Ramai ibu bapa masih tidak tahu cara bedung bayi yang betul. Bedung bayi tidaklah susah seperti yang disangkakan tetapi ia mempunyai cara dan panduan yang harus anda ikuti untuk lebih tepat dan betul. Bayi tidak akan meragam, malah lebih selesa jika anda bedung bayi dengan cara yang betul.

Selain menjadikan bayi lebih selesa, bayi tidak akan berisiko terkena hips socket iaitu sejenis risiko tulang di bahagian peha bayi. Banyak lagi risiko yang bakal bayi hadapi jika anda tidak bedung bayi dengan cara yang betul. Jom lihat cara bedung bayi yang betul bagi mengelakkan bayi meragam dan sakit. Sebelum itu, mari ketahui sebab-sebab bayi perlu dibedung.

Imej via [sinar]

Sebab-Sebab Perlu Bedung Bayi

  • Bedung bayi dapat mengelakkan bayi daripada terkejut dan mengangkat tangan atau bergerak berlebihan. Mungkin bayi terdengar sesuatu yang kuat dan terkejut, bedung bayi dapat menenangkannya.
  • Bedung bayi adalah untuk mengelakkan kematian mengejut atau SIDS sekiranya mereka menggunakan selimut biasa dan tertutup muka.
  • Bayi akan tidur dengan lebih lena dan nyenyak lagi kerana berasa selesa dengan bedung bayi tersebut. Bayi juga akan merasa seolah-olah berada dalam kandungan ibunya.
  • Bedung bayi memudahkan para ibu untuk menyusu bayi dengan senang dimana bayi tidak mengganggu para ibu dengan bergerak-gerak.
  • Bedung bayi juga dapat mengelakkan bayi anda mencakar atau menggosok mukanya sendiri menggunakan jari mereka masing-masing jika terlupa pakaikan sarung tangan atau jika sarung tangan tertanggal.
  • Kaki bayi juga dapat ditegakkan dengan baik supaya ia tidak pengkar atau bermasalah.

Cara Bedung Bayi Yang Betul Elak Bayi Meragam

Terdapat 6 cara yang harus anda ikuti satu persatu. Buatlah dengan tertib supaya bayi tidak mengalami kesukaran dalam bergerak atau bernafas setelah dibedung. Mulakan dengan memilih kain bedung yang selesa dahulu, jangan lupa juga untuk minta nasihat orang tua yang mereka yang lebih berpengalaman.

1. Pilih Kain Bedung Bayi

bedung bayi
Imej via [Pa&Ma]

Pilih kain bedung yang sesuai dengan saiz bayi. Kini, terdapat banyak jenis kain yang berbeza saiz di pasaran untuk dijadikan kain bedung bayi. Mungkin anda ragu-ragu untuk membuat pilihan. Pilihlah kain yang lebih besar dan lebar berbanding kain yang sangat kecil untuk bedung bayi supaya bayi lebih selesa dan tidak meragam.

  • Terdapat pelbagai jenis kain bedung bayi di pasaran, tetapi anda boleh memilih kain jenis cotton yang tidak terlalu tebal dan ringan.
  • Pastikan saiz kain bedung bayi anda sesuai dengan bayi dan tidak terlalu kecil.
  • Basuh dahulu kain bedung yang baru dibeli, jangan terus dipakai begitu sahaja kerana khuatir terdapat kuman dari kain baru yang hinggap pada bayi nanti walaupun anda tidak nampak dengan mata kasar.

2. Lipat Kain Bedung Dan Bentang

bedung bayi
Imej via [sinar]

Pastikan kain bedung dibentangkan dengan baik dengan bucu di atas dan dilipatkan segi tiga ke bawah pada bucu tersebut. Lihat gambar di atas sebagai contoh cara bedung bayi yang pertama. Kemudian letak bayi pada kedudukan bahu di awal kain yang dibentang.

3. Bedung Tangan Dan Dada Bayi

bedung bayi
Imej via [sinar]

Mulakan dengan bedung bayi dari bahagian lengannya. Letakkan tangan kanan bayi ke sisi badannya dan tarik kain bedung kanan ke kiri meyelimuti lengan bayi. Bahagian hujungnya pula, anda boleh selitkan di bahagian bawah punggung bayi.

4. Bedung Bahagian Bawah Ke Atas

bedung bayi
Imej via [Sinar]

Bawalah kain bedung bahagian hujung di bawah naik ke arah dada bayi. Ia akan kelihatan seperti bentuk segi 4. Cara bedung bayi yang betul sebegini tidak memberi kesan negatif kepada bayi dan dia juga takkan meragam lagi.

5. Bedung Bayi Tangan Kiri Dan Dada Bayi

bedung bayi
Imej via [karangkraf]

Lihat pula pada bahagian kiri bayi, turunkan tangan bayi ke sisi kirinya dengan baik dan kemas. Kemudian, tarik kain bedung kiri bagi menyelimuti bayi hingga ke dada. Akhir sekali, selitkan penghujung kain ke bahagian bawah punggung kanan bayi pula.

6. Perkemaskan Kain Dan Ikatan Bedung Bayi

bedung bayi
Imej via [karangkraf]

Jangan lupa untuk kemaskan ikatan bedung bayi dengan betul. Jangan terlalu ketat sehingga bayi sukar bergerak dan bernafas. Berilah ruang untuk bayi bergerak sedikit. Anda juga boleh menggunakan bedung bayi yang sedia ada mempunyai butang dan pelekat untuk lebih kemas dan selesa.

Cara Bedung Bayi Down Up Down Up

bedung bayi
Imej via [doktorbudak]

Sekiranya anda rasa kurang faham dengan cara di atas, cara ini adalah istilah yang paling mudah dan sama seperti cara di atas. Cara bedung bayi konsep Down Up Down Up. Pastikan bayi dibaringkan.

Turunkan bedung bahagian kiri, naikkan bedung ke atas dan selit, turunkan bedung bahagian kanan pula dan naikkan bedung bahagian kanak dan selit di belakang punggung. Mudah bukan?

Cara Buka Ikatan Bedung Bayi

Bukalah ikatan bedung bayi bermula dari penghujung yang anda selitkan dari bawah punggung bayi tadi. Jangan tarik terus dari atas kerana ia akan menyakitkan bayi anda. Buka kain bedung bayi dengan rapi dan lembut.

Itulah dia 5 cara bedung bayi yang betul harus anda jadikan panduan. Cara bedung bayi yang betul tidaklah sukar jika anda benar-benar memahami tekniknya. Dengan cara bedung bayi yang betul ini, bayi pasti tidak akan meragam lagi!

Jom baca artikel Punca bayi cirit birit berpanjangan, Pilihan breast pump terbaik dan tempat simpanan untuk anak yang paling selamat.  Semoga bermanfaat!

Rujukan

  1. karangkraf
  2. sinar
  3. Facebook

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.