Masalah pertuturan dan bahasa di kalangan anak-anak adalah di antara perkara yang paling ditakuti oleh ibu bapa. Sebagai ibu bapa pastinya kita akan sentiasa memerhatikan perkembangan anak termasuklah perkembangan dari sudut fizikal, emosi, dan komunikasi.

Pertuturan adalah salah satu daripada cara untuk berkomunikasi. Jika anda mendapati bahawa terdapat kelainan dalam cara anak anda berkomunikasi, seawal peringkat bayi, jangan pandang ringan. Ia mungkin adalah petanda bahawa anak anda akan mempunyai masalah pertuturan pada masa akan datang.

masalah pertuturan

Sumber: Hearingsolutions

Perkembangan komunikasi anak

Tahukah anda bahawa seawal bayi, anak akan mula berkomunikasi dengan kita. Bayi akan berkomunikasi dengan menggunakan bahas a badan memandangkan dia masih belum boleh bercakap. Di antara cara komunikasi yang digunakan oleh seorang bayi ialah:

  • Menangis
  • Pandangan mata
  • Senyuman dan ketawa
  • Mengangkat tangan setiap kali melihat anda
  • Membebel dalam bahasa bayi
  • Mengalihkan kepala kea rah bunyi
  • Pandangan mata mengikut objek yang bergerak

Pastikan anda memantau perkembangan komunikasi bayi anda bagi memastikan proses perkembangan adalah selari dengan usia bayi anda. Semakin bayi anda membesar, dia akan mula belajar untuk bertutur. Bayi anda akan mula mengajuk cara anda bercakap dan mengeluarkan bunyi. Kebiasaannya perkataan pertama yang disebut ialah mama dan papa.

Apakah yang dimaksudkan dengan masalah pertuturan dan masalah bahasa?

Pertuturan adalah cara  kita mengeluarkan bunyi dan perkataan, termasuk artikulasi, suara, dan kepetahan. Pertuturan adalah bersifat universal dan biasanya sama di seluruh dunia. Sementara pertuturan adalah percakapan atau bunyi yang keluar dari mulut kita.

Sementara  bahasa ialah cara kita menggunakan perkataan untuk bertukar maklumat, termasuk secara lisan, tidak lisan dan komunikasi bertulis. Terdapat pelbagai bahasa di dunia dan kita cuma memahami bebrapa bahasa yang kita pelajari sahaja. Kita tidak akan memahami bahasa lain yang tidak kita pelajari.

"

Perlu difahami bahawa setiap anak berkembang pada kelajuan yang berbeza, tiada anak yang sama. Namun dari segi perubatan anak-anak perlu diberi perhatiandan rawatan  jika terdapat kelewatan perkembangan yang jelas.

Seorang anak dikatakan mengalami masalah pertuturan dan bahasa apabila dia tidak menujukkan kemahiran pertuturan dan bahasa yang sewajarnya mengikut umur pada awal tempoh tumbesaran. Inilah sebabnya kenapa sangat penting untuk ibu bapa memantau perkembangan anak-anak.

Kelewatan pertuturan dan bahasa adalah berbeza tetapi berkait rapat dengan gangguan pertuturan dan bahasa. Secara umumnya, kelewatan adalah penjelasan bagi keadaan anak kecil semasa awal tempoh perkembangan; bagaimanapun, ia dianggap gangguan jika ia berterusan melepasi tempoh perkembangan awal dan menjejaskan fungsi anak.

Di antara masalah gangguan pertuturan dan bahasa yang sering berlaku ialah:

  • Gagap
  • Percakapan sukar difahami
  • Lambat bercakap
  • Tidak suka bercakap, lebib suka senyap

 

Apakah faktor atau punca anak mempunyai masalah pertuturan dan bahasa?

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi punca seorang anak mengalami masalah pertuturan dan bahasa. Ada faktor yang berlaku secara semulajadi dan ada faktor yang boleh dielakkan jika disedari dari peringkat awal. Di antara faktor yang sering dikenal-pasti berlaku pada kanak-kanak di Malaysia ialah:

  • Ketidak normalan pada bahagian muka atau mulut yang menggangu fungsi pergerakan lidah, bibir , rongga hidung , gigi dan lelangit. Ini adalah kecacatan yang berlaku secara semulajadi yang biasanya dapat dikesan sejak bayi.
  • Cacat Pendengaran. Seorang kanak-kanak tidak akan mampu bercakap jika dia mengalami masalah cacat penengaran atau pekak. Ini kerana dia tidak pernah mendengar bunyi, tidak tahu bagaimana bunyi, dan tidak dapat mengenal pasti bunyi. Oleh itu dia tidak akan mampu untuk bertutur.
  • Lemah Pengawalan otot mulut. Terdapat juga kemungkinan bahawa seorang kanak-kanak mempunyai masalah pertuturan dan bahasa akibat masalah lemah untuk mengawal otot mulut.
  • Kecatatan pada kotak suara. Ia juga boleh menjadi penyebab seorang kanak-kanak mempunyai masalah pertuturan.
  • Gangguan artikulasi adalah faktor semulajadi yang tidak dapat dikawal dan biasanya berlaku sejak bayi berada dalam kandungan lagi. Gangguan artikulasi berlaku disebabkan oleh  terdapat kecacatan lidah, sumbing pada bibir dan lelangit, kecacatan pada hidung dan tekak yang menyebabkan kanak-kanak tadi mengeluarkan bunyi yang sengau . Selain itu, kelumpuhan pada bahagian otak yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot pertuturan yang menyebabkan kanak-kanak tadi mengalami kesukaran untuk menerima atau mengeluarkan bunyi dengan betul juga boleh menjadi punca seorang kanak-kanak mengalami masalah pertuturan dan bahasa. Gangguan artikulasi juga berlaku disebabkan oleh persekitaran  yang tegang seperti ibu bapa yang sering bergaduh, kematangan yang lambat, keluarga yang menggunakan lebih daripada satu bahasa utama di rumah, tekanan emosi, dan kanak-kanak yang selalu mengalami tekanan.

Apakah rawatan untuk masalah pertuturan dan bahasa?

Sebaik sahaja mengenal-pasti bahawa anak anda mengalami masalah tersebut, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengakui masalah tersebut dan terus bawa anak anda ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Anak anda akan diberikan terapi pertuturan dan bahasa memandangkan anda anda jatuh dalam kategori anak dengan keperluan khas. Terapi adalah satu proses pemulihan di mana anak anda akan dibantu untuk menghasilkan bunyi dengan betul dan bercakap dengan bahasa yang boleh difahami oleh orang lain.

Itulah dia perkongsian kami tentang masalah pertuturan dan bahasa di kalangan kanak-kanak. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang pertuturan anak-anak, perkembangan pertuturan anak-anak, dan anak lambat bercakap.

Rujukan:

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.