Minuman probiotik adalah minuman yang mempunyai bakteria baik yang bagus untuk penghadaman. Sebagai ibu bapa, selalunya kita akan memberikan yang terbaik buat anak kita.

Ramai diantara anak anak kita menggemari minuman probiotik. Seperti yang diiklankan di kaca televisyen, kita akan menganggap minuman probiotik merupakan minuman yang sihat dan boleh untuk diambil setiap hari. Walaubagaimanapun, adakah benar minuman probiotik sihat dan boleh diambil setiap hari?

Hari ini kami bawakan sebuah artikel berkenaan minuman probiotik daripada Dr Taufiq Razif. Jom kita lihat!

Jangan Bagi Anak Kita Minum Probiotik Setiap Hari

probiotic
image via Facebook

Bagi Dr Taufiq Razif, beliau sendiri mengalami masalah dimana anaknya akan mengambil minuman probiotik sejurus selepas mengikuti beliau di pasaraya. Namun, mengapakah anak kita tidak boleh minum probiotik setiap hari?

Minuman probiotik sangat manis! Sememangnya fitrah anak anak sukakan benda benda yang manis ini. Walaupun ada tulisan ‘less sugar’ pada minuman itu, kandungan gulanya masih lagi tinggi.

Tidak kiralah bagaimana sekalipun, minum probiotik ini akan sentiasa mempunyai kandungan gula yang tinggi. Mengapa? Kerana dalam minuman ini ada bakteria yang hidup. Gula dalam minuman ini bukan sahaja sebagai perasa malah ianya merupakan makanan kepada bakteria hidup di dalam itu.

Kalau kita membuat perbandingan dengan air Coca Cola yang super manis sendiri juga kita akan rasa terkejut. Kandungan gula dalam Coca Cola adalah sebanyak 10.6 gram per 100 mL. Tetapi dalam minuman probiotik, ianya boleh mencecah sehingga 18.3 gram per 100 mL. Banyak tu!

“Kalau nak tengok kesihatan anak kita 20 tahun akan datang, tengok kandungan gula yang kita suapkan setiap hari.”

p/s: Air kultur atau probiotik bukanlah tidak boleh diminum lansung cuma jangan jadikan ianya sebagai rutin.

Artikel lain yang menarik:

Selain daripada artikel ini, pelbagai lagi artikel yang anda boleh baca, sekaligus menambahkan pengetahuan am didalam diri. Oh ya, Dr Taufiq Razif juga menulis sebuah ebook yang menarik tentang parenting dan tentang mengawal emosi ibu dan anak. Jika anda berminat, bolehlah dapatkan di sini.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.