Anak atau cahaya mata adalah idaman setiap pasangan yang berkahwin. Belum mempunyai rezeki zuriat biarpun telah bertahun-tahun bersama pasangan tidak bermaksud anda tidak berhak mempunyai anak. Mengambil anak angkat sebagai anak sendiri pastinya pilihan terbaik untuk anda sekeluarga di samping menggalas satu tanggungjawab dengan niat kerana Allah SWT.

Jangan risau sekiranya anda berminat untuk mengambil anak angkat, ia tidak sukar seperti yang dijangkakan. Malah, dengan prosedur yang betul, segalanya akan mudah dan berjalan lancar. Mari lihat panduan lengkap dan cara mengambil anak angkat di Hospital. Sedikit sebanyak, pasti ia dapat membantu anda.

Prosedur Pengambilan Anak Angkat

cara mengambil anak angkat di hospital
Imej via [baituljannah]

Tahukah anda, bayi yang dijaga oleh ibu bapa angkat digelar bayi pelihara dan ibu bapa angkat adalah ibu bapa pelihara. Selepas dijaga selama 2 tahun, barulah ibu bapa akan diberi sijil anak angkat dan anak tersebut boleh membuka akaun bank serta mempunyai passport sendiri.

Terdapat 2 cara mengambil anak angkat iaitu mengambil terus dari ibu kandungnya dan juga memohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekiranya anda mengambil anak angkat di Hospital pula, boleh jadi ada mengambil anak angkat atas pemberian ibu kandung bayi tersebut.

Syarat Pengambilan Anak Angkat (Pemohon Dan Kanak-Kanak)

Bagi mengelakkan sebarang masalah, mari lihat syarat-syarat pengambilan anak angkat terlebih dahulu. Barulah tahu sama ada anda layak atau tidak!

cara mengambil anak angkat di hospital
Imej via [suaraperak]

Pemohon 

  • Salah seorang ibu bapa angkat (suami/isteri) atau ibu/bapa angkat (tunggal) bertaraf Warganegara atau Penduduk Tetap;
  • Ibu bapa angkat atau ibu/bapa angkat (tunggal) berumur 25 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua daripada kanak-kanak;
  • Pasangan suami isteri memiliki Dokumen Perkahwinan yang sah;
  • Mendapat keizinan pengangkatan daripada ibu dan bapa kandung atau ibu tunggal (surat akuan berkanun)
  • Sekiranya tiada keizinan ibu bapa kandung, pengangkatan masih boleh dilaksanakan melalui perintah mahkamah atau laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Permohonan perlu dikemukakan di JPN dalam daerah  ibu dan bapa angkat bermastautin.

Kanak-kanak

  • Belum pernah berkahwin;
  • Berumur di bawah 18 tahun dan bermastautin di Semenanjung Malaysia.
  • Telah dalam jagaan dan dipelihara pasangan suami isteri secara bersama, sebagai anaknya sendiri bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun yang berterusan sebelum pendaftaran pengangkatan  dibuat.
  • Kanak-kanak bertaraf warganegara atau bukan warganegara.
  • Kanak-kanak memiliki dokumen pengenalan diri (Sijil Kelahiran/ Kad Pengenalan/ Passport/ Permit Masuk bagi warganegara asing/ dan visa perlu cukup tempoh dua tahun).
  • Memiliki Sijil Kelahiran (jika tiada, Permohonan Daftar Lewat Kelahiran harus dibuat)

Cara Mengambil Anak Angkat Di Hospital

Biarpun berada di hospital, selepas bayi dilahirkan, anda telah boleh mengambilnya sebagai anak angkat anda. Namun, persetujuan haruslah dicapai dengan lebih awal lagi. Jom lihat cara mengambil anak angkat di hospital (Panduan lengkap).

cara mengambil anak angkat di hospital
Imej via [klick]

1. Dapatkan Ibu Kandung (Biomom) Dan Bakal Anak Angkat

Kenal pasti siapa ibu kandung dan bayi yang bakal dilahirkan untuk diberikan kepada anda. Anda boleh mencari ibu kandung yang ingin memberikan bayi mereka di pusat-pusat pelindungan atau rumah anak yatim yang berdaftar dengan JKM.

JKM sendiri akan menguruskan dan menerangkan akan prosedur ini. Anda juga harus pastikan segala bayaran atau kos hospital dibayar dengan lengkap berdasarkan persetujuan anda dengan pihak rumah kebajikan ibu kandung.

2. Sediakan Semua Dokumen Yang Diperlukan

Sediakan awal-awal dan berikan dokumen yang diperlukan kepada bahagian rumah kebajikan yang menguruskan pengambilan anak angkat. Mereka perlukan dokumen ini dalam tempoh sebelum ibu kandung melahirkan anak. Dokumen ini adalah untuk memudahkan proses pendaftaran pada kemudian hari.

Antaranya adalah salinan kad pengenalan ibu bapa, salinan slip gaji ibu bapa, surat nikah, gambar passport dan lain-lain lagi. Rumah kebajikan tersebut menjadi pihak ketiga atau orang tengah yang membantu anda menguruskan pendaftaran anak angkat.’

cara mengambil anak angkat di hospital
Imej via [amazingnara]

3. Ketahui Tarikh Duedate Ibu Kandung

Cara mengambil anak angkat di hospital juga memerlukan anda mengetahui duedate atau tarikh untuk ibu kandung melahirkan bayi. Anda boleh membuat persediaan untuk mendaftar dan mengambil bayi, urusan penanaman uri pula akan dilakukan oleh pihak ibu kandung.

4. Proses Pendaftaran Bayi Dan Akuan Sumpah

Sesetengah rumah perlindungan akan bertanggungjawab menguruskan pendaftaran nama bayi tersebut. Ada juga pusat perlindungan yang tidak menguruskan hal itu. Anda sendiri perlu mendaftarkan nama anak angkat anda.

Proses pendaftaran bayi dan akaun sumpah juga perlu dibuat walaupun anda mengambil anak angkat di hospital. Anda sendiri perlu menguruskan pendaftaran surat beranak anak tersebut. Namun, mengikut cara yang betul, nama ibu kandung pada surat beranak perlu diletakkan nama ibu kandung yang melahirkan bayi tersebut.

Selesai semua hal ini, anda sudah boleh mengambil anak angkat di hospital dan menjaganya. Perkara-perkara lain seperti bayaran atau penjagaan ibu kandung sebenar adalah mengikut sebagaimana yang anda bincangkan dengan ibu kandung sebelumnya.

Ringkasan Panduan Pengambilan Anak Angkat (Perlu Tahu)

Anda boleh mengambil anak angkat terus dengan ibu kandung dan juga dari JKM. Kemudian, pengesahan pengambilan anak angkat boleh dibuat di Mahkamah atau Permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara.

Pengambilan Anak Angkat Melalui JKM, JPN

  1. Mengisi surat akuan berkanun
  2. Mendaftarkan pengambilan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memohon Sijil Pengangkatan (selepas 2 tahun)
  3. Melalui prosedur pengambilan Sijil Pengangkatan

Pengambilan Anak Angkat Melalui Ibu Kandung

  1. Membuat Permohonan Notis Pengangkatan di mahkamah seksyen atau mahkamah tinggi.
  2. Mendapatkan Surat Akuan Berkanun (Surat Keizinan Pengangkatan) yang dikeluarkan oleh JPN selepas 2 tahun jagaan.
  3. Temuduga ibu bapa angkat dan anak angkat oleh pegawai JPN. Seterusnya jika permohonan sijil pengangkatan selesai, JPN akan mengeluarkan Mykid yang baru buat kanak-kanak terbabit.
cara mengambil anak angkat di hospital
Imej via [nakita]

Semoga cara mengambil anak angkat di hospital ini dapat membantu anda semua. Jom baca juga Proses Pengambilan Anak Angkat Baru Lahir, Cuti menjaga anak dan Harapan ibu bapa untuk anak.

Rujukan:

  1. penyerihidupku03
  2. jkm
  3. sistersinislam

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.