Wudhu sangat penting bagi kita orang Islam. Begitu juga dengan Al Quran. Dan tahukah anda, apakah hukum bagi memegang dan membaca Al-Quran tanpa wudhu atau wuduk ini? Niat utk baca tersebut adalah untuk belajar. Namun, semua umat islam pasti tahu dan pernah di ajar yang sebelum membaca AlQuran ini, kita perlu mengambil wudhu dan perlu menjaga batas-batas ketika membacanya. Tetapi bagaimana pula hukum bagi orang yang membaca AlQuran tanpa wudhu?

hukum baca quran tanpa wudhu

image via : Surat Khabar

 

Ramai yang memberi pendapat yang berbeza, ada yang kata boleh ada juga yang kata tidak boleh. Untuk itu dikongsikan juga sebuah hadis dan firman Allah mengenai permasalahan ini.

firman Allah SWT di dalam surah al-Waqiah ayat 79:

لا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ

Yang bermaksud, tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.

Manakala Rasulullah SAW bersabda:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا تمسَّ القرآنَ إلَّا وأنت طاهرٌ

Yang bermaksud, sabda Rasulullah s.a.w tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali orang yang bersuci.

 

Melalui firman dan hadis di atas jelaslah menunjukkan bahawa hukum baca AlQuran tanpa wudhu adalah di benarkan asalkan tidak menyentuh AlQuran tersebut.

 

"

Bagaimana Pula Dengan Hukum Membaca Quran Tanpa Wudhu Melalui Gajet?

hukum baca quran tanpa wudhu

image via : muslim.okezone.

 

Tadi kita sudah tahu hukum baca AlQuran tanpa wudhu  dan sekarang, bagaimana pula bagi mereka yang membaca Al-Quran melalui gajet seperti telefon bimbit? Adakah kena ambil wudhu juga? Inilah hukum membaca Qur’an di handphone tanpa berwudhu. Menurut pembacaan, terdapat dua jawapan.

Yang pertama, telefon bimbit  dan peralatan seumpamanya yang di dalamnya ada kandungan Al-Qur’an tidak seperti hukumnya mushaf. Ini kerana huruf Al-Qur’an yang terdapat di peralatan ini berbeza dengan keberadaan huruf di mushaf. Maka kita dibenarkan untuk membaca AlQuran di telefon walaupun kita tidak mengambil wudhu sebelumnya. 

Manakala untuk jawapan yang keduanya pula, dikatakan yang membaca Al Qur’an dari HP sama dengan dari mushaf Al Qur’an langsung.

 Pahala Membaca AlQuran Di Handphone

Hukum, pahala, dan keutamaan untuk membaca AlQuran ini sangat istimewa. Seseorang yang ingin membaca, mendengarkan, atau mempelajari Al Qur’an dengan mudah bisa membukanya di HP dan alat elektronik yang lain.

Diantara dalil yang menunjukkan keutamaan membaca Al Qur’an adalah hadits:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak mengatakan الم (alif laam miim) satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.” (HR. Tirmidzi dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 6469).

Beliau juga bersabda:

أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ إِذَا رَجَعَ إِلَى أَهْلِهِ أَنْ يَجِدَ فِيهِ ثَلاَثَ خَلِفَاتٍ عِظَامٍ سِمَانٍ قُلْنَا نَعَمْ. قَالَ فَثَلاَثُ آيَاتٍ يَقْرَأُ بِهِنَّ أَحَدُكُمْ فِى صَلاَتِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ ثَلاَثِ خَلِفَاتٍ عِظَامٍ سِمَانٍ

“Maukah seorang dari kalian jika kembali ke rumahnya mendapati di dalamnya 3 onta yang hamil, gemuk serta besar?” Kami (para shahabat) menjawab: “Iya”, Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda: “Salah seorang dari kalian membaca tiga ayat di dalam shalat lebih baik baginya daripada mendapatkan tiga onta yang hamil, gemuk dan besar.” (HR. Muslim).

Dengan adanya AlQuran dalam melalui telefon bimbit ini akan memudahkan ramai orang untuk membacanya. Terutama untuk golongan anak muda pada masa kini yang sudah agak jauh dari AlQuran. Jadi dengan adanya teknologi macam ini ia dapat memudahkan anak muda untuk membacanya di mana saja. Cara yang senang dah ada maka cuma tinggal kita sajalah sama ada hendak membaca AlQuran ini ataupun tidak.

Bagaimana Pula Dengan Adab Membaca AlQuran?

Jika tadi sudah dikongsikan dengan anda mengenai hukum baca AlQuran tanpa wudhu, sekarang ini ingin dikongsikan juga berberapa tata cara ataupun adab ketika kita hendak membaca AlQuran yang suci dan mulia ini. Sebagai seorang muslim, sebelum kita hendak membaca AlQuran, kita perlu tahu adab-adabnya dulu.

Antara adab-adab membaca AlQuran yang perlu kita tahu adalah seperti di bawah ini:

    •  Bersiwak atau membersihkan mulut
    • Memilih tempat bersih dan tempat yang elok khususnya di masjid
    • Mengadap kiblat
    • Dimulai dengan membaca taawuz dan basmallah
  •  Membaca dengan penuh tekun dan Khusyuk
  • Tartil, iaitu membaca dengan jelas dan tidak terburu-buru
  • Tidak ketawa, bising dan bercakap sesuatu yang sia-sia
  • Menggunakan suara yang kuat dan jelas
hukum baca quran tanpa wudhu

image via : celikalquran

 

5 Manfaat Membaca AlQuran Terhadap Manusia

Hukum sudah adab pun sudah, jadi sekarang admin mahu berkongsi dengan manfaat membaca AlQuran. Sebenarnya Membaca AlQuran banyak manfaat bagi diri kita. Sebab itu kita digalakkan membaca AlQuran setiap setiap. Antara manfaat untuk mereka yang mengamalkan membaca AlQuran adalah seperti yang dikongsikan di bawah ini. Anda juga boleh mendapat manfaat ini jika dapat meluangkan masa untuk membaca AlQuran ini selalu.

 

  •  #1 – MENENANGKAN HATI

Membaca AlQuran dapat memberikan ketenangan buat diri kita. Jika fikiran anda sedang bercelaru dengan masalah dan hati tidak tenang, anda digalakkan untuk membaca AlQuran. Insyaallah selepas itu hati anda akan tenang dan anda akan jumpa jalan penyelesaian untuk masalah anda.

  • #2 – PENAWAR KEPADA PENYAKIT

Bagi anda yang sakit, dah mencuba pelbagai cara tetapi masih juga belum sembuh, anda boleh mengamalkan dengan membaca AlQuran. Ini kerana, salah satu kelebihan AlQuran adalah mampu menyembuhkan segala jenis penyakit

 

  • #3 – MENDAPAT PAHALA

Orang yang sering membaca AlQuran akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah. Bukan itu sahaja, AlQuran juga mampu menjadikan seseorang itu mempunyai peribadi yang mulia.

 

  •  #4 – SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT

Orang yang membaca AlQuran, dapat menyelamatkan diri mereka dari segala kejahatan di dunia dan selamatkan diri kita dari seksaan kubur dan boleh menyelamatkan diri kita di akhirat kelak.

 

  • #5 – MENYEMBUHKAN PENYAKIT HATI

Rajin membaca AlQuran dapat menyembuhkan dari penyakit hati seperti hasad dengki, iri hati, tamak dan bermacam lagi. Ia sekali gus dapat menjadikan kita sebagai seorang insan yang baik di dunia dan di akhirat.

 

Sumber :

Aku Islam

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.