesaan perut. Oleh itu ibu bapa boleh cuba menukar jenama susu formula. Selain itu, Bayi yang kurang disendawakan berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai angin yang terperangkap.

Gunakan terknik yang betul untuk sendawakan bayi dan ibu bapa tidak perlu risau apabila bayi muntah sedikit selepas menyusu kerana tidak berbahaya kepada bayi.

7. Jangkitan Perut (Gastroenteritis)

Imej via [pondokibu]

Punca cirit birit berpanjangan adalah disebabkan oleh jangkitan perut. Flu perut atau gastroenteritis merupakan kondisi pembengkakan pada lambung, usus atau sistem pencernaan bayi, meski dinamakan flu, namun penyakit ini tidak disebabkan oleh virus influenza.

Penyebab gastroenteritis kerana ia mengalami kontak dengan benda yang telah terinfeksi dan kemudian ia meletakkan tangannya di dalam mulut. Penyakit ini termasuk sebagai salah satu penyakit yang umum terjadi pada bayi anda.

Jika bayi mengalami gastroenteritis, mungkin dia akan mengalami beberapa gejala seperti diare, muntah-muntah, sakit perut, demam dan cirit-birit.  Para ibu boleh mencegah si Kecil terkena gastroenteritis, dengan mencuci tangan si Kecil. Kebersihan merupakan salah satu kunci pencegahan si Kecil terinfeksi virus.

8. Demam Panas

Imej via [amazonaws]

Apabila bayi demam panas, ibu akan cepat panik dan risau terutama apabila si kecil merengek, menangis dan lesu tidak bermaya. Biasanya apabila bayi demam panas, sesetengah doktor tidak memberi ubat atas alasan tak bagus terlalu bergantung kepada ubat.

Akibat cuaca panas yang melampau atau cuaca yang tak menentu, bayi mungkin mengalami keradangan pada selaput sendi. Ini juga boleh menyebabkan bayi cirit birit berpanjangan dan amat bahaya keadaannya.

Anda boleh memberikan bayi susu, air kosong supaya dapat membantu bayi anda dehidrasi dek kerana tubuh bayi akan cepat kering apabila demam panas. Jemput baca 5 Tanda anak tidak cukup tidur, 9 Cara Penjagaan Buah Pinggang dan 5 Hukuman bahaya pada anak.

Rujukan

  1. Theasiansparent
  2. Babycenter
  3. Myhealth

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.