Jom cuba resepi brownies kedut ini!

Brownies yang mewah dengan rasa coklat. Kedutannya itu disebabkan penggunaan coklat yang banyak. Anda bebas menggunakan jenis coklat dan koko kegemaran anda. Tapi keenakkannya diterjemahkan oleh pengunaan koko dan coklat yg berkualiti.

Mudah saja pembuatannya, guna tangan pun boleh. Langkahnya yang mudah pasti membuatkan ia menjadi sebuah aktiviti yang baik untuk dilakukan bersama-sama anak-anak dan seisi keluarga.

Resepi ini telah dikongsi oleh Siti Sarah dan mendapat banyak perkongsian di laman sosial Facebook. Selamat mencuba!

Resepi Brownies Kedut

 

Brownies

Imej via Facebook

Bahan Bahan:

Bahan A. (Cairkan)

  • 115g Pure Butter ( jenama SCS @ Tatura)
  • 160g Dark Chocolate ( Hershey’s @ Beryll’s)
  • 25g serbuk koko ( Van Houten )

Bahan B

  • 3 biji telur Gred A
  • 200g gula castor
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan C

(Ayak bersama)

  • 95g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • Kacang badam/walnut ( pilihan)
Brownies

Imej via Facebook

Langkah – Langkah

1. Masukkan kesemua Bahan A dan cairkan. Boleh guna kaedah double boil atau boleh guna microwave. Bila dah cair dan sebati, ketepikan sampai sejuk atau suam-suam.

2. Dalam bekas lain, masukkan Bahan B. Pukul 3 biji telur dengan gula castor sampai sebati menggunakan whisk. Tambah esen vanilla.

3. Bila Bahan A yang cair tadi dah sejuk atau suam-suam sikit, campurkan dengan Bahan B yang dipukul tadi. Kacau sebati.

4. Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak tadi. Kacau biar sebati. Jangan kacau terlalu lama ye.

5. Lapik loyang 9″ × 9″ dengan baking paper. Lebihkan baking paper dibahagian sisi kiri dan kanan loyang (tujuannya supaya mudah untuk keluarkan brownies) kemudian tuangkan bancuhan brownies tadi & ratakan.

6. Bakar pada suhu 170celcius selama 35-40 minit bergantung pada oven memasing. Panaskan oven terlebih dahulu selama 15-20 minit.

7. Bila dah masak, keluarkan brownies dari oven dan biarkan sejuk sebelum potong mengikut saiz yang anda suka.

 

Resepi – Resepi Lain Yang Menarik:

Selain daripada resepi Brownies Kedut ini, terdapat beberapa lagi resepi lain yang boleh anda cuba. Jangan lupa mencuba ya!

Jangan lupa share artikel – arktikel kami bersama keluarga dan rakan rakan ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.