Bayi yang baru lahir kulitnya sangat lembut, halus, dan mulus. Pastinya anda akan berasa tidak puas untuk membelai bayi anda. Betapa besar kasih sayang seorang ibu dan ayah, anda akan menjaga bayi anda sehingga seekor nyamuk pun takkan dibiarkan untuk hinggap dan menggigit kulit bayi anda. Jika apabila ada bintik merah pada kulit bayi anda, pastinya anda akan berasa risau, bukan?

Bintik merah pada kulit bayi terutamanya pipi dan badan bukanlah sesuatu yang normal. Kulit bayi yang sihat dan normal akan licin dan bebas daripada sebarang bintik merah atau kegatalan yang lain. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang bintik merah pada bayi termasuklah apa puncanya dan apa yang perlu mak ayah lakukan dengan segera.

bintik merah pada bayi
Sumber: Hellosehat

Ruam susu

Bintik merah yang timbul pada wajah bayi biasanya berlaku disebabkan oleh ruam susu. Semasa bayi anda menyusu, akan ada susu yang tumpah dan terpercik ke wajah bayi anda. Sekiranya tidak dilap dan dibiarkan susu kering diwajah bayi anda, lama-kelamaan ruam susu akan mula timbul. Adakah ruam susu sesuatu yang berbahaya? Jawapannya tidak. Namun ruam susu akan menyebabkan bayi anda mengalami kegatalan dan jika tidak dikawal akan merebak ke seluruh wajah bayi anda.

Oleh itu, pastikan anda mengelap wajah bayi anda dengan tuala basah setiap kali selepas bayi anda siap menyusu agar tiada sisa susu yang melekat di wajahnya. Ia adalah langkah yang sangat baik untuk mengelakkan dan mengelakkan ruam susu merebak dan menjadi semakin teruk.

Untuk menghilangkan ruam susu, anda boleh amalkan petua menggunakan bunga raya. Caranya ambil sekuntum bunga raya, ceraikan kelopaknya dan sapukan getah melekit pada kelopak bung raya tadi ke bahagian pipi yang terkena ruam susu. Amalkan setiap pagi sehingga ruam susu hilang.

Ruam lampin

Bintik merah pada bahagian punggung dan kemaluan bayi adalah ruam lampin. Ianya adalah sangat menyakitkan dan bayi anda akan berasa pedih setiap kali membuang air kecil dan besar, malah bayi anda akan menjerit semasa mandi. Ruam lampin yang tidak dirawat dengan segera akan menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan berlakunya lecetan dan luka pada kulit bayi. Jika bayi anda mengalami ruam lampin, berikut adalah langkah penting yang perlu anda lakukan:

  • Jangan biarkan lampin bayi anda basah. Tukar lampin dengan kerap.
  • Elakkan membasuh bahagian punggung dan kemaluan bayi anda dengan sabun. Cuci dengan air sudah memadai. Elakkan daripada menggunakan tisu basah yang mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan bayi dan pedih.
  • Pakaikan krim anti ruam supaya wujudnya satu lapisan pada kulit yang menghalang air sampai ke kulit.
  • Bawa bayi anda ke klinik jika ruam lampin semakin teruk.

Ekzema

Bintik merah pada bayi juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah kulit yang dipanggil ekzema. Biasnaya ekzema akan mula berlaku pada bayi yang berumur 6 bulan keatas. Agak jarang untuk ekzema berlaku pada bayi yang lebih muda. Bagaimanakah cara untuk anda mengenal pasti sama ada bintik merah pada bayi anda adalah ekzema?

Kebiasananya bintik merah ekzema akan mula muncul pada bahagian pipi dan dahi bayi. Dua bahagian itu adalah kawasan pertama ekzema. Bintik merah ini tidak akan hilang walau pun sisapukan krim atau losyen malah mungkin akan menjadi semakin teruk. Lama-kelamaan bintik merah akan merebak ke bahagian lain tubuh badan seperti perut, belakang badan, siku, lutut, lengan, dan di celah lipatan kulit.

Ruam merah ekzema juga akan menyebabkan:

  • Bayi anda sentiasa menggaru kerana kegatalan. Akhirnya ia akan menjadi luka
  • Kulit kering
  • Berkeruping

Tiada ubat khusus untuk ekzema namun anda boleh mengurangkan gejala ekzema dengan mengamalkan tips berikut:

  • Mandikan bayi anda dengan air panas selama 5 sehingga 10 minit. Jangan terlalu lama. Elakkan memandikan bayi dengan air sejuk.
  • Gunakan sabun lembut tanpa pewangi.
  • Sapukan krim atau losyen pada bahagian ekzema sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
  • Cuci pakaian bayi anda dengan sabun lembut tanpa detergen.
  • Ubat yang mengandungi steroid membantu mengurangkan kegatalan bayi anda. Gunakan dengan nasihat doktor.

Selulitis

Selulitis adalah ruam merah pada kulit bayi yang berlaku disebabkan oleh berlakunya jangkitan pada kulit bayi yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus. Jangkitan bakteria ini akan menyebabkan kulit bayi anda mengalami:

  • Bintik merah
  • Bengkak
  • Terasa panas apabila disentuh
  • Bayi anda mungkin akan demam

Oleh itu jika bayi anda mendapat ruam merah yang disertai oleh gejala yang kami nyatakan diatas, segera bawa bayi anda ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan bagi memastikan yang ianya bukan Selulitis kerana Selulitis adalah sangat bahaya dan boleh berjangkit.

Impetigo

Impetigo juga adalah sejenis jangkitan pada kulit bayi yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus atau Staphylococcus. Bakteria ini biasanya masuk ke dalam melalui pori-pori kulit yang terbuka akibat luka. Pada awalnya, impetigo akan bermula dengan bintik merah yang kemudian menjadi gelembung dan akan pecah apabila digaru. Cecair yang keluar ini akan menyebabkan jangkitan pada bahagian lain kulit dan orang sekeliling. Ianya juga merbahaya dan perlu dirawat dengan segera.

ruam merah pada bayi
Sumber: Mumjunction

Itulah dia info tentang bayi najis bayi warna hijau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang hidung bayi tersumbat bayi tidak berak dan penyakit pneumonia

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.