Osteoporosis adalah keadaan di mana tulang itu sudah lemah mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia bertambah teruk jika pesakit melakukan banyak aktiviti yang menggunakan kekuatan tulang seperti mengangkat barang.

Selain itu, ia juga akan bertambah teruk apabila pesakit tidak mengambil kalsium dengan secukupnya. Pengambilan kalsium amat penting kerana ia akan memberi kekuatan kepada tulang. Oleh sebab itu, dari kecil kita digalakkan untuk minum susu.

Bagaimana kita boleh mendapat penyakit osteoporosis?

faktor tulang rapuh
Imej via Facebook

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai faktor-faktor tulang rapuh atau osteoporosis. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Faktor-faktor tulang rapuh atau osteoporosis

1. Umur

  • Jisim tulang berkurang sebanyak 0.2% selepas usia 35 tahun.

2. Menopous awal sebelum umur 45 tahun

  • Setelah menopous, jisim tulang berkurangan sebanyak 1% .
  • Penurunan hormon estrogen ketika menopous menyebabkan tulang makin nipis dengan cepat.
  • Disebabkan ini, wanita dijangka kehilangan 30% jisim tulang pada usia 80 tahun berbanding lelaki yang akan kehilangan sebanyak 10%.

3. Tidak datang haid dalam jangkamasa melebihi 6 bulan disebabkan oleh senaman yang berlebihan.

4. Kurang penghasilan testeron bagi lelaki.

5. Mengalami masalah hipertiroidism.

6. Kerap merokok dan minum minuman keras.

7. Mengambil ubat yang mengandungi steroid dalam tempoh yang lama.\

8. Kurang pengambilan kalsium dan vitamin D.

Komplikasi tulang rapuh

1. Tulang mudah patah terutamanya tulang paha, tulang belakang dan tulang di pergelangan tangan.

2. Kurang imunisasi badan.

Kekurangan jisim tulang menyebabkan jumlah sum-sum tulang juga berkurang. Kemudian, ini mengakibatkan berkurang sel darah yang dihasilkan. Fungsi sel darah adalah untuk membina daya tahan terhadap penyakit.

3. Sakit belakang yang berterusan.

4. Mengambil tempoh yang lama untuk proses penyembuhan tulang yang patah.

*Sebelum kita terkena penyakit osteoporosis, lebih baik kita mengambil langkah awal seperti banyakkan makan sayur dan minum susu. Kurangkan aktiviti lasak lebih-lebih bagi wanita yang hamil. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .