Kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza tetapi urutan perkembangan mereka adalah sama contohnya kanak-kanak mesti merangkak dahulu sebelum berjalan. Ada sesetengah berkembang dengan cepat dan ada pula yang sedikit terlewat.

Usia 1 -12 bulan merupakan usia untuk mereka meneyesuaikan diri dengan dunia yang baru. Mereka belajar untuk mengenali orang, objek, bunyi dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling mereka.

Perkembangan kemahiran mendengar, bertutur, bersosial dan bermain bagi kanak-kanak untuk 1 – 12 bulan secara ringkasnya adalah seperti di bawah.

1 – 2 Bulan

satu bulan

huggies.com

PENDENGARANPERTUTURANSOSIAL & BERMAIN
· Terkejut dengan bunyi kuat yang tiba-tiba dan mungkin menangis· Berhenti merengek (whimpering) dan berpusing jika ada suara untuk memujuk·   Menangis apabila lapar dan tidak selesa·   Pada umur 5-6 minggu, mereka melalukan cooing pada percakapan ibu·    Tidur pada kebanyakan masa·    Senyum dan melakukan vokalisasi (mengeluarkn bunyi vocal seprti aaa) pada umur 5-6 minggu

·    Berhenti menangis bila di angkat dan bercakap dengannya

Nota : Kanak-kanak dengan masalah pendengaran yang teruk tidak akan terkejut dengan bunyi yang kuat dan tiba-tiba.

3 – 5 BULAN

tiga bulan

sanitarian.net

PENDENGARANPERTUTURANSOSIAL & BERMAIN
·  Masih terkejut dan menangis dengan bunyi kuat dan tiba-tiba

·  Senyap dan senyum apabila terdengar suara ibu bercakap dengannya

·  Senyap apabila terdengar bunyi seperti rattle, loceng dan sebagainya

·  Berpaling pada sumber bunyi dan mungkin berpaling ke kiri dan kanan untuk mencari sumber bunyi.

·  Teruja dengan bunyi yang mendekatinya seperti bunyi tapak kaki, bunyj air mengalir dan sebagainya.

·   Melakukan banyak vokalisasi (aa, oo, ee dan sebagainya)

 

·    Memandang muka ibu semasa makan/menyusu

·    Mula memberi respon seperti senyum, coos, dan teruja pada bunyi yang biasa seperti untuk makan, mandi dsbgnya.

 

 6 – 8 BULAN

enam bulan

cutebabyphotoidea.blogspot.com

PENDENGARANPERTUTURANSOSIAL & BERMAIN
·       Berpaling kepada suara ibu di bilik yg berasingan·   Melakukan vokalisasi dengan beritma (sing song) untuk 1 atau 2 sukukata seperti (a-a, muh, goo, adah, dsbg)

·   Ketawa dan menjerit dengan gembira ketika bermain

·    Boleh mengambil dan memegang mainan yang kecil

·    Kebanyakannya menggunakan 2 tangan untuk mengambil mainan

·    Mencapai mainan yang diberi seperti rattle dan menggoncangnya

·    Masih mesra dengan orang yang tidak dikenali

·    Mula takut dengan orang yang tidak dikenali ketika berusia 7 bulan

9 – 11 BULAN

10

photographybyasiya.com

 

PENDENGARANPERTUTURANSOSIAL & BERMAIN
· Memberi tumpuan pada bunyi-bunyi harian yang biasa di dengar· Melakukan babbling dengan beritma dan suara yang kuat (cth: mam-mam, dad-dad, agaga, ababa) secara berulang ulang

· Faham ucapan ‘jangan / no’ dan ‘bye-bye’.

· Meniru bunyi vocal orang dewasa

·    Memegang, menggigit dan mengunyah biskut

·    Cuba memegang sudu ketika makan

·    Dapat membezakan ahli keluargs dan orang yang tidak dikenali

·    Memasukkan objek ke dalam mulut

·    Bermain ‘peek a boo’ dan meniru aksi tepuk tangan

·    Mencari mainan yang disorok di bawah kerusi atau kain ketika kanak-kanak melihat

12 BULAN

12

similac.com

PENDENGARANPERTUTURANSOSIAL & BERMAIN
· Menoleh apabila nama dipanggil

· Memahami beberapa perkataan dalam konteks harian (cth: nama ahli keluarga, susu, kereta, bola, baju dsbg)

· Memahami arahan mudah beserta dengan gesture (cth: bagi mama, mana kasut?, cakap bye-bye, tepuk tangan, dsbg)

· Menyebut bunyi-bunyi seperti bersembang tetapi tidak difahami (jargon)

· Vokalisasi mengandungi kesemua vocal dan kebanyakan konsonan

· Meniru bunyi-bunyi vokalisasi dan kadang-kadang meniru perkataan yang disebut yang dilakukan oleh orang dewasa

· Memahami kegunaan objek (cawan untuk minum, sikat utk sikat rambut)

· Mula menyebut perkataan yang biasa secara spontan (cth: mama, baba)

·    Kurang memasukkan objek ke dalam mulut

·    Meniru orang dewasa melakukan aktiviti (cth: memasukkan barang ke dalam kotak dan mengeluarkannya)

·    Menyukai permainan yang berbunyi dan bermain secara berulang-ulang

·    Mencari objek yang hilang dari pandangan

·    Ingin sentiasa bersama-sama orang yang dikenali

Ini adalah sekadar garis panduan untuk untuk mamantau perkembangan kanak-kanak. Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mungkin tingkah laku mereka juga adalah berbeza. Jika anda melihat sesuatu tingkah laku yang sangat berlainan, rujuklah pada pakar untuk mengenalpasti masalah yang mungkin.

Penulis: Aishah Kassim

Aishah Kassim

Mahir dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran berkomunikaso bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Merupakan seorang Terapis Pertuturan Bahasa atau secara ringkasnya disebut SLT (Speech & Language Therapist). Beliau boleh dihubungi di Facebook.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.